- Pengguna boleh menyambung, menyambung semula dan memutuskan walaupun semasa laluan aliran basah dan bertekanan
- Penyambung CDR Lynx® baharu memudahkan pengurusan cecair biofarma yang lebih cepat dan menjimatkan
DARMSTADT, Jerman, 26 April 2016 /PRNewswire/ -- Merck, syarikat sains dan teknologi terkemuka, mengumumkan hari ini pelancaran Penyambung CDR Lynx® pertama dalam kelasnya untuk menambah baik pengurusan cecair dalam industri biofarma. Penyambung CDR Lynx® itu ditampilkan dalam acara di Ekspo Farmaseutikal Antarabangsa (INTERPHEX) di New York, New York, 26-28 April.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160421/358559
"Penyambung CDR Lynx® akan mengubah cara cecair farmaseutikal diuruskan, mengurangkan kos pengeluaran ubatan," kata Udit Batra, Ketua Pegawai Eksekutif, Sains Hayat di Merck. "Penyambung CDR Lynx® itu membawa standard baharu untuk sambungan cecair steril, membawakan peningkatan mendadak kepada kemudahan penggunaan dan keandalan."
Membuat sambungan cecair steril ke steril yang ringkas dan andal adalah kritikal kepada biopengeluaran yang berjaya. Teknologi pakai buang sebelum ini membenarkan pengguna membuat satu sambungan steril sahaja bagi setiap peranti, memerlukan penggunaan berbilang peranti bagi setiap unit operasi. Teknologi sebelum ini juga memerlukan laluan aliran yang kering dan tidak bertekanan semasa penyambungan dan pemutusan. Had-had ini memakan kos dan sumber ketika standard industri menuntut produktiviti lebih tinggi pada setiap peringkat pengeluaran ubatan. Dengan penyambung CDR Lynx®, pengguna dapat menjalankan pengurusan cecair yang lebih pantas, dan lebih jimat semasa laluan aliran basah dan bertekanan.
Penyambung CDR Lynx® membolehkan pengurusan cecair yang cekap melalui penyambungan, pemutusan dan penyambungan semula steril memberikan pengguna alternatif yang dijamin berjaya bagi proses kimpalan tiub yang memakan masa dan konfigurasi masukan yang berkos tinggi yang lazim digunakan dalam pemprosesan huluan dan hiliran. Penyambung ini menyediakan pengurusan cecair cekap dengan enam sambungan, pemutusan dan penyambungan semula steril dari satu peranti pakai buang.
Pengunjung ke INTERPHEX boleh mengunjungi reruai #2841 untuk mempelajari lebih lanjut tentang produk Merck dan bercakap dengan pakar syarikat. Ikuti kami di Twitter @merckgroup.
Latar Belakang Merck
Merck merupakan syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam kesihatan, sains hayat dan bahan berprestasi tinggi. Sekitar 50,000 kakitangan berusaha untuk terus membangunkan teknologi yang menambah baik dan meningkatkan kehidupan - daripada terapi biofarmaseutikal untuk merawat barah atau sklerosis berbilang, sistem canggih untuk penyelidikan dan pengeluaran saintifik, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada 2015, Merck menjana jualan sebanyak €12.85 bilion di 66 negara.
Diasaskan pada 1668, Merck merupakan syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memiliki hak global kepada nama dan jenama Merck. Pengecualiannya hanya di Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat itu beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.
Semua hebahan berita Merck diedarkan melalui emel pada masa yang sama ia tersedia di laman web Merck. Sila ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.