omniture

Pembuat Basikal Taiwan, Ming Cycle Industrial, Menubuhkan Kemudahan Pengeluaran Basikal Canggih di Changzhou National Hi-Tech District di China

Changzhou National Hi-Tech District
2016-05-18 19:12 631

CHANGZHOU, China, 18 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pembuat basikal yang berpangkalan di Taiwan, Ming Cycle Industrial, menerusi hasil pelaburan berterusan yang dibuat untuk kemudahannya di Changzhou National Hi-Tech District (CND), wilayah Jiangsu, China, membuktikannya sebagai contoh terbaik bagi kepesatan pertumbuhan dalam pasaran basikal.

Rahsia kejayaannya ialah transformasi perniagaan yang dibuat, yang bermula sebagai pengeluar peralatan asli (OEM) kepada pengeluar yang fokus terhadap proses pengeluaran sebagai sebuah jenama yang memiliki teknologi canggih yang proprietari. Pada 5 Mei, Ming Cycle Industrial mengadakan upacara memotong reben dan majlis pelancaran bagi kilang ketiga milik anak syarikat Ming (Changzhou) Cycle Industrial. Menerusi pelancaran kilang baharu ini dan pelaburan yang ditingkatkan daripada US$55.25 juta kepada US$154.2 juta, Ming (Changzhou) Cycle Industrial merancang untuk mengeluarkan dua juta basikal pasang siap setahun.

Pada Mac 2000, Ming (Changzhou) Cycle Industrial ditubuhkan sebagai perusahaan dengan aktiviti pengeluaran yang dibiayai negara luar. Pada Julai 2001, kemudahan tersebut mula menjalankan aktiviti pengeluaran di CND. Dengan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, Ming (Changzhou) Cycle Industrial memperoleh sijil Perusahaan Berteknologi Tinggi pada 17 September 2010. Pada tahun 2011, Ming menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan miliknya sendiri sebagai usaha untuk mendorong tiga transformasi utama yang melibatkan inovasi, hak harta intelek proprietari serta jenama proprietari, bagi membantu syarikat beralih daripada OEM kepada pembangun dan pereka. Setakat ini, pengeluar basikal itu memiliki 32 paten. Kesemua produknya dijual di lebih 30 buah negara dan kawasan di luar China, termasuk A.S., Kanada, Rusia, Korea Selatan dan juga Afrika Selatan. Pada tahun 2015, syarikat tersebut mengeluarkan hampir 1.6 juta basikal pasang siap, selain 1.2 juta rangka basikal dan juga palang depan.

Ming Cycle Industrial terus meningkatkan pelaburannya dan memperluas pengaruhnya di Changzhou, bagi membuktikan ia bukan sahaja cemerlang dari segi wawasan pengurusan dan strategi untuk pasaran China, malah turut hebat dalam persekitaran pelaburan yang menggalakkan di Changzhou National Hi-Tech District. Zhang Taishan, pengerusi Ming Cycle Industrial, pada majlis perasmian tersebut menzahirkan penghargaannya kepada agensi kerajaan perbandaran dan tempatan di peringkat daerah bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, mudah dan cekap. Sehingga kini, sebanyak 228 buah syarikat Taiwan yang terkemuka termasuk Ming Cycle Industrial dan Kymco telah membangunkan kemudahan di Changzhou National Hi-Tech District, dengan lebih 300 eksekutif Taiwan memilih untuk menjadi penduduk tetap di sini.

Source: Changzhou National Hi-Tech District
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Asian-related news Corporate Expansion