omniture

G2A.COM Memperkenalkan Projek Oculus VR G2A Land yang Meraih Anugerah di Digital Dragons 2016

G2A.com
2016-05-16 14:18 316

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 16 Mei 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM, pasaran permainan digital yang berkembang paling pesat di dunia dan pernah merangkul anugerah, buat pertama kali bakal mengambil bahagian dan mengadakan pameran di salah satu acara B2B terbesar di Eropah Tengah, khusus untuk hiburan digital, iaitu Persidangan Digital Dragons di Krakow, Poland bermula pada 16-17 Mei 2016. http://www.g2a.com

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160515/367694 )

Poland ialah tumpuan bagi kebanyakan studio permainan video yang terkenal dan disegani, yang menghasilkan permainan video yang digemari di seluruh dunia. Pengasas/Ketua Pegawai Pemasaran G2A berkata: "Poland ialah negara kelahiran saya yang memiliki ramai individu kreatif dan pintar. Sektor Permainan Video di negara ini ialah salah satu yang terbaik di dunia dan pernah menghasilkan permainan video seperti: Dead Island, Two Worlds and Witcher 3."

Di Poland, kini terdapat lebih 150 pembangun permainan video yang menghasilkan lebih 150 permainan video setahun. Nilai bagi sektor ini diramalkan melebihi $450 juta. Ini disebabkan oleh jumlah pemain Poland yang meningkat kepada lebih 11 juta pemain dan G2A menggalakkan pemain ini menerusi pelbagai pilihan produk menarik yang terdiri daripada lebih 30,000 produk permainan video, dan ini merupakan pilihan terbesar di dunia yang disediakan di satu tempat.

Edisi Digital Dragons bagi tahun 2015 menghimpunkan lebih 800 peserta, termasuk 450 pembangun daripada 25 buah negara di seluruh dunia. Bagi zon Pameran Indie, iaitu kawasan untuk pencipta permainan video bebas, lebih 40 buah projek turut dipromosikan.

G2A menyokong 10 juta pelanggan dan mengalu-alukan 250,000 pelanggan baharu pada setiap bulan. Selain itu, G2A menyediakan PAUTAN G2A Pay, satu ekosistem kaedah pembayaran yang menggabungkan lebih 100 kaedah pembayaran yang terdapat di serata dunia dengan opsyen jaminan 100% menggunakan G2A Shield. G2A.COM turut menawarkan bantuan sepanjang masa dengan penutur asli yang meraih anugerah (http://stevieawards.com/). Syarikat ini telah membuat pelaburan yang tinggi sejak dua tahun lalu dalam segmen penyelidikan dan pembangunan bagi menyediakan teknologi baharu dan canggih. Salah satu daripadanya ialah projek realiti maya (VR) yang pernah merangkul anugerah, dikenali sebagai G2A Land, menerusi pelaburan melebihi satu juta Euro.

G2A.COM akan memperkenalkan permainan video VR untuk Oculus semasa Digital Dragons: "VR membawakan dimensi baharu ke dalam dunia permainan video kita. Kita dapat mengalami permainan video dengan lebih mendalam, dan pastinya ia membolehkan pembangun menggunakan instrumen baharu bagi membolehkan para pemain menghayati dunia permainan video," kata Marcin Kryszpin, Ketua Pasukan Oculus di G2A.COM.

G2A menjemput kesemua pemain untuk berkunjung ke Reruai 23 di Dewan Utama Digital Dragons 2016 bagi mengalami sendiri realiti maya.

Layari laman sesawang G2A Land: http://www.land.g2a.com

Pengarang: Jacqueline Purcell

jpurcell@g2a.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services Trade show news