omniture

Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung Baharu Ditubuhkan di Fakulti Kesihatan Awam, Harvard

Hadiah Bernilai Lebih HK$162 Juta (US$21 Juta) daripada Keluarga Lee Kum Kee Bakal Biaya Penyelidikan tentang Hubungan antara Kesejahteraan Psikologi dan Kesihatan Fizikal
LKK Health Products Group
2016-04-22 21:52 549

HONG KONG, 22 April 2016 /PRNewswire/ -- Pada majlis menandatangani perjanjian hari ini, hadiah yang bernilai lebih HK$162 juta (US$21 juta) daripada Keluarga Lee Kum Kee diumumkan bagi tujuan menubuhkan Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung baharu di Fakulti Kesihatan Awam, Harvard T.H. Chan. Pusat baharu ini akan membantu usaha pengenalpastian kekuatan serta aset daripada aspek psikologi, sosial dan emosi yang mungkin dapat menghalang daripada menghidap beberapa jenis penyakit dan membolehkan orang ramai menikmati kehidupan yang lebih panjang, lebih bahagia dan juga lebih sihat.

Majlis menandatang Memorandum Antara Perwakilan Keluarga Lee Kum Kee, Sammy Lee, dan Fakulti Kesihatan Awam Harvard T. H. Chan, David Hunter (baris belakang dari kiri ke kanan: En. Michael Voligny, Prof. K. "Vish" Viswanath, Prof. Laura Kubzansky, En. Eddy Lee, En. David lee, En. Charlie Lee)
Majlis menandatang Memorandum Antara Perwakilan Keluarga Lee Kum Kee, Sammy Lee, dan Fakulti Kesihatan Awam Harvard T. H. Chan, David Hunter (baris belakang dari kiri ke kanan: En. Michael Voligny, Prof. K. "Vish" Viswanath, Prof. Laura Kubzansky, En. Eddy Lee, En. David lee, En. Charlie Lee)

 

Perwakilan Keluarga Lee Kum Kee dan Fakulti Kesihatan Awam Harvard T. H. Chan Sama-sama Meraikan Majlis Menandatangan (dari kiri ke kanan: En. Michael Voligny, Prof. Laura Kubzansky, Prof. K. "Vish" Viswanath, Prof. David Hunter, En. Sammy Lee, En. Eddy Lee, En. Charlie Lee, En. David Lee)
Perwakilan Keluarga Lee Kum Kee dan Fakulti Kesihatan Awam Harvard T. H. Chan Sama-sama Meraikan Majlis Menandatangan (dari kiri ke kanan: En. Michael Voligny, Prof. Laura Kubzansky, Prof. K. "Vish" Viswanath, Prof. David Hunter, En. Sammy Lee, En. Eddy Lee, En. Charlie Lee, En. David Lee)

Para penderma iaitu Keluarga Lee Kum Kee memutuskan untuk menamakan Pusat itu bersempena Lee Kum Sheung yang mencipta sos tiram pada tahun 1888 di bahagian selatan China iaitu di bandar Nanshui, dan memulakan perniagaan Lee Kum Kee. Sejak 128 tahun lalu, Lee Kum Kee Sauce Group dan LKK Health Products Group berkembang menjadi dua buah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Hong Kong.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pusat baharu itu serta kesan kebahagiaan terhadap kesihatan, sila layari laman sesawang Pusat tersebut di www.hsph.harvard.edu/health-happiness.

Pusat Kesihatan dan Kebahagiaan Lee Kum Sheung: Sumbangan terhadap Sains Yang Teliti Antara Bidang Kesihatan dan Kebahagiaan

Sains masih terbatas dalam kemampuannya untuk memahami sama ada dan sejauh mana aspek positif daripada persekitaran sosial seperti hubungan yang erat bersama keluarga dan rakan-rakan, kerjaya yang penting, senaman yang sihat secara tetap, aktiviti riadah yang santai, dan pemikiran yang positif, mampu meningkatkan kesejahteraan psikologi dan fizikal, seraya memanjangkan usia dalam proses penuaan secara sihat. Selain itu, saintis berharap dapat memahami keadaan sosial yang negatif seperti kemiskinan, kekurangan makanan dan tenaga, mahupun ketiadaan kerjaya atau hubungan sosial yang bermakna, yang turut memberi kesan terhadap tempoh hayat seseorang serta tahap kesihatan mereka ketika meningkat usia.

