omniture

Piawaian Baru Tempat Kerja: Syarikat-syarikat Harus Mengukur "Kualiti hidup per Kaki Persegi"

CoreNet Global
2013-02-07 10:00 230

CoreNet Global perjuang kesejahteraan pekerja, dan sokongan kerja-kehidupan sebagai suatu model perniagaan baru untuk dipraktikkan oleh syarikat.

SHANGHAI, 7 Februari 2013 /PRNewswire/-- Syarikat-syarikat harus mengukur "kualiti hidup per kaki persegi" dan memberikan pekerja-pekerja ilmu mereka lebih pengaruh dalam perubahan-perubahan penting, termasuk rekabentuk tempat kerja. Ia berdasarkan pernyataan kedudukan baru CoreNet Global yang memperjuangkan persekitaran kerja berkualiti dan pengalaman pekerjaan sebagai suatu amalan tanggungjawab sosial korporat.

 "Mempertingkatkan pengalaman pekerja bagi menggalakkan kesejahteraan dan keterlibatan pekerja" akan menjadi antara topik-topik yang akan dibincangkan di  Persidangan Asia-Pasifik CoreNet Global di Shanghai pada 26-28 Mac ini.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Persidangan Shanghai.

Lebih 7,700 ahli CoreNet Global mempengaruhi rekabentuk dan operasi tempat kerja korporat di seluruh dunia.

Dengan jumlah mencecah sehingga 70 peratus daripada pekerja-pekerja ilmu tidak melibatkan atau tidak dilibatkan dengan aktif dalam pekerjaan, kesan ekonomi meningkat seiring dengan nilai modal insan.

CoreNet Global menyeru komuniti korporat untuk menambahbaik tempat kerja dengan:

  • Rekabentuk tempat kerja yang holistik dan bersepadu, dengan rekabentuk ruang kerja yang progressif bagi kolaborasi, fokus, pembelajaran dan bersosial; dilengkapkan pula dengan kerja talian dan bentuk-bentuk kerja mudah alih yang lain jika sesuai.
  • Penekanan kepada ciri lestari yang menggalakkan kesejahteraan dan kesihatan, contohnya:
    • Penggunaan bahan tidak beracun dan bahan guna semula.
    • Perabut dan peralatan yang ergonomik.
    • Akses kepada cahaya matahari dan pandangan terbuka lengkap dengan tingkat jimat tenaga.
    • Pengudaraan semula jadi melalui penghawadinginan pelbagai mod.
    • Kawalan suhu yang seimbang.
    • Sistem pencahayaan yang berprestasi tinggi.
    • Penggelapan, atap sejuk dan atap hijau
    • Pemuliharaan air dan pengurusan air hujan
  • Mewujudkan kemudahan-kemudahan dengan matlamat kesejahteraan bersepadu seperti:
    • Syarat-syarat dan jadual kerja yang fleksibel
    • "tempat ketiga" dan "ruang ketiga" sebagai alternatif kepada ruang kerja utama.
    • Mempersepadukan peranti peribadi dengan sistem syarikat sebagai tambahan kepada sokongan "ekosistem" kerja-kehidupan di mana pekerja menggunakan teknologi mereka sendiri untuk kerja ("BYOT")
    • Pusat-pusat riadah, lorong jalan kaki dan lorong larian.
    • Kafeteria, persekitaran kafe dan perkhidmatan makanan yang menekankan pilihan dan tawaran sihat seperti makanan tempatan yang segar disertai dengan program galakan pemakanan sihat.
  • Menggalakkan pengurangan kesan karbon komuter melalui:
    • Rangkaian transit awam, insentif transit dan kongsi kereta, lorong basikal dan tempat penyimpanan basikal.

Pernyataan sokongan tersebut juga mengesyorkan eksekutif hartanah korporat beralih daripada "metrik dua dimensi" kepada produktiviti seperti kos per kaki persegi atau hasil per pekerja. Di sesetengah syarikat, suatu perkongsian yang lebih ketara wujud antara pihak-pihak Eksekutif Hartanah Korporat (CRE) dan  Sumber Manusia (HR) korporat di pejabat.

NOTA: "Pendekatan Kualiti Hidup per Kaki Persegi"  terhadap hartanah adalah satu falsafah yang dibangunkan oleh Sodexo, sebuah  Rakan Kongsi Strategik CoreNet Global. Sodexo adalah peneraju global dalam perkhidmatan yang mempertingkatkan Kualiti Kehidupan, suatu faktor penting dalam prestasi individu dan organisasi.

Dengan lebih daripada 7,700 ahli di persada antarabangsa, CoreNet Global adalah persatuan professional ulung bagi eksekutif hartanah korporat dan tempat kerja, penyedia perkhidmatan, dan pemaju ekonomi. Sila lawati www.corenetglobal.org bagi mendapatkan maklumat lanjut. Akhbar yang berminat membuat liputan Persidangan Shanghai boleh menghantar email kepada david@harrisoncommunications.net.

HUBUNGI:
Richard Kadzis
+1-404-589-3240
rkadzis@corenetglobal.org

SUMBER  CoreNet Global 

Source: CoreNet Global
Keywords: Education Workforce Management/Human Resources Trade show news