omniture

Perfect World Lancar Beta Terbuka untuk Versi Antarabangsa Permainan

Beijing Perfect World Co., Ltd.
2013-02-05 06:33 198

Perang (Game War) Three Kingdoms

BEIJING, 24 Jan. 2013 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Versi antarabangsa War of the Three Kingdoms, permainan web baharu yang
dibangunkan oleh Perfect World, beralih kepada beta terbuka pada 23 Januari,
2013.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg )

Versi antarabangsa War of the Three Kingdoms kini boleh diperoleh
dalam bahasa China yang dipermudah dan versi beta terbuka untuk semua
pengguna yang bertutur dalam bahasa China di seluruh Asia Tenggara,
menjadikannya versi keluaran rasmi.

War of the Three Kingdoms ialah proprietari pertama permainan web RPG Perfect
World yang berdasarkan tempoh penting dalam sejarah China. Konteks ini akan
dikemas kini serentak dalam keseluruhan komuniti China global. Judul ini
dibangunkan secara unik dari segi teknologi, kaedah, dan imej, dan ia merupakan
permainan web inovatif dan berkualiti tinggi dalam budaya China.

Laman web rasmi War of the Three Kingdoms:
http://zsg.4games.com/.

Versi antarabangsa War of the Three Kingdoms di Facebook:
http://www.facebook.com/4GamesZSG.

Pada 7 Januari, Perfect World melakukan pengujian yang dilancarkan
di seluruh dunia (dengan perubahan karektor) untuk versi antarabangsa
War of the Three Kingdoms di Singapura dan Malaysia, dengan laman web
rasmi yang disiarkan secara langsung pada hari yang sama. Dengan siapnya beta
tertutup pada 16 Januari, judul itu mendapat perhatian daripada
peserta dan industri. Beta terbuka tidak ragu-ragu lagi menyediakan
ruang untuk meningkatkan penyertaan dalam kalangan peserta dari seluruh dunia
yang mempunyai jangkaan tertinggi terhadap setiap siri permainan web War of the
Three Kingdoms oleh Perfect World.

Sejak sekian lama, yang dipandu oleh konsep pembangunan berkualiti tinggi
dan menggunakan keupayaan reka bentuk kreatif dan terknologi asli yang kukuh,
Perfect World telah melancarkan pelbagai permainan yang sangat popular sebagai
respons terhadap permaintaan pengguna global yang sentiasa berubah serta
pasaran yang sentiasa berevolusi.

Dalam konteks mempelbagaikan produk permainan, syarikat itu terus menyediakan
gabungan produk sempurna selari dengan keperluan pemain permainan. Menerusi
pengalaman luas dalam penyelidikan, pembangunan dan operasi
permainan berasaskan pelanggan, digabung dengan peluasan dalam pelbagai
pasaran di luar negara, Perfect World bukan sekadar meningkatkan
reka bentuk permainan webnya, malah berusaha keras dalam usahanya untuk
meningkatkan operasi dalam pasaran dalam negara serta di luar negara.

Selain War of the Three Kingdoms, beberapa permainan web baharu kini dalam
proses pembangunan. Pada masa yang sama, Perfect World sedang menjalankan
ujian siri permainan mudah alih berasaskan pelanggan. Syarikat itu merancang
meluaskan akses permainannya dengan menawarkan pelbagai platform
dan pada masa yang sama melancarkan pelbagai jenis permainan berasaskan
pelanggan dan memasuki lebih banyak pasaran baharu di seluruh dunia
sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menjadi syarikat global
sepenuhnya.

SUMBER :  Beijing Perfect World Co., Ltd.

Source: Beijing Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics