REDMOND, Washington, 19 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, Microsoft Corp. mengumumkan ia telah mencapai persetujuan untuk menjual aset telefon bimbit utama yang baru diperkenalkan oleh syarikat itu kepada FIH Mobile Ltd., sebuah anak syarikat Hon Hai/Foxconn Technology Group, dan HMD Global, Oy bernilai $350 juta. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, FIH Mobile Ltd. juga akan mengambil alih Microsoft Mobile Vietnam, kemudahan pengeluaran syarikat yang berpangkalan di Hanoi, Vietnam. Sebaik sahaja perjanjian ini dimeterai, kira-kira 4,500 kakitangan akan berpindah atau berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada FIH Mobile Ltd. atau HMD Global, Oy, tertakluk kepada pematuhan undang-undang tempatan.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
Microsoft akan terus membangunkan Windows 10 Mobile dan menyokong pengeluaran telefon bimbit Lumia seperti Lumia 650, Lumia 950 dan Lumia 950 XL, selain telefon bimbit daripada rakan OEM seperti Acer, Alcatel, HP, Trinity dan juga VAIO.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Microsoft akan memindahkan semua aset telefon bimbit utamanya, termasuk jenama, perisian dan perkhidmatan, rangkaian penjagaan serta aset lain, kontrak pelanggan dan juga perjanjian bekalan kritikal, tertakluk kepada pematuhan undang-undang tempatan. Urus niaga tersebut dijangka selesai pada separuh pertama tahun 2016, tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan syarat-syarat penutupan lain.
Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) ialah platform utama dan syarikat yang menumpukan nilai produktiviti untuk dunia yang mengutamakan mudah alih serta awan, dan matlamatnya adalah untuk membantu memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk meraih lebih banyak kejayaan.