omniture

Oxford Royale Academy Raih Anugerah Tertinggi untuk Perniagaan British

Oxford Royale Academy
2016-04-22 01:17 286

OXFORD, England, 21 April 2016 /PRNewswire/ --

Penyedia pendidikan Oxford Royale Academy (ORA) dipilih sebagai penerima anugerah tertinggi bagi tahun 2016 untuk perniagaan British, iaitu Anugerah Ratu untuk Perusahaan dalam Perdagangan Antarabangsa.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160420/357851
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160420/357852
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160420/357854 )

Organisasi yang berpangkalan di Oxford itu tidak asing lagi dalam menerima pengiktirafan diraja, dan pernah merangkul Anugerah Ratu pada tahun 2012 hasil daripada pertumbuhan yang mampan dan capaian di peringkat antarabangsa yang membanggakan. Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, ORA menerima jumlah pelajar yang terus meningkat dari seluruh dunia bagi mengikuti program akademik yang dicari-cari; pada musim panas yang lalu, para pelajar yang terdiri daripada lebih 100 warganegara berbeza telah mengikuti pelbagai kursus yang sesuai dengan semua latar belakang dan minat. Sejak 2012, kursus-kursus seperti Sains Komputer, Pengenalan kepada Undang-undang, dan juga Seni Bina dimasukkan ke dalam katalog ORA yang terus berkembang maju dengan pilihan pengajian yang sungguh berkaliber.

Selain dikenali sebagai sekolah musim panas yang mantap iaitu program asrama yang paling berjaya di Oxford, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ORA menumpukan perhatiannya terhadap Pusat Pengajian Antarabangsa bagi menawarkan pengalaman ORA sepanjang tahun. Pemerolehan Yarnton Manor iaitu rumah besar gaya Jacob yang indah di kawasan pedalaman Oxfordshire, membolehkan ORA mewujudkan persekitaran akademik yang benar-benar bersifat antarabangsa khusus bagi memenuhi keperluan para pelajar yang bijak dan bermotivasi dari seluruh dunia.

Diasaskan oleh siswazah Oxford, William Humphreys, ORA pada awalnya menyediakan hanya program musim panas yang kecil dalam kalangan beberapa pesaing, dan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dan menggajikan lebih 250 kakitangan semasa musim puncak. Syarikat tersebut diakreditasikan oleh British Council dan British Accreditation Council serta merupakan ahli bagi organisasi terkemuka seperti EnglishUK dan juga Council of British International Schools. Selain kejayaan merangkul dua Anugerah Ratu, ORA turut meraih anugerah Produk Pendidikan Terbaik yang berprestij daripada Persatuan Pelancongan Pendidikan British sebanyak lima kali sejak tahun 2010.

Kakitangan ORA akan menerima Anugerah Ratu itu pada sebuah majlis rasmi yang dianjurkan oleh Lord-Lieutenant dan wakil ORA akan diberi penghargaan menerusi kunjungan ke Istana Buckingham Baginda Ratu pada Julai ini.

Permohonan kursus musim panas dan kursus sepanjang tahun di Oxford Royale Academy boleh dibuat secara dalam talian di http://oxford-royale.co.uk/apply .

Gambar resolusi tinggi disediakan mengikut permintaan

Butiran lengkap di http://www.oxford-royale.co.uk
Sebarang pertanyaan berkaitan media, hubungi:
Encik Thomas Whale
twhale@oxford-royale.co.uk
+44-(0)845-130-60-21

Source: Oxford Royale Academy
Keywords: Education Higher Education Awards