- Melancarkan produk di INTERPHEX 2016 termasuk bioreaktor 1000-liter untuk fleksibiliti dan kelangsungan lebih besar untuk peningkatan skala
- Penggaul 2000-liter untuk penimbal dan media yang sukar dicampurkan
- Sistem pengangkutan isipadu besar untuk cecair aseptik dan bukan aseptik
DARMSTADT, Jerman, 27 April 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, bakal melancarkan tiga produk Mobius® yang memberikan kecekapan dipertingkat serta kemudahan penggunaan bagi aliran kerja pengeluaran biofarmaseutikal.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160421/358621
Produk Mobius® baharu itu termasuk bioreaktor penggunaan tunggal 1000-liter dengan rekaan mengungguli industri, sistem penggaulan 2000-liter untuk ramuan biofarma yang sukar dicampurkan dan sistem pengangkutan cecair berisipadu besar untuk bahan aseptik dan bukan aseptik.
"Produk Mobius® terkini memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin kompleks yang menuntut sistem mesra pengguna yang membolehkan mereka menumpukan terhadap sains mereka," kata Udit Batra, Ketua Pegawai Eksekutif, Sains Hayat di Merck.
Bioreaktor penggunaan tunggal 100 liter Mobius® menyempurnakan portfolio tangki penggaul Mobius® dengan saiz daripada 3 hingga 2000 liter, memberikan fleksibiliti dan kelangsungan lebih baik untuk peningkatan skala. Dengan satu-satunya laci muatan bawah untuk pemasangan beg yang mudah dan selamat, bioreaktor Merck baharu direka untuk mencapai penggaulan yang rata dan pantas untuk prestasi konsisten, terutamanya pada skala besar.
Mobius® Power MIX 2000 menghasilkan vorteks berkuasa untuk menangani penimbal, media dan ramuan biofarma lain yang sukar dicampurkan. Penggaulan berkuasa dicapai dengan rekaan pendesak dan motor yang berasaskan teknologi NovAseptic® berpadanan magnet, teknologi penggaulan yang terbukti dalam tangki keluli tahan karat. Power MIX 2000 menyediakan pensampelan steril yang mudah dicapai secara langsung daripada bekas pengadun. Port Prob membenarkan prob standard boleh diulang guna untuk proses bukan aseptik atau sensor gunaan tunggal disterilkan untuk sukatan pH semasa proses aseptik dimasukkan.
Sistem pengangkutan cecair besar 3D gunaan tunggal Mobius® menampilkan beg gunaan tunggal dan tong pengangkut keluli tahan karat yang memudahkan pengangkutan selamat dan mudah di jalan darat bagi media aseptik dan bukan aseptik, penimbal, bahan pertengahan proses dan produk ubatan pukal pada suhu sejuk atau suhu persekitaran. Sistem ini menawarkan empat pemasangan beg gunaan tunggal dengan isipadu bekerja 100 hingga 500 liter. Semua beg dihasilkan daripada filem PureFlex™ Plus dengan profile pengekstrakan rendah serta ciri-ciri penghadang gas yang terbukti.
Merck akan menampilkan portfolio terunggul industrinya yang terdiri daripada produk pengeluaran gunaan tunggal dan farmaseutikal lain di reruai #2841 di INTERPHEX 2016 di Bandaraya New York dari 26-28 April. Ikuti kami di Twitter @merckgroup.
Latar Belakang Merck
Merck merupakan syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam kesihatan, sains hayat dan bahan berprestasi tinggi. Sekitar 50,000 kakitangan berusaha untuk terus membangunkan teknologi yang menambah baik dan meningkatkan kehidupan - daripada terapi biofarmaseutikal untuk merawat barah atau sklerosis berbilang, sistem canggih untuk penyelidikan dan pengeluaran saintifik, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada 2015, Merck menjana jualan sebanyak €12.85 bilion di 66 negara.
Diasaskan pada 1668, Merck merupakan syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memiliki hak global kepada nama dan jenama Merck. Pengecualiannya hanya di Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat itu beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.
Semua hebahan berita Merck diedarkan melalui emel pada masa yang sama ia tersedia di laman web Merck. Sila ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.