Fakulti tersebut yang akan memimpin Pusat baharu itu melihat hadiah itu sebagai peluang untuk memperluas fokus terhadap kesihatan awam dan kajian perubatan yang tidak hanya menumpukan kepada kajian terhadap defisit atau faktor risiko yang menyebabkan timbulnya suatu penyakit dan rawatan yang diperlukan untuk mengubati atau memperlahankan perkembangan penyakit. Pusat baharu itu akan fokus terhadap aspek positif kesihatan dan turut menjelaskan faktor-faktor yang menggalakkan seseorang memperoleh dan mengekalkan tahap kesejahteraan yang tinggi selain faktor-faktor yang dapat melindungi seseorang daripada mengalami penyakit seperti penyakit kardiovaskular.

Matlamat Pusat ini adalah untuk membuat penemuan baharu yang dapat menyediakan maklumat tentang tingkah laku peribadi, rawatan perubatan, program kesihatan awam dan pelbagai dasar awam yang biasanya tidak berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan perubatan, namun dapat membantu orang ramai menjalani kehidupan dengan lebih panjang, lebih bahagia dan lebih sihat.

Pusat tersebut akan fokus terhadap kajian baharu dan mengumpulkan maklumat tentang segala yang telah diketahui tentang peranan kebahagiaan dan komponen kesejahteraan lain yang berkaitan dengan kesihatan fizikal. Kebanyakan pengetahuan daripada penyelidikan tersebut berserakan dalam kajian yang dijalankan menerusi pelbagai bidang.

Pusat itu juga akan menyelaraskan kajian antara fakulti, penyelidik dan pelajar daripada Universiti Harvard, menerusi pelbagai bidang, bermula dengan komunikasi kesihatan kepada psikologi, pemakanan dan senaman, fisiologi kepada biologi asas serta perubatan kepada epidemiologi dan juga sains populasi.

Usaha peringkat awal akan fokus terhadap beberapa bahagian:

  • Mengenal pasti dan membangunkan instrumen pengukuran – indeks kesejahteraan psikologi atau "indeks kebahagiaan" yang dapat menilai aspek kesejahteraan psikologi menerusi kaedah yang sistematik dan saintifik. Instrumen ini dapat mengukur lebih banyak aspek kebahagiaan tanpa had yang sering digunakan masa kini dan membolehkannya mengenal pasti individu dan kumpulan yang amat tertekan atau sebaliknya, iaitu yang amat berpuas hati dengan kehidupan mereka. Bagi kumpulan yang amat tertekan, instrumen tersebut dapat mengukur keberkesanan intervensi sasaran dalam menggalakkan kebahagiaan dan meningkatkan tahap kesihatan. Bagi individu yang amat berpuas hati, instrumen tersebut boleh digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor psikologi, emosi dan sosial yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih bahagia, lebih panjang dan lebih sihat.
  • Memahami hubungan antara kesejahteraan psikologi dan kesihatan kardiovaskular, proses penuaan yang sihat dan kelanjutan umur.
  • Menentukan kesan intervensi yang menggalakkan kesejahteraan psikologi seperti amalan berasaskan keprihatinan terhadap kesihatan dan kebahagiaan. Kajian ini akan meninjau kesan potensi amalan ini yang dapat mempengaruhi penyakit seperti diabetes, kanser dan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan serta kecelaruan dwipolar.
  • Mengkaji peranan komunikasi – bermula dengan program televisyen kepada media sosial, terhadap keterlibatan, kesihatan dan kebahagiaan.

"'Si Li Ji Ren' (mengambil kira kepentingan orang lain) ialah nilai utama Lee Kum Kee dan dengan ini, kami amat berbangga kerana dapat menyokong kemajuan saintifik bagi memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia," kata Sammy Lee, Pengerusi & Pengarah Urusan LKK Health Products Group. "Pusat baharu ini khusus untuk sains kesihatan dan kebahagiaan, yang merupakan satu penghormatan yang amat tepat buat moyang saya, Lee Kum Sheung. Menerusi usaha yang dijalankan oleh Pusat ini dalam bidang kesihatan dan kebahagiaan, kami berharap lebih ramai individu dapat meningkatkan kesedaran mereka, mengambil langkah-langkah pencegahan dan seterusnya dapat menjadi lebih sihat dan lebih bahagia."

"Adakah anda inginkan kehidupan yang lebih panjang, bahagia dan sihat, atau kehidupan yang tidak diserang apa jua penyakit?" tanya Profesor Laura Kubzansky, Profesor Kesihatan Sosial dan Tingkah Laku Lee Kum Kee, di Fakulti Harvard Chan serta pengarah bersama bagi Pusat baharu tersebut. "Amalan dan kajian dari segi perubatan dan psikologi biasanya fokus terhadap diabetes dan defisit yang menyebabkan kesihatan yang kurang baik. Namun, terdapat nilai sebenar apabila turut memberi tumpuan terhadap aspek positif iaitu aset yang membantu kita kekal sihat atau membantu kita sembuh dengan cepat daripada penyakit atau kecederaan. Kajian yang lebih teliti perlu dijalankan segera bagi memahami aset positif ini dan cara untuk mempromosikannya kepada berjuta-juta individu di serata dunia."

