omniture

Vantage FX Mengumumkan Pelancaran Kadar Faedah 8.88% Setahun bagi Baki Akaun Dagangan Tukaran Mata Wang

Vantage FX
2016-05-09 10:00 409

SYDNEY, 9 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Broker tukaran mata wang global, Vantage FX dengan bangganya mengumumkan pelancaran antarabangsa akaun 8.88% perolehan faedah, iaitu akaun dagangan tu yang memperoleh kadar faedah sebanyak 8.88% setahun atas baki bebas untuk peniaga tukaran mata wang yang aktif.

Konsep tersebut terhasil sebagai respons terhadap keadaan kadar faedah global semasa yang rendah, disebabkan oleh kadar rendah daripada rekod Rizab Persekutuan, yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen beberapa kali menyatakan bahawa ketidaktentuan ekonomi adalah penyebab bagi keputusan untuk terus melambatkan kenaikan kadar faedah tahun ini dan pasaran hanya boleh mengharapkan kenaikan secara berperingkat pada masa akan datang. 

David Bily, Ketua Jualan di Vantage FX mengulas: "Situasi kewangan global pada masa kini terus menurunkan kadar faedah bank pusat dan kebanyakan negara seperti Jepun dan Eropah, mengalami nilai negatif. Inisiatif kadar faedah 8.88% kami dapat membantu memulihkan aktiviti yang kurang aktif ini buat peniaga aktif kami serta memberikan kelebihan dengan mewujudkan penampan yang positif serta pulangan positif ke atas akaun dagangan tukaran mata wang."

Dalam industri tukaran mata wang, akaun dagangan jarang mendapat faedah daripada baki akaun, dan bagi akaun dagangan yang mendapat faedah, dengan kadar semasa yang berada di paras terendah sepanjang masa, kelebihan untuk peniaga adalah sangat sedikit.

Vantage FX percaya inisiatif ini bakal mengubah industri ini buat para peniaga tukaran mata wang yang aktif dengan membantu mereka mengukuhkan akaun dagangan, selain memberi penampan positif bagi keuntungan dan kerugian yang dialami oleh peniaga.

"Dengan melancarkan ciri akaun kadar faedah 8.88% ini, kami mampu memperlihatkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan kelebihan yang utama dalam industri serta mewujudkan nilai sebenar buat peniaga tukaran mata wang kami. Memandangkan ciri akaun ini terpakai untuk semua pelanggan Vantage FX sedia ada yang mahu turut serta, kami mengalu-alukan semua peniaga tukaran mata wang untuk menyertainya dan berniaga dengan tambahan 8.88% untuk mereka," kata Bily.

Kadar faedah 8.88% setahun Vantage FX disediakan untuk akaun dagangan sedia ada dan juga akaun baharu. Faedah dikira dan dibayar setiap bulan.

Sebarang maklumat lanjut tentang produk, sila kunjungi laman sesawang ini https://www.vantagefx.com/interest-promotion/.

Latar Belakang Vantage FX:

Ditubuhkan pada tahun 2009 Vantage FX ialah broker pertukaran mata wang asing yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang berpangkalan dan dikawal selia di Australia. Vantage FX diperakui sebagai peneraju pasaran, yang memberi peniaga tukaran mata wang akses kepada pasaran tukaran mata wang global melalui platform MetaTrader 4 yang terkenal.

Hubungi:

Vantage FX Pty Ltd
David Bily
E-mel: dbily@vantagefx.com
Telefon: +61-2-8999-2044

Source: Vantage FX
Keywords: Banking/Financial Service New products/services