SINGAPURA, 17 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Hospital Paknampo menerima HIMSS Analytics EMRAM Tahap 6, menjadikannya hospital pertama di Thailand yang turut tersenarai dalam kumpulan hospital antarabangsa elit yang mencapai standard yang tinggi menerusi penggunaan teknologi bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan.
Kejayaan yang diraih tepat pada masanya ini menunjukkan Thailand telah mencapai tahap kemajuan penting dalam penggunaan teknologi untuk penjagaan kesihatan. Dalam persekitaran transformasi ini, HIMSS Asia Pasifik, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam (MoPH) Thailand, akan membawakan Persidangan & Pameran HIMSS AsiaPac16 ke Bangkok pada Ogos ini bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan ketika sektor penjagaan kesihatan Thailand berusaha memperluaskan pengaruh digitalnya.
"Transformasi IT dalam sektor penjagaan kesihatan APAC berlaku dengan pantas, khususnya di Thailand yang menyaksikan pertumbuhan potensi yang tinggi, digandingkan dengan landskap yang amat berdaya saing, khususnya dalam sektor swasta serta sokongan padu di peringkat Kebangsaan. Tahun lalu, Australia, sebuah pasaran maju, mengumumkan hospital HIMSS EMRAM Tahap 6 pertamanya dan tahun ini, Thailand pula memilik hospital Tahap 6nya sendiri. Jelas sekali, usaha memajukan pasaran penjagaan kesihatan memperlihatkan jaminan sama rata serta semakin mencontohi langkah negara-negara lain yang lebih maju, dan saya percaya ini hanyalah satu permulaan bagi sebuah fasa yang amat menarik dalam usaha memajukan sektor penjagaan kesihatan di rantau ini. HIMSS amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada transformasi penjagaan kesihatan ini dan kami berharap dapat meneruskan kejayaan kami menerusi HIMSS AsiaPac16 dan semua platform berpendidikan yang telah kami rancang untuk pihak berkepentingan di Thailand serta di pelosok rantau APAC yang lain," kata Simon Lin, Pengarah Eksekutif, HIMSS Asia Pasifik.
Kisah kejayaan Hospital Paknampo juga menunjukkan elemen penting yang terdapat dalam pasaran penjagaan kesihatan Thailand: komitmen oleh pegawai tertinggi dan seluruh organisasi terhadap transformasi IT. "Salah satu faktor utama kejayaan bagi meningkatkan hasil klinikal dan menjadi majikan pilihan ialah sejauh mana teknologi perubatan yang inovatif dimanfaatkan di hospital," kata Dr. Pongsak Viddayakorn, Presiden, Hospital Paknampo. Ketua Pegawai Strategi Penjagaan Kesihatan Paknampo, Dr.Satit Viddayakorn, turut menekankan bahawa "pencapaian kami adalah hasil kolaborasi yang hebat antara para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan IT yang berkongsi matlamat yang sama." Selain sokongan dalaman, hospital tersebut juga turut bekerjasama erat dengan pembekal penyelesaian IT dan sistem pemusatan yang membantu dalam penggunaan perisian yang diperlukan untuk validasi Tahap 6.
Para pemimpin daripada hospital yang lebih besar dan kumpulan penjagaan kesihatan seperti Bumrungrad International (Hospital Pemikir bagi HIMSS AsiaPac16) turut merintis laluan ke arah pelaburan dalam bidang teknologi bagi meningkatkan tahap penjagaan serta ROI. Para hadirin di HIMSS AsiaPac16 berpeluang untuk mengamati dengan lebih teliti inovasi daripada Bumrungrad menerusi pameran serta aktiviti jelajah hospital Bumrungrad dan Siriraj Piyamaharajkarun bagi melihat teknologi terbaik yang digunakan di kemudahan-kemudahan yang terkemuka ini.
