GUANGZHOU, China, 7 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Sebagai gerbang ke pasaran China, Pesta Canton – pesta perdagangan China yang paling berprestij – terbukti semakin penting bagi penjual dan pembeli dari pasaran baru. Menjelang Pesta Kali Ke 113 yang bakal bermula pada 15 April ini, ahli-ahli perniagaan seluruh dunia – terutamanya dari pasaran baru Amerika Latin, Asia dan Afrika – mula bersedia untuk mencipta kejayaan bersandarkan kejayaan pesta ini pada tahun lepas yang menyaksikan perdagangan berkembang pesat di rantau tersebut.
Pada musim luruh lalu hampir 190,000 pembeli dari 211 negara dan rantau di seluruh dunia telah menghadiri Pesta Canton ke 112. Sejumlah 552 syarikat asing dari 44 negara telah menyertai pesta sebagai pempamer dengan kebanyakan daripada mereka datang dari negara-negara membangun. Ramai ahli perniagaan menyatakan keyakinan mereka terhadap pertumbuhan perdagangan dengan China.
Rafeeque Ahmed, Presiden Persekutuan Pertubuhan Eksport India, telah mengetuai satu delegasi 52 syarikat India ke Pesta ke 112 yang menawarkan pelbagai produk daripada perkakas tangan hingga ke peralatan dapur.
Syarikat-syarikat India yang telah sedia aktif dalam pengeksportan peralatan rumah ke pasaran China akan memperkenalkan produk-produk seperti alat ganti kereta, ubat-ubatan, pakaian dan kraf, ujar Ahmed. Beliau meramalkan bahawa eksport India ke China akan mencecah AS$100 bilion menjelang 2018 dengan pertumbuhan tahunan sekitar 30%.
"La adalah sesuatu yang mencabar namun ia mampu dicapai memandangkan potensi negara ini," Ahmed mengulas lanjut.
Menurut Luo Yifeng, seorang saudagar China yang membeli barangan bagi peruncit-peruncit Afrika pada Pesta Canton lalu, barangan China yang berkualiti serta harga yang berdaya saing amat dialu-alukan oleh para pengguna Afrika yang mewah.
"Saya telah membuat belian di pesta tersebut bagi pihak pembeli-pembeli di Afrika Selatan dan Tanzania," kata Luo yang memiliki beberapa buah kedai di Afrika.
Kuasa beli pengguna-pengguna Afrika berubah seiring dengan pembangunan yang pesat di benua tersebut – pengguna dengan pendapatan tahunan isirumah $5,000 atau lebih membelanjakan separuh daripada pendapatan mereka membeli barangan selain daripada makanan dan tempat tinggal. Dianggarkan seramai 90 juta penduduk Afrika berada dalam demografik ini, dan bilangan ini akan mencecah 128 juta menjelang 2020.
Pesta Canton juga terbukti satu pentas yang sangat sesuai bagi mengumpulkan maklumat perniagaan. Satu forum tentang urusan perniagaan dengan Brazil, yang diadakan pada Pesta ke 112, telah membuahkan kejayaan – Pesta ke 113 kali ini memilih Rusia sebagai agenda forum tersebut.
Para penganjur pesta kini menanti masa untuk menyambut para peserta ke Pesta Canton ke 113, jendela terunggul ke pasaran China.
Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp