omniture

Megaport Lantik Daniel Ryan sebagai Naib Presiden Jualan, Amerika Utara

Megaport
2016-05-11 23:21 573

BRISBANE, Australia, 11 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Megaport, peneraju global dalam perkhidmatan saling sambung elastik berasaskan SDN, hari ini mengumumkan Daniel Ryan menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Jualan, Amerika Utara.

nver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport Limited
nver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport Limited

 

Tambahan kedudukan kepimpinan ini dibuat setelah Megaport menyelesaikan pelancaran perkhidmatan utama di Amerika Utara dengan menyediakan perkhidmatan di 8 pasaran yang berada di 29 lokasi, serta 6 pasaran tambahan di 66 lokasi seluruh dunia. Melalui jawatan ini, Ryan bertanggungjawab untuk terus mengembangkan perniagaan Megaport di seluruh Amerika Utara dan menyokong strategi pengembangan pasaran ke peringkat global. Ryan akan melapor diri terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Megaport, Denver Maddux.

Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport Limited berkata: "Dan berjaya membuktikan beliau seorang pemimpin jualan yang berbakat dan membawa inspirasi untuk industri kami. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang sejauh mana syarikat-syarikat berinteraksi sebagai rantaian nilai bagi membentuk ekosistem perkhidmatan data. Kelebihan ini serta pengetahuan luas dalam proses jualan pelanggan, menjadikan beliau sebagai individu penting untuk mendorong model Megaport memasuki pasaran dan vertikal baharu. Kesemua kelebihan ini menjadikan Dan sebagai penyokong pelanggan terbaik memandangkan kami di Megaport amat mementingkan pengalaman pelanggan kami."

Ryan mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam pasaran pusat data antarabangsa. Beliau menyertai Megaport daripada IO, pembekal perkhidmatan pusat data yang terkemuka di peringkat global, dan baru-baru ini, beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Pasaran Baharu di United Kingdom. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang perusahaan dan jualan saluran bersama Pusat Data IO di Amerika Syarikat dengan menyandang pelbagai jawatan kanan bagi menyokong serta melaksanakan strategi pengembangan pasaran ke peringkat global, selain memperluas pengaruh syarikat ke seluruh dunia. Ryan ialah penyokong tegar terhadap teknologi serta syarikat yang berinovasi dan membuat perubahan dalam pasaran legasi.

"Menerusi fokus yang jelas untuk membangunkan masyarakat terhubung melalui jalinan kerjasama dengan pengendali awan dan pusat data, saya berharap dapat terus memperluas pengaruh Megaport selaku peneraju dalam perkhidmatan saling sambung yang elastik," kata Ryan. "Saya teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada transformasi industri yang diusahakan oleh Megaport dan juga gembira dapat bekerjasama dengan pasukan yang amat berbakat ini."

Latar Belakang Megaport

Megaport ialah pembekal bagi perkhidmatan Saling Sambung Elastik yang terkemuka, berskala global, bebas dan neutral. Menggunakan Rangkaian Tentuan Perisian, platform global Syarikat tersebut membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mereka secara pantas dengan perkhidmatan lain menerusi Fabrik Megaport. Setiap perkhidmatan boleh dikawal secara terus oleh pelanggan melalui peranti mudah alih, komputer mahupun API terbuka kami. Pengaruh Syarikat yang luas di Australia, Asia Pasifik dan juga Amerika Utara menyediakan sebuah platform neutral yang melibatkan sejumlah pembekal pusat data utama dalam pelbagai pasaran.

Megaport beroperasi daripada 66 pusat data yang terdapat dalam tiga belas pasaran iaitu di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, Kanada, serta Amerika Syarikat dan kini mengembangkan pengaruhnya di beberapa pusat data tambahan iaitu di Amerika Utara dan juga pasaran utama di Eropah, termasuk London, Dublin, Amsterdam dan Stockholm.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang fabrik saling sambung berasaskan SDN Megaport, sila layari https://megaport.com.

Maklumat perhubungan media

E-mel: media@megaport.com

Wendy Hill
Sapphire Communications
PH: +614-2717-3203
EM: wendy@sapphirecommunications.com.au

Semua nama syarikat atau produk lain yang disebutkan dalam siaran berita ini ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing. Maklumat yang terkandung dalam siaran berita ini adalah tepat ketika diterbitkan dan tertakluk kepada sebarang perubahan tanpa perlu mengeluarkan notis terlebih dahulu.

Logo -  http://photos.prnasia.com/prnh/20150203/8521500675LOGO
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160510/8521602989

Source: Megaport
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Personnel announcements