omniture

Alice Dellal Diumumkan sebagai Jurugambar Rasmi Perlumbaan Martini® bagi Musim Formula One™ 2016

MARTINI
2016-05-14 01:33 366

HAMILTON, Bermuda, 14 Mei 2016 /PRNewswire/ -- MARTINI®, salah satu jenama Itali paling ikonik di dunia, vermout yang utama di dunia serta wain berkarbonat Itali paling laris terjual, merasmikan musim Formula One™ Eropah dengan satu pengumuman bahawa model Alice Dellal akan menjadi Jurugambar Perlumbaan MARTINI 2016, dalam sebuah acara Terrazza MARTINI yang eksklusif di Barcelona bagi meraikan Spanish Grand Prix.

Video: https://vimeo.com/166250895 
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160512/367059)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160512/367060)

Dellal ditugaskan untuk merakamkan gambar gaya hidup MARTINI ketika berada di dalam mahupun di luar trek dalam penerokaan identiti, gaya dan budaya unik yang disaksikan oleh beliau menerusi setiap bandar perlumbaan. Dellal juga turut terlibat dalam satu kolaborasi kreatif bersama pemandu Williams MARTINI Racing, Felipe Massa and Valtteri Bottas. Setelah menyelesaikan tugas beliau di Barcelona, beliau dijadualkan untuk muncul pada hujung minggu musim perlumbaan di Milan, Singapura, Bandar Raya Mexico dan Sao Paulo.

Sebagai seorang supermodel British/Brazil dan ikon fesyen, Dellal sering membuat penampilan pada kulit hadapan majalah di seluruh dunia dan juga merupakan duta Chanel. Kemahiran dan kesungguhan Alice sebagai seorang jurugambar terus meningkat seiring dengan kerjasama bersama para jurugambar yang terkenal di peringkat antarabangsa.

"Ia bukan sahaja menarik, malah ia sesuatu yang benar-benar mengujakan kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek MARTINI bagi menonjolkan gaya dan budaya bandar yang berlatarbelakangkan salah satu sukan paling seksi di dunia," jelas Dellal. "Gambar mempunyai kuasa yang hebat untuk memperkenalkan perlumbaan dan jenama Itali paling ikonik di dunia kepada khalayak baharu dan saya berharap dapat menggambarkan kedua-dua elemen ini dalam gambar-gambar saya."

Marina Port Vell yang mewah di Barcelona telah diubah menjadi Terrazza MARTINI yang menjadi tuan rumah kepada lebih 500 tetamu VIP termasuk Dellal, pemandu Williams MARTINI Racing Felipe Massa dan Valtteri Bottas, Timbalan Ketua Pasukan dan Pengarah Komersial Claire Williams, cef Jamie Oliver serta pelakon wanita Sepanyol Eva Gonzales sempena majlis perasmian eksklusif yang diadakan pada hari Khamis, 12 Mei 2016.

Terrazza MARTINI Barcelona terletak di Marina Port Vell dan bakal dibuka untuk orang awam bermula pada hari Jumaat 13-15 Mei 2016. Masuk adalah percuma dan para tetamu dapat menikmati persembahan muzik oleh Primavera Sound selain menu aperitivo moden yang terbaik, hasil ciptaan cef Albert Adrià yang terkenal di dunia serta pasukannya daripada La Cala.

Nota untuk Editor: 

MARTINI MENERUSI FORMULA ONE™ 

Hubungan yang bertahan lama antara jenama MARTINI dengan sukan permotoran serta sejarah yang panjang dalam penajaan serta penyertaan acara sukan di seluruh dunia bermula pada tahun 1968, menerusi penciptaan MARTINI Racing™. Usaha yang berani dan bercita-cita tinggi ini mencetuskan satu program penajaan baharu yang menjadikan MARTINI sebagai salah satu peserta terawal daripada sektor bukan permotoran yang menaja pasukan perlumbaan.  

MARTINI Racing terus berkembang sepanjang tahun 1970-an, dan dalam tempoh ini, rekaan MARTINI Racing berwarna biru yang unik dan merah menyala telah dicipta. Reka bentuk serba baharu yang mengambil inspirasi daripada kepantasan dan gaya pasukan tersebut, rekaan unik MARTINI ini terus berkekalan sepanjang zaman kegemilangan MARTINI Racing iaitu antara tahun 1971 hingga 1996.

Pada tahun 1972, MARTINI memulakan langkah pertamanya bersama Formula One™, melalui jalinan kerjasama dengan Tecno™ menerusi perjanjian selama setahun dan pada tahun 1975, MARTINI kembali bekerjasama sebagai rakan kongsi pasukan Brabham™, satu perkongsian yang bertahan selama tiga tahun. Bermula pada tahun 2006 - 2008, MARTINI menjadi rakan rasmi Scuderia Ferrari™, iaitu pasukan paling berprestij dan paling berjaya dalam sejarah FIA Formula One World Championship™. 

Sekembalinya jenama tersebut bersama Formula One™ pada tahun 2014, generasi baharu mula meneroka gioia di vivere ("kegembiraan hidup" gaya Itali) yang dibawakan oleh MARTINI dalam dunia perlumbaan.

Latar Belakang MARTINI 

Salah satu jenama paling ikonik di dunia, MARTINI® ialah jenama terkenal dalam pembuatan wain Itali dan pembekal wain beraroma serta wain berkarbonat yang berkualiti tertinggi. Sensasi produk MARTINI yang bertenaga dan pahit manis yang memenangi anugerah ini adalah hasil adunan rahsia lebih 40 ramuan botani yang diperoleh daripada kawasan-kawasan terbaik di seluruh dunia. Portfolio MARTINI terdiri daripada: MARTINI Bianco, MARTINI Rosato, MARTINI Rosso, MARTINI Extra Dry, MARTINI Asti, MARTINI Moscato d'Asti, MARTINI Prosecco, MARTINI Rosé, MARTINI Brut dan juga MARTINI Royale. Dihasilkan pada tahun 1863 di Turin, Itali, jenama MARTINI ialah sebahagian daripada portfolio Bacardi Limited, beribu pejabat di Hamilton, Bermuda dan terus menjadi peneraju pasaran dalam kategori ini. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.

Bertanggungjawablah. Jangan minum dan memandu. 

MARTINI, MARTINI Racing, bola dan logo bar serta jalur MARTINI Racing merupakan tanda dagangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.martini.com dan http://www.williamsmartiniracing.com

SUMBER  MARTINI

Source: MARTINI
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sporting Events Sports