Schlafender Hase, pencipta Text Verification Tool® (TVT) mengumumkan pelancaran versi 8.0. Versi ini termasuk pelbagai peningkatan ketara untuk perisian pembacaan pruf sedia ada yang andal milik mereka, dengan memberi tumpuan khusus pada verifikasi grafik yang dipertingkat.
FRANKFURT, Jerman, 17 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Schlafender Hase, pencipta Text Verification Tool® (TVT) mengumumkan pelancaran versi 8.0 bagi perisiannya yang terkemuka dalam industri ini.
Video - http://youtu.be/wedksmt3yQE
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151020/278782LOGO
Versi 8.0 memiliki pelbagai ciri-ciri penting buat mereka yang perlu menyemak beberapa semakan dokumen. Fokus bagi versi ini adalah pada pengalaman pengguna, khususnya dalam mengurangkan tempoh pemeriksaan dan mengurangkan risiko kesilapan manusia. Berciri-ciri seakan-akan Windows seperti seret dan letak serta butang "hantar kepada" membantu pengguna mengelakkan daripada memuat naik fail yang salah dan mempercepatkan langkah permulaan projek. Ciri-ciri verifikasi teks yang dipertingkat termasuk pengendalian bahasa dari kanan ke kiri yang lebih baik, pengesanan secara automatik terhadap kawasan yang biasanya terkecuali dan kemampuan untuk mengimport DOCX tanpa memerlukan MS Word.
"Keupayaan verifikasi grafik yang lengkap dalam TVT 8.0 inilah keistimewaan sebenar keluaran terbaharu ini," kata Frank Hessler, Pengarah Urusan. "Inilah suatu yang sekian lama diminta oleh pelanggan kami dan maklum balas daripada merekalah yang mendorong proses pembangunan kami ini." Pengguna TVT kini boleh membandingkan imej termasuk teks yang boleh ditukar atau tidak boleh ditukar, membolehkan mereka membuat pemeriksaan semua dalam satu terhadap dokumen dengan TVT 8.0. Ciri-ciri lain yang disediakan adalah seperti zum tahap tinggi sehingga 3200% serta pemprosesan imej yang dipertingkat turut ditambah ke dalam senarai keupayaan perbandingan imej baharu yang menarik dalam TVT 8.0.
"Kami bakal menyambut ulang tahun ke-15 pada tahun ini, dan dengan itu, penting untuk kami melancarkan versi produk yang dapat memperbaharui perkhidmatan pembacaa pruf pacuan komputer," kata Willie Schnaubelt, Pengarah Urusan. "Kami ingin menjadikan perisian kami begitu mudah; instrumen untuk pembetulan teks dan imej serta dapat mengeluarkan satu laporan yang tergabung."
Schlafender Hase akan mengadakan webinar berkaitan TVT 8.0 pada 18 dan 25 Mei. Bagi mendapatkan jadual lengkap atau maklumat lanjut, sila layari tvt.text-verification.com/tvt8.
Latar Belakang Schlafender Hase:
Schlafender Hase® ialah peneraju global bagi perkhidmatan pembacaan pruf pacuan komputer. Text Verification Tool® (TVT) kami merupakan penanda aras antarabangsa bagi verifikasi teks dan grafik yang tepat serta mesra pengguna. TVT kini digunakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan peralatan perubatan yang terkemuka di dunia, selain pelbagai badan kawal selia bagi memastikan pembungkusan yang mematuhi peraturan serta bebas daripada kesilapan.
Hubungi: Kindrie Eaton, +1-617-607-4900, marketing@sh-p.com