omniture

Merck Tambah Tawaran Perkhidmatan Terapi Virus dan Gen Utama dengan Perluasan Kapasiti Kemudahan

Merck
2016-05-04 20:00 207

- Kemudahan yang lebih besar di Carlsbad, California akan menyediakan sokongan pelanggan dipertingkat yang lancar dari skala klinikal hinggalah komersial

- Perluasan kemudahan meningkatkan kapasiti Amalan Pengilangan yang Baik hampir 90 peratus

DARMSTADT, Jerman, 4 Mei, 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan perluasan kemudahannya di Carlsbad, California bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap produk terapi virus dan gen.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160502/362386

Dijadualkan siap pada tahun 2016 ini, saiz kemudahan Carlsbad akan diperluaskan daripada 44,000 kaki persegi menjadi 65,000 kaki persegi, dengan 16 ruang bilik bersih untuk pengilangan pukal virus modular, dua ruang mengisi/siap dan ruang dengan keluasan dua kali ganda kapasiti gudang. Proses pembinaan ini akan menyediakan peralatan gunaan tunggal dengan cara yang fleksibel dan boleh diperluas bagi pengeluaran ubat-ubatan secara pukal untuk tujuan klinikal dan komersial.

 "Kami terus memperluas tawaran utama daripada industri kami untuk menghasilkan dan menguji produk yang inovatif serta kompleks, bagi memperlihatkan komitmen kami sebagai rakan pilihan jangka panjang yang dipercayai," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. Kapasiti baharu syarikat di Carlsbad akan mengukuhkan kedudukan Merck bagi menyokong pelanggan dengan lancar, dari segi klinikal dan komersial, serta turut dilengkapi perkhidmatan bank sel di Rockville, Maryland, kemudahan penghasilan terapi virus dan gen di Glasgow, Scotland serta menawarkan perkhidmatan pengujian biokeselamatan BioReliance® global.

Kemudahan di Carlsbad itu, iaitu tapak utama Merck bagi menawarkan terapi virus dan gen SAFC akan terus beroperasi sepenuhnya sepanjang proses pembinaan tersebut.

Kemudahan Carlsbad menyediakan ruang mengisi/siap untuk terapi gen, vaksin virus dan produk imunoterapi. Pasukan Merck memiliki pengalaman selama berpuluh-puluh tahun dalam bidang terapi virus dan gen, serta sektor pengujian biokeselamatan.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion