omniture

Merck Perluas Kemudahan Pengeluaran bagi Menyediakan Penyelesaian Menyeluruh untuk Industri Biofarmasi

Merck
2016-05-02 20:00 97

- Konsep kilang yang fleksibel mempercepatkan proses pembangunan dan penyediaan ubat-ubatan untuk pasaran

- Penyelesaian menyeluruh disediakan di seluruh dunia bagi membantu menangani cabaran yang dihadapi oleh pelanggan

DARMSTADT, Jerman, 2 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, hari ini mengumumkan perluasan kemudahan Amalan Pengilangan Baik Semasa (cGMP) gunaan tunggal yang canggih dengan menambah bioreaktor gunaan tunggal 2000L Mobius®. Menerusi set huluan baharu di Pusat Pembangunan Bio di Perancis, kini Merck dapat menawarkan proses pengilangan cGMP yang lengkap buat para pelanggan, yang merangkumi peralatan dan produk Merck.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160429/361766

"Matlamat kami adalah untuk menggalakkan pembangunan dan penyediaan ubat-ubatan melalui inovasi dan kepakaran teknikal yang berterusan dengan menawarkan penyelesaian yang menyeluruh buat pelanggan, bermula dengan klon kepada pengeluaran secara komersial," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Tawaran unik kami ini memberikan pilihan kepada pelanggan untuk memindahkan hasil pengeluaran mereka pada sebarang peringkat dengan keyakinan bahawa kami akan memastikan proses pemindahan yang paling berkesan kepada pengilangan komersial, sama ada pada kemudahan sedia ada atau kemudahan yang dibangunkan hasil bantuan kami."

Dengan ciri-ciri penambahbaikan dari segi skala dan skop, Merck boleh memajukan produk rekombinan pelanggan daripada pembangunan sel selaras kepada pengeluaran klinikal peringkat akhir. Ketika memindahkan teknologi kepada organisasi pengilangan secara kontrak atau kemudahan lain, pelanggan juga boleh memanfaatkan Perkhidmatan Menyeluruh Provantage® Merck yang tersedia di seluruh dunia bagi mengurangkan risiko yang biasanya berkaitan dengan penskalaan kepada pengeluaran komersial.

Penyelesaian Menyeluruh Provantage® Merck terdiri daripada set produk dan perkhidmatan yang lengkap termasuk pembangunan proses, pengilangan cGMP, reka bentuk kemudahan, peralatan pengilangan dan bahan guna habis, latihan berkaitan proses dan peralatan, pemindahan teknologi serta persediaan untuk pengkomersialan. Tawaran yang disediakan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko pelanggan bermula pada peringkat awal klinikal hingga pengeluaran komersial bagi membantu memendekkan tempoh untuk dipasarkan serta meningkatkan produktiviti dan juga keuntungan.  

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini.

Source: Merck
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals