omniture

IACA Lancar Ijazah Sarjana Global dalam Anti Rasuah

International Anti-Corruption Academy (IACA)
2013-02-08 15:04 223

LAXENBURG, Austria, 8 Februari 2013 /PRNewswire/-- Ijazah Sarjana Pengajian Anti Rasuah (MACS), Akademi Anti Rasuah Antarabangsa (IACA) yang baru akan melatih para profesional daripada seluruh sektor masyarakat  meningkatkan kefahaman tentang fenomena rasuah dan menerapkan kaedah inovatif dalam membentuk strategi mapan dalam mencegah dan menentangnya.

Kelas pertama yang terdiri daripada 30 peserta dari seluruh ceruk rantau dunia dengan latar belakang yang berbeza, akan bertemu bagi modul bersemuka yang pertama di kampus IACA di Laxenburg, Austria pada 16 Februari. Satu perbincangan panel dengan penyertaannya terbuka kepada orang awam akan diadakan pada 22 Februari,

Program Sarjana separuh masa  selama dua tahun tersebut yang berperanan sebagai peningkatan pembangunan professional menawarkan peluang kerjaya yang lebih tinggi dalam bidang-bidang seperti pematuhan, pemantauan dalaman, penguatkuasaan undang-undang, kewartawanan penyiasatan, ahli akademik, kewangan dan hal ehwal antarabangsa.

MACS adalah sarjana pelbagai disiplin yang menyediakan bantuan teknikal, pengetahuan dan kemahiran bagi membina keupayaan dalam bidang ini, dan kaedah bagi mendekatkan juranng perbezaan antara teori dan amalan. Ia menggabungkan pembelajaran jarak jauh dengan tujuh modul bersemuka, 6 daripadanya akan berlangsung di Laxenburg, Austria dan satu di Kuala Lumpur, Malaysia. Unsur utama program akademik ini termasuk kerja berpasukan, pembelajaran interaktif, dan jaringan profesional.

Selain daripada program Sarjana, IACA – sebuah organisasi antarabangsa dengan keahlian dari Negara-negara di seluruh  dunia- menawarkan pelbagai peluang latihan, seminar dan penyelidikan pencegahan rasuah. Menjelang musim panas ini, Akademi Musim Panas Anti Rasuah Antarabangsa yang ketiga akan berlangsung dari 4 hingga 13 Julai.  Tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Mac. Sebuah seminar `Terbaik'  yang menampilkan Robert Klitgaard, saintis politik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dijadualkan pada 10 dan 11 Julai. Tempoh pendaftaran seminar ini berakhir pada 3 Julai.

Untuk maklumat lanjut lawati http://www.iaca.int atau hubungi

Robert Gartner
T: +43-2236-710-718-109
E: robert.gartner@iaca.int

IACA
Muenchendorfer Str. 2
2361 Laxenburg
Austria

SUMBER: Akademi Anti Rasuah Antarabangsa(IACA)

Source: International Anti-Corruption Academy (IACA)
Related Links:
Keywords: Education New products/services