"Kebahagiaan sering diungkapkan seolah-olah ia sekadar kata-kata hikmah yang indah," kata Profesor K. "Vish" Viswanath, Profesor Komunikasi Kesihatan Lee Kum Kee, di Fakulti Harvard Chan dan pengarah bersama bagi Pusat baharu itu. "Namun begitu, kebahagiaan ialah hasil yang diperoleh bergantung kepada sejauh mana seseorang berinteraksi dengan dunia. Jika seseorang tidak dilayan dengan adil dalam sesebuah masyarakat atau hidup dalam kemiskinan, terdapat faktor-faktor fizikal yang dapat mempengaruhi tahap kesihatan seperti akses yang terhad terhadap makanan berkhasiat atau penjagaan kesihatan. Selain itu, peluang seseorang untuk berinteraksi dengan dunia dan orang lain mungkin terbatas. Pusat ini membolehkan kami mengkaji menerusi kaedah yang sistematik dan teliti, faktor-faktor yang menggalakkan keterlibatan, komunikasi, komuniti dan hubungan dengan orang lain serta sejauh mana kekurangan keterlibatan dapat mempengaruhi kebahagiaan dan seterusnya, kesihatan."

"Dengan memanfaatkan segala yang diketahui secara bersama berserta penemuan penyelidikan baharu, kami yakin Pusat baharu ini akan menyediakan saranan dan intervensi berasaskan fakta yang terbukti dapat mempertingkat tahap kesihatan dan kesejahteraan individu serta seluruh populasi," kata David Hunter, pemangku dekan, Fakulti Harvard Chan. "Matlamat kami adalah untuk menyediakan dasar awam dan juga program kesihatan awam yang lebih baik yang dapat memberi kesan kepada kesihatan sejumlah besar individu, selain menetapkan keutamaan baharu dalam amalan perubatan dan juga tingkah laku peribadi yang dapat membantu individu menjalani kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat."

Latar Belakang Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan

Fakulti Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan menghimpunkan pakar-pakar yang berdedikasi daripada pelbagai bidang yang bertujuan mendidik penggiat kesihatan global daripada kalangan generasi baharu serta mencetuskan idea hebat yang dapat mempertingkat kehidupan dan juga kesihatan orang ramai di mana juga mereka berada. Sebagai sebuah komuniti yang terdiri daripada saintis terkemuka, pendidik dan pelajar, kami bekerjasama untuk membawakan idea yang inovatif daripada makmal kepada kehidupan orang ramai, bukan sekadar mencipta penemuan saintifik, malah turut berusaha mengubah tingkah laku individu, dasar awam serta amalan penjagaan kesihatan. Setiap tahun, lebih 400 kakitangan fakulti daripada Fakulti Harvard Chan mengajar lebih 1,000 pelajar sepenuh masa dari seluruh dunia serta melatih beribu-ribu individu secara dalam talian mahupun melalui kursus pendidikan eksekutif. Ditubuhkan pada tahun 1913 yang dikenali sebagai Fakulti Pegawai Kesihatan Harvard-MIT, Pusat Pengajian ini diiktiraf sebagai program latihan profesional dalam bidang kesihatan awam yang paling lama dijalankan di Amerika.

Latar Belakang Keluarga Lee Kum Kee

Pada tahun 1888, En. Lee Kum Sheung mencipta sos tiram di bahagian selatan China iaitu di bandar Nanshui, Wilayah Guangdong dan memulakan perniagaan Lee Kum Kee. Sejak 128 tahun lalu, lima generasi daripada Keluarga Lee Kum Kee berpegang kepada nilai-nilai teras dalam "Si Li Ji Ren" (mengambil kira kepentingan orang lain) yang sentiasa berusaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Kini, Keluarga ini ialah pemilik Lee Kum Kee Sauce Group dan LKK Health Products Group, dua buah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Hong Kong, masing-masing pakar dalam penghasilan sos dan bahan perasa, produk serta perkhidmatan kesihatan herba Cina, ladang herba Cina, platform internet mudah alih dan juga pelaburan hartanah. Tanda dagang berdaftar syarikat itu yang amat terkenal termasuk "Lee Kum Kee," "Infinitus," dan "HeHa."

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160422/0861603632-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160422/0861603632-b

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility