omniture

Mederi Bakal Lancar Teknologi RFT3 Stretta yang Dipertingkat, Bentangkan Data Baharu di Digestive Disease Week 2016

Mederi Therapeutics Inc.
2016-05-04 02:26 136

NORWALK, Connecticut, 3 Mei, 2016 /PRNewswire/ -- Mederi Therapeutics Inc., pengeluar Terapi Stretta bagi penyakit refluks gastroesofagus (GERD), hari ini mengumumkan pelancaran RFT3, iaitu teknologi Stretta generasi ketiga. Produk baharu ini bakal dilancarkan sempena Digestive Disease Week® (DDW) 2016, yang akan diadakan pada 21-24 Mei di San Diego. Selain itu, data susulan dalam tempoh 10 tahun terhadap kumpulan pesakit istimewa yang menghidap GERD akan dibentangkan dalam beberapa sesi pembentangan poster DDW.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160502/362660

RFT3 Stretta baharu ialah penghasilan semua sistem Stretta yang terbukti secara klinikal. Dengan prosedurnya yang masih sama, penambahbaikan terhadap nilai estetik, fungsi dan bahan akan terus memudahkan penggunaannya serta mengoptimumkan penyediaan rawatan Stretta untuk penghidap GERD yang kronik.

"Kami terus meneliti pandangan pengguna kami di seluruh dunia dan memanfaatkan maklum balas tersebut bagi membuat penambahbaikan secara berterusan kepada sistem kami," kata Bob Knarr, Ketua Pegawai Eksekutif Mederi. "Generasi ketiga Stretta menawarkan antara muka yang dipertingkat, mengautomasikan ciri-ciri tertentu bagi meningkatkan kebolehgunaan dan mengoptimumkan rawatan. Kateter RFT3 baharu juga serasi dengan Penjana MDRF1 sedia ada, dan ini menyediakan kefleksibelan yang maksimum hasil teknologi yang dipertingkat ini. Kesemua penambahbaikan ini memperlihatkan komitmen berterusan Mederi terhadap produk berkualiti."

Kira-kira 30% daripada golongan dewasa mengalami penyakit GERD kronik. Kebanyakan pesakit ini tidak bertindak balas sepenuhnya terhadap perencat pam proton (PPI), iaitu rawatan paling biasa untuk penyakit ini dan banyak pihak bimbang dengan risiko yang dikaitkan dengan penggunaan PPI dalam tempoh jangka panjang, atau melalui pembedahan antirefluks. Stretta menyediakan pilihan pertengahan tanpa pembedahan kepada kumpulan pesakit ini.

Mederi akan memperkenalkan dan mendemonstrasikan sistem RFT3 Stretta baharu ini di Pusat Pembelajaran ASGE, DDW. Demonstrasi akan dijalankan pada:

  • Sabtu, 21 Mei: Amali 1:00­-4:00 petang; Pembentangan 1:00-2:00 petang
  • Ahad, 22 Mei: Amali 8:00 pagi-12:00 tengah hari; Pembentangan 9:00-10:00 pagi
  • Isnin, 23 Mei: Amali 1:00-4:00 petang; Pembentangan 1:00-2:00 petang
  • Selasa, 24 Mei: Amali 1:00-4:00 petang; Pembentangan 2:00-3:00 petang

Di DDW, data kajian Stretta selama 10 tahun yang dijalankan oleh Dr. Mark Noar, Pengarah Pusat Kajian Pedih Ulu Hati dan Refluks di Towson, MD akan dibentangkan dalam beberapa sesi pembentangan poster. Tiga pembentangan akan menilai subset pesakit tertentu daripada kajian 10 tahun yang diterbitkan sebelum ini dan menganalisis kesan Stretta terhadap pesakit dengan Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi, pesakit yang mengalami gejala pernafasan GERD dan pesakit dengan GERD berulang setelah menjalani pembedahan antirefluks. "Amat penting untuk mempunyai pilihan rawatan GERD tanpa pembedahan bagi kumpulan pesakit yang mencabar ini," kata Dr. Noar.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang RFT3 Stretta baharu serta data klinikal terkini, sila kunjungi reruai Mederi bernombor 3349 di DDW 2016.

Latar Belakang Mederi Therapeutics Inc. dan Terapi Stretta®
Mederi mengeluarkan peranti tanpa pembedahan yang inovatif menggunakan tenaga frekuensi radio (RF) yang tidak ablatif bagi merawat gangguan pencernaan. Terapi Stretta daripada Mederi terbukti selamat dan berkesan dalam merawat penyakit GERD menerusi lebih 40 kajian yang dijalankan, yang kesemuanya menunjukkan keselamatan dan keberkesan yang tinggi serta melegakan gejala dalam tempoh jangka panjang. Lebih 20,000 prosedur Stretta dijalankan di seluruh dunia dan ia boleh didapati di lebih 40 buah negara.

Sebarang maklumat lanjut, sila ke: www.stretta-therapy.com.

Maklumat Perhubungan Media
Mike Elofer
mike@pascalecommunications.com
+1 (484) 620-6167

Source: Mederi Therapeutics Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news