DALLAS, 25 April 2016 /PRNewswire/ -- BESTOLIFE™ Corporation (http://www.bestolife.com) hari ini memperkenalkan inovasi terkini menerusi sebatian penggerudian premium berasaskan kuprum. HONEY KOTE™ dirumus khas bagi memberikan perlindungan maksimum terhadap tekanan ketika mengikat, menggahar dan membawa beban pada kolar gerudi serta paip gerudi yang digunakan dalam industri minyak dan gas.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160422/359143
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160422/359142LOGO
"Penyediaan produk yang memberi perlindungan maksimum terhadap kakisan dan aliran air membolehkan pelanggan kami meningkatkan kecekapan walaupun ketika melakukan kerja-kerja penggerudian yang paling sukar dan paling mencabar," kata Sharon White, pengurus jualan global, BESTOLIFE™. "Kami menghasilkan HONEY KOTE™ sebagai produk yang amat serba guna agar dapat melindungi kolar gerudi dan bahagian sambungan pada instrumen dalam pelbagai keadaan yang ekstrem."
Formula HONEY KOTE™ tahan kakisan, memberikan kelebihan tambahan menerusi perlindungan simpanan dalam tempoh yang panjang untuk permukaan bebenang dalam pelbagai keadaan. Ia dapat digunakan dengan mudah menerusi pelbagai suhu dan keadaan kerja serta tidak mudah terhakis atau meleleh pada suhu tinggi mahupun mengeras apabila disimpan.
"Keadaan ketika menggerudi adalah lebih ekstrem berbanding sebelum ini dan keperluan untuk memanjangkan hayat peralatan dalam keadaan tersebut mendorong kami untuk berinovasi bagi menghasilkan produk yang lebih baik," kata Jared Elliott, presiden BESTOLIFE™ Corporation. "Kami berpendapat HONEY KOTE™ ialah satu langkah penting bagi mencapai matlamat kami dalam membangunkan produk yang dapat membantu pelanggan kami beroperasi dengan lebih berkesan dan menguntungkan."
Sebatian dengan suhu yang tinggi ini dirumus dan dihasilkan mengikut piawaian kualiti yang ketat bagi memastikan ia memenuhi atau melebihi kesemua piawaian Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) serta Institut Petroleum Amerika (API). HONEY KOTE™ dirumus khas agar dapat menahan aliran air dan kakisan serta berjaya menahan tekanan yang diuji setinggi 25,000 psi.
HONEY KOTE™ memiliki 'wajah dan tekstur' kuprum baharu dan dihasilkan dengan kecekapan maksimum apabila digunakan dalam pelbagai keadaan. Ia juga dibuat agar lebih berkesan kos berbanding produk yang kompetitif.
Sebarang maklumat lanjut, layari http://honeykote.com.
Latar Belakang BESTOLIFE™ Corporation
Sejak tahun 1932, BESTOLIFE™ menerajui pasaran bagi penggunaan sebatian untuk Penggerudian, Pengeluaran dan Perindustrian. Ia menawarkan pelbagai sebatian premium yang terbukti dapat memanjangkan hayat peralatan penggerudian. Produk ini dirumus mengikut piawaian kualiti dan prestasi yang ketat yang mematuhi atau melebihi piawaian industri serta keperluan pelanggan.
HUBUNGI: Mark Porter, +1- 214-583-0267, MPorter@Bestolife.com