omniture

Dalam Tempoh Setahun, Videology dan White Ops Meninjau Dan Menyekat Lebih 28 Bilion Permintaan Bot Di Seluruh Dunia Melalui Kempen Pengiklanan Video; Bersamaan Dengan $553 Juta Perbelanjaan Iklan Yang Sia-sia

Videology
2016-05-20 01:08 145

-- Sejak Melancarkan Integrasi Langsung Antara Videology Dengan White Ops Di APAC (Ogos 2015), Lebih 100 Juta Permintaan Bot pada Kempen Pengiklanan Video Disekat Atas Tujuan Pencegahan, Bersamaan Dengan Penjimatan Sebanyak USD $1.97 Juta Terhadap Perbelanjaan Iklan Yang Sia-sia Untuk Agensi Tempatan Dan Pihak Pengiklan –

-- Integrasi Langsung dengan Teknologi White Ops Menyekat Bot Sebelum Iklan Dipaparkan, Melindungi Peruntukan oleh Pengiklan Sambil Membendung Peningkatan Aktiviti Jenayah –

SINGAPURA, 20 Mei 2016  /PRNewswire/ -- Videology, pembekal perisian yang utama untuk TV tertumpu dan iklan melalui video, hari ini mengumumkan syarikat ini telah menyekat lebih 28 bilion permintaan bot palsu di seluruh dunia melalui platform pengiklanannya sejak bergabung dengan White Ops, perintis dalam pengesanan dan pencegahan trafik yang tidak sah secara canggih, sejak Mei 2015.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160518/369215LOGO

Penyediaan iklan untuk 28 bilion permintaan bot mengakibatkan kira-kira USD $553 juta1 di seluruh dunia diserahkan kepada organisasi yang melakukan interaksi bukan manusia melalui paparan iklan2. Daripada 28 bilion itu, lebih 100 juta3 permintaan bot yang disekat ini berlaku di rantau APAC iaitu Australia, Asia Tenggara (SEA) dan Korea Selatan, sejak integrasi APAC dilancarkan pada Ogos 2015, bersamaan dengan penjimatan sebanyak USD $1.97 juta terhadap perbelanjaan iklan yang sia-sia.

Melalui integrasi langsung dengan White Ops, platform Videology dilengkapi penyelesaian pengesanan dan pencegahan bot dan aktiviti bukan manusia pada masa sebenar yang paling canggih dalam pasaran. Teknologi berketentuan White Ops dengan tujuan pencegahan ini, dapat mengenal pasti trafik yang tidak sah apabila ia muncul buat kali pertama, mengesan trafik palsu dalam pelbagai segmen media, selain mampu membezakan pelayaran web oleh bot atau manusia, walaupun daripada peranti dengan standard yang sama.

"Pihak pemasar banyak melabur dalam industri pengiklanan kerana mereka yakin ia membawa keuntungan," kata Scott Ferber, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Videology. "Apabila iklan dibawa kepada bot dan bukannya manusia, hasil yang diperoleh tidak menjadi kenyataan. Inilah sebabnya kami mengambil langkah proaktif bagi menyekat bot sebelum penghantaran iklan. Memulangkan wang pihak pemasar bagi iklan yang tidak pernah dilihat oleh manusia sudah pastinya tidak mencapai matlamat pemasaran mereka."

Videology menerima berbilion-bilion permintaan iklan setiap hari. Daripada jumlah permintaan iklan tersebut, sepanjang 12 bulan lalu, kami mendapati 28 bilion daripadanya merupakan iklan bukan manusia/palsu dan disekat. Paling utama, sekatan ini dilakukan setelah taktik serta penapisan lain daripada senarai putih dan hitam dibuat, selain integrasi penyekatan pencegahan White Ops.

Kempen yang diperlukan masa kini iaitu sejak 12 bulan lalu memerlukan sejumlah kecil bahagian daripada jumlah permintaan pengiklanan yang diterima. Berdasarkan permintaan kempen sebenar oleh pelanggan platform kami sejak tahun lalu, Videology berjaya membantu menjimatkan lebih USD $8.5 juta untuk pelanggannya di seluruh dunia dalam tempoh 12 bulan – penjimatan lebih USD $200,000 di rantau APAC sejak Ogos 2015, dengan menyekat bot sebelum iklan dipaparkan. Integrasi langsung antara Videology dan White Ops kini dimanfaatkan oleh pelanggan yang berada di lebih 25 buah negara.

"Kami memuji usaha kepimpinan yang diambil oleh Videology sebagai usaha mereka yang bersungguh-sungguh bagi mengelakkan keuntungan diperoleh oleh para penjenayah yang melakukan kegiatan mencuri daripada ekosistem pengiklanan digital," kata Michael Tiffany, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, White Ops. "Kaedah penjimatan dan pengoptimuman yang disediakan oleh Videology dan White Ops kepada pelanggan mereka telah membawa perubahan sebenar dan seluruh pihak pemasar perlu mendapatkan penyelesaian yang amat berkesan ini."

"Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan organisasi jenayah terus meraih keuntungan dan merendahkan proposisi nilai industri kita. Bagi memastikan aktiviti pengiklanan digital terus berkembang dan bermanfaat, penting untuk kita membangunkan sebuah ekosistem dengan inventori yang berkualiti dan boleh dipercayai," tambah Ferber.

Penyelesaian pengesanan dan pencegahan bot White Ops yang "sentiasa berfungsi" disepadukan sepenuhnya ke dalam platform Videology. Penyelesