omniture

Merck Pamer Inovasi Baharu di Analytica 2016

Merck
2016-05-10 13:00 127

- Kepakaran dan inovasi dalam bidang sains hayat untuk analisis sel hidup yang mudah, dinamik dan tepat

DARMSTADT, Jerman, 10 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, bakal mempamerkan pelbagai pilihan produk dan penyelesaian baharu di Analytica 2016, sebuah pameran perdagangan antarabangsa khusus buat teknologi makmal, analisis dan bioteknologi, berlangsung pada 10 hingga 13 Mei di Munich, Jerman.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160506/364647

Inovasi yang menggalakkan usaha penyelidikan yang lebih pantas, lebih mudah dan lebih andal, termasuk Platform Mikro Berbendalir ONIX 2 CellASIC™, instrumen bagi menjalankan analisis sel hidup, adalah antara produk Merck yang bakal dipamerkan di reruai #A1408.

"Produk baharu Merck memperlihatkan komitmen kami dalam membangunkan penyelesaian yang dapat menangani cabaran sukar yang dihadapi oleh pelanggan kami," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Merck mempunyai rekod prestasi terbukti dalam bidang sains hayat dan terus berinovasi melalui Platform CellASIC™ baharu kami."

Platform CellASIC™ membolehkan para penyelidik memantau tindak balas dalam perubahan perfusi, suhu dan persekitaran gas bagi sel hidup selain mengesan tindak balas setiap sel dari semasa ke semasa bagi menjalankan analisis sel yang benar-benar dinamik. Ia turut menawarkan persekitaran pengimejan yang tekal dan stabil, di samping mengekalkan keadaan sel, dan menyediakan gabungan ciri-ciri kawalan ketepatan tertinggi, fungsi yang unggul dan antara muka pengguna yang paling ringkas bagi memberikan pengalaman analisis sel hidup yang tersendiri.

Merck akan turut mempamerkan inovasi yang berikut di pameran tersebut:

  • Sel Teraduk Amicon® Alat penurasan ultra baharu yang sesuai untuk sampel dengan isipadu yang banyak dan menawarkan ciri-ciri penyusunan yang lebih mudah, pemasangan yang lebih selamat, integriti dan keserasian instrumen yang lebih baik dengan lebih banyak membran.
  • Sistem Penurasan G2 Samplicity® Teknologi baharu yang menyediakan alternatif yang mudah dan daya pemprosesan yang tinggi untuk penapis hujung picagari bagi menyediakan sampel kromatografi.
  • Spektrofotometer Terbukti Spectroquant®– Kategori spektrofotometer baharu yang menyokong analisis yang mudah, tahan lama dan selamat terhadap air sisa, air minuman, minuman serta air proses.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/langgan untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck  

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Merck, Darmstadt, Jerman memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news