omniture

UPS Pilots Bakal Beri Penghormatan Kepada Barisan Piket Jerman di Lapangan Terbang Cologne Bonn

Independent Pilots Association
2016-04-27 22:26 146

LOUISVILLE, Kentucky, 27 April 2016 /PRNewswire/ -- Kira-kira lapan puluh anggota daripada Persatuan Juruterbang Bebas (UPS pilots) yang bertugas di Cologne, Jerman akan memberi penghormatan kepada barisan piket ver.di di lapangan terbang Cologne Bonn. Bantahan tersebut akan diadakan selama 24 jam, bermula pada tengah malam waktu Jerman.

"Ver.di yang mewakili kakitangan darat di lapangan terbang Cologne Bonn, meminta IPA untuk menghentikan perkhidmatan kami sebagai juruterbang semasa bantahan yang diadakan selama 24 jam itu," kata Presiden IPA, Kapten Robert Travis. "Kami akan memberi penghormatan kepada bantahan yang mereka lakukan dan tidak akan melintasi barisan piket ver.di."

Dianggarkan bantahan ver.di itu akan memberi kesan kepada enam puluh penerbangan UPS yang masuk dan keluar dari lapangan terbang Cologne Bonn.

"Minggu lalu, kami membuka pusat bantahan kami berikutan jangkaan bantahan terhadap UPS bakal dibuat oleh juruterbang kami. Kini, kurang daripada tempoh seminggu, kami mengendalikan pusat bantahan tersebut bagi menyokong rakan sekerja Jerman kami," kata Travis. "Kami akan memperlihatkan kesepakatan kami bersama rakan sekerja kami di Jerman, dan kami yakin mereka akan menyokong kami, apabila tiba saatnya."

Source: Independent Pilots Association
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Advocacy Group Opinion Labor news Not for profit