omniture

Biosensors Mengumumkan Perjanjian Strategik Bersama Cardinal Health

Biosensors International Group, Ltd.
2016-05-14 01:20 159

SINGAPURA, 14 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Biosensors International Group, Ltd. ("Biosensors" atau "Syarikat"), pembangun, pengeluar dan pemasar bagi peralatan perubatan yang inovatif, hari ini mengumumkan ia telah memeterai satu perjanjian pengedaran yang strategik bersama Cardinal Health.

Menerusi perjanjian pengedaran ini, Biosensors akan meningkatkan liputan dan penembusan pasaran dengan signifikan bagi rangkaian produk Sten Membebaskan Ubat (DES) termasuk sten bersalut ubat (DCS) tanpa polimer inovatif BioFreedom™ yang terbukti berkesan secara klinikal bagi merawat pesakit yang mengalami Risiko Pendarahan Tinggi (HBR); BioMatrix NeoFlex™ yang terbukti di pasaran serta BioMatrix Alpha™ yang baru diperkenalkan, DES kobalt kromium dengan salutan yang mudah diserap oleh tisu secara abluminal dan juga ubat BA-9 Biolimus™ yang proprietari; serta Chroma™, sten logam terdedah (BMS) kobalt kromium.

Pada peringkat awal, perjanjian ini membolehkan Cordis, segmen perniagaan vaskular intervensi Cardinal Health menjual rangkaian produk DES Biosensors di pelbagai negara Eropah, Australia dan New Zealand. Pada masa akan datang, Biosensors dan Cardinal Health akan menjalin kerjasama untuk terus memanfaatkan keupayaan pengedaran masing-masing di kawasan tertentu.

"Perjanjian antara Biosensors dan Cardinal Health ialah satu pencapaian penting dalam strategi berterusan kami dalam usaha untuk terus menembusi dan mengembangkan pasaran, selain mempelbagaikan tawaran produk kami," kata Jose (Pepe) Calle, CEO Syarikat Biosensors. "Dengan jalinan kerjasama ini, kami mampu memanfaatkan keupayaan bersama kami untuk menyediakan produk terkini yang bertaraf dunia termasuk BioFreedom™, serta memaksimumkan liputan pasaran yang semakin luas dan pengaruh kawasan bagi francais Biosensors serta Cordis."

Tahun lalu, Biosensors mengumumkan keputusan yang mengagumkan terhadap ujian percubaan klinikal LEADERS FREE yang mengesahkan tahap keselamatan dan kecekapan BioFreedom™ dalam salah satu ujian percubaan klinikal buta duaan dan rawak yang terbesar setakat ini yang melibatkan DES. Data tersebut yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine sebagai ujian percubaan klinikal pertama yang prospektif, buta duaan dan warak di dunia, fokus terhadap pesakit yang mengalami risiko pendarahan yang tinggi, menunjukkan tahap keselamatan dan kecekapan BioFreedom™ yang hebat berbanding BMS yang tidak bersalut dalam kalangan pesakit yang hanya boleh bertahan terhadap dwiterapi antiplatelet ((DAPT)3) selama satu bulan. Ujian percubaan LEADERS FREE ini melibatkan seramai 2,466 pesakit dari 68 kawasan di 20 buah negara di Eropah, Asia, Australia dan Kanada, serta menggunakan DAPT dalam tempoh paling pendek setakat ini bersama sten aktif.

"Saya teruja dengan kerjasama yang bakal terjalin ini," kata En. Calle. "Menerusi teknologi hebat kami, hubungan yang kukuh bersama Pakar Perubatan dan Pengamal Perubatan, serta perkongsian positif kami bersama komuniti dalam sektor Penjagaan Kesihatan di serata dunia, saya yakin Biosensors akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran rawatan kardiovaskular global."

Maklumat Perhubungan Utama
David Chin
Tel: (65) 6213 5777
E-mel: ir@biosensors.com

Latar Belakang Biosensors International Group, Ltd.

Biosensors International Group, Ltd. membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan peralatan perubatan yang inovatif, bertujuan untuk mempertingkat kehidupan pesakit melalui teknologi perubatan baharu yang merapatkan jurang inovasi. Ditubuhkan pada tahun 1990, kami merupakan sebuah syarikat milik persendirian.

Syarikat ini kini beroperasi melalui tiga unit perniagaan ("BU"): BU Kardiovaskular, sebahagian besarnya terdiri daripada rangkaian sten BioMatrix™yang membebaskan ubat serta teknologi sten seperti BA9; BU Diagnostik Jantung, termasuk produk Dinamik Spektrum yang menawarkan pengimejan perubatan yang canggih dan penyelesaian klinikal bagi membantu pakar kardiologi intervensi menentukan rawatan paling sesuai untuk pesakit; serta BU Produk Rawatan Kritikal.

Syarikat ini beroperasi di seluruh dunia dan beribu pejabat di Singapura.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.biosensors.com.

Source: Biosensors International Group, Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts