omniture

Air China akan Memulakan Perkhidmatan Tanpa Henti Beijing-Geneva dan Memperluaskan Kehadirannya ke Eropah

Air China
2013-02-05 06:50 181

 

BEIJING,  24 Jan., 2013 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Air China Limited (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Air China") baru-baru ini
mengumumkan bahawa bermula pada 7 Mei 2013, ia akan menawarkan perkhidmatan
tanpa henti empat kali seminggu dari Beijing ke Geneva dengan menggunakan
Airbus A330-200. Ia  akan menjadikan Air China sebagai satu-satunya syarikat
penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa henti antara  Beijing dan Geneva.
Dan laluan Beijing-Geneva akan menjadi laluan pertama secara terus dari Asia
Timur ke Geneva, yang menawarkan penerbangan pilihan tambahan kepada pelancong
dari dan ke Tokyo, Seoul, Hong Kong, Bangkok dan Manila. Ia akan juga
memudahkan perhubungan dan pertukaran antara Beijing dan Geneva,  antara China
dan negara-negara Asia Tenggara dan Switzerland dan rantau lain di Eropah.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg )

Encik Robert Deillon, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Geneva, berkata,
"Lapangan Terbang Geneva amat gembira untuk mengalu-alukan peningkatan bilangan
pelawat dari China dan akan menawarkan kepada pelanggan dengan satu pengalaman
yang tidak dapat dilupakan."

Presiden Air China Cai Jianjiang berkata, "Perkhidmatan Beijing-Geneva yang
baru ini adalah tambahan yang sewajarnya kepada rangkaian meluas Air China yang
menawarkan perkhidmatan ke Eropah."

Nombor perkhidmatan penerbangan Beijing - Geneva ialah CA861/862. Penerbangan
empat kali seminggu itu akan berlepas dari Beijing pada 13:30 dan tiba pada
18:25 di Geneva pada hari yang sama. Penerbangan pulang dijangka berlepas dari
Geneva pada 20:25 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing
pada 12:55 keesokan harinya. Jadual penerbangan tersebut adalah bertujuan untuk
memudahkan penumpang untuk mengambil penerbangan atau membuat pindahan di
Geneva selain untuk mengakses penerbangan sambungan yang optimum di Beijing.

Maklumat mengenai Air China:

Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan negara untuk China, Air China juga
menawarkan penerbangan khas bagi pemimpin negeri pada lawatan rasmi mereka ke
negara asing. Ia juga merupakan anggota Star Alliance. Ia memiliki 432 pesawat
penumpang dan pengangkut kargo terutamanya jenis Boeing dan Airbus (termasuk
pembawa di mana Air China mempunyai kepentingan majoriti di dalamnya) dan
beroperasi di lebih daripada 280 laluan yang berkhidmat di 30 buah negara dan
wilayah. Dengan menaruh keyakinan kepada rangkaian laluan Star Alliance yang
teguh, Air China boleh mengambil penumpang ke 1,356 buah destinasi di 193 buah
negara. Pelancong perniagaan begitu berminat untuk terbang dengan Air China.
Keanggotaan PhoenixMiles,  program kesetiaan pelanggan Air China, telah
melebihi 25 juta.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Air China di
http://www.airchina.com/.

SUMBER  Air China

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services