omniture

Air China akan Memulakan Perkhidmatan Tanpa Henti Antara Chengdu dan Frankfurt

Air China
2013-02-08 05:29 188

 

BEIJING, 30 Jan., 2013 /PRNewswire/ --

-- Penerbangan 10 jam itu akan menjadikan Chengdu lebih mudah diakses ke seluruh dunia 

Air China Limited (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Air China") akan memulakan perkhidmatan tanpa henti dari Chengdu ke Frankfurt pada 19 Mei, 2013. Perkhidmatan baru itu akan mengukuhkan kedudukan Chengdu sebagai hab pengangkutan udara di barat daya dan menawarkan satu pilihan yang lebih pantas dan lebih murah bagi pelancong di antara barat daya China dan Eropah.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg )

Chengdu, ibu kota wilayah yang dikenali sebagai pengeluar utama bijirin di China, adalah sebuah bandar di barat daya China yang mempunyai potensi pertumbuhan yang luas. Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan peningkatan berterusan dalam bilangan pelancong keluar dari Chengdu dan bandaraya lain yang berjiran di barat daya seperti Lhasa, Kunming dan Xi'an yang meninggalkan China melalui Chengdu. Pada masa ini, penumpang yang mengembara antara Chengdu dan kawasan lain di barat daya dan Jerman terpaksa singgah di Beijing, Shanghai atau Hong Kong, dan keseluruhan perjalanan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 jam. Pembukaan perkhidmatan baharu tanpa henti antara Chengdu dan Frankfurt itu akan menjadikan Chengdu sebagai bandaraya ketiga di Tanah Besar China yang mempunyai hubungan langsung melalui udara ke Frankfurt. Keseluruhan penerbangan hanya mengambil masa 10 jam, yang menyaksikan pengurangan yang ketara dari segi masa perjalanan. Perkhidmatan yang lebih pantas ini akan menjadi satu lagi pemacu pertumbuhan yang cepat dalam industri pelancongan dan ekonomi di barat daya China.

Chengdu adalah merupakan hab penting bagi operasi serantau Air China di barat daya China dan Air China menawarkan lebih 62 laluan domestik, antarabangsa dan serantau. Ia adalah merupakan sebahagian daripada rangkaian laluan ke seluruh dunia oleh syarikat penerbangan itu bersama Beijing yang merupakan hab utama dan Shanghai yang merupakan sebuah gerbang antarabangsa. Frankfurt adalah merupakan hab pengangkutan udara kedua terbesar di Eropah dan pintu masuk bagi Jerman ke seluruh dunia. Ia mempunyai lebih 260 laluan udara. Ia juga merupakan pusat bagi Ibu Pejabat Star Alliance dan Ibu Pejabat Wilayah Eropah untuk Air China. Dengan perkhidmatan baharu antara Chengdu dan Frankfurt, ia bukan sahaja lebih mudah untuk perjalanan antara kedua-dua bandaraya ini dan antara kedua-dua buah negara, tetapi ia juga meraih manfaat daripada rangkaian meluas Star Alliance - dengan Star Alliance, penumpang Air China dengan mudah boleh mengakses kepada 1356 buah destinasi di 193 buah negara dan wilayah.

Perkhidmatan tiga kali seminggu ini, CA431/432, akan dikendalikan dengan pesawat Airbus A330-200 pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Masa penerbangan adalah kira-kira 10 jam. Penerbangan itu berlepas dari Chengdu pada 01:30 dan tiba di Frankfurt pada 06:10 pada hari yang sama. Penerbangan pulang dijangka berlepas dari Frankfurt pada 14:00 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu pada 05:40 keesokan harinya. Jadual penerbangan itu dirangka sedemikian rupa bertujuan bagi memudahkan penumpang untuk mengakses penerbangan sambungan mereka di Frankfurt dan Chengdu selepas tiba. Pesawat A330-200 menawarkan AVOD peribadi dalam semua jenis kelas perkhidmatan dan kerusi yang boleh direbahkan sehingga 180 darjah di Kelas Bisnes. 

Maklumat mengenai Air China:

Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan negara untuk China, Air China juga menawarkan penerbangan khas kepada pemimpin negara pada lawatan rasmi mereka ke negara asing. Ia juga merupakan anggota Star Alliance. Ia memiliki 432 pesawat penumpang dan pengangkut kargo terutamanya daripada jenis Boeing dan Airbus (termasuk pesawat di mana Air China mempunyai kepentingan majoriti di dalamnya) dan beroperasi di lebih daripada 280 laluan yang berkhidmat di 30 buah negara dan wilayah. Dengan menaruh keyakinan kepada rangkaian laluan Star Alliance yang teguh, Air China boleh mengambil penumpang ke 1,356 buah destinasi di 193 buah negara. Pelancong perniagaan begitu berminat untuk terbang bersama Air China. Keanggotaan PhoenixMiles,  program kesetiaan pelanggan Air China, telah melebihi 25 juta. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Air China di http://www.airchina.com/.

SUMBER  Air China  

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services