Selain bantuan di kediaman, HIMSS AsiaPac16 akan membentangkan kes kajian antarabangsa yang terbaik oleh penceramah utama William Hersh (Oregon Health and Science University), Scott MacLean (Partners Healthcare), Paul Chang (Joint Commission InternationaI) dan Richard Milani (Ochsner Health System). Menerusi sesi intensif yang terperinci seperti Simposium Keselamatan Siber Penjagaan Kesihatan dan Bengkel Ekonomi Kesihatan IT, para hadirin HIMSS AsiaPac16 boleh bersedia untuk menyertai perbincangan tentang isu-isu kritikal yang dialami pada masa kini oleh hospital-hospital di seluruh dunia, termasuk perisian tebusan, peranti saling boleh kendali, krisis kesihatan awam, pengurusan rawatan bagi penyakit kronik, rawatan pencegahan, internet perkara perubatan serta jaringan pakar perubatan.
Hospital Paknampo akan menerima anugerah tersebut sempena HIMSS AsiaPac16. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.himssasiapacconference.org (Bahasa Inggeris) atau www.ehealth.moph.go.th/himss/ (Bahasa Thai).
Pendaftaran kini bermula.
Latar Belakang HIMSS
HIMSS ialah suara global, penasihat serta pemikir bagi transformasi kesihatan melalui teknologi maklumat (IT) kesihatan yang memiliki kepakaran dan keupayaan unik yang luas dan tinggi dengan tujuan mempertingkat kualiti, keselamatan dan kecekapan kesihatan, penjagaan kesihatan dan juga hasil penjagaan. HIMSS membangunkan dan memanfaatkan aset data penting, model prediktif dan instrumen bagi memaklumkan pemimpin global, pihak berkepentingan serta individu berpengaruh tentang amalan terbaik dalam IT kesihatan, agar mereka memperoleh maklumat yang tepat ketika membuat keputusan. Melalui rangkaian IT kesihatan yang terdiri daripada lebih 1 juta pakar, lebih 200 perkongsian pengetahuan serta kolaborasi, termasuk lebih 60,000 anggota, HIMSS mendorong pemikiran yang inovatif dan berpandangan jauh berkaitan kegunaan terbaik daripada teknologi bagi menyokong penjagaan yang terhubung dengan lebih baik, kesihatan masyarakat yang dipertingkat serta kos penjagaan yang lebih rendah. HIMSS ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang beribu pejabat di Chicago, Illinois selain beberapa cawangan lain di Amerika Utara, Eropah, United Kingdom dan juga Asia.
Latar Belakang Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac16
Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac ialah acara Persidangan dan Pameran tahunan anjuran HIMSS Asia Pasifik. Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam Thailand, HIMSS AsiaPac16 akan diadakan di Thailand buat pertama kalinya pada tahun 2016. Menerusi tema Memajukan Penjagaan Digital dan Bertumpukan Pesakit, persidangan tersebut akan memberi fokus terhadap empat segmen utama: Mengaplikasikan Data yang Lebih Baik untuk Kesihatan yang Lebih Baik, Menubuhkan Hospital Pintar, Lebih Mendekati Pesakit Anda, dan juga Mentransformasikan Model Penjagaan. Persatuan Informatik Perubatan Thailand (TMI) ialah rakan pengetahuan rasmi bagi acara ini. Layari www.himssasiapacconference.org (Bahasa Inggeris) atau www.ehealth.moph.go.th/himss/ (Bahasa Thai) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Latar Belakang Hospital Paknampo
Hospital Paknampo ialah hospital swasta terbesar di Nakhonsawan, Thailand. Hospital tersebut diasaskan pada tahun 1989 oleh pasukan pakar perubatan, jururawat dan pakar profesional penjagaan kesihatan. Hospital Paknampo ialah hospital besar dan hanya berperanan sebagai hospital swasta di Nakhonsawan yang turut menerima akreditasi hospital. Hospital Paknampo menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan standard yang tinggi menerusi teknologi bagi menjamin keselamatan kakitangan dan pesakit, yang turut menjadi komitmennya. Memandangkan Hospital Paknampo bermatlamat untuk menjadi sebuah hospital digital, hospital tersebut memiliki sistem maklumat yang diperlukan bagi menyokong aliran kerja pengendalian yang bertujuan untuk meningkatkan hasil klinikal. Bagi menjadi sebuah hospital penjagaan tertiari dan hospital yang mesra pesakit, pasukan profesional Paknampo bersedia untuk berkhidmat kepada pelanggan melalui pelbagai cara bagi menggalakkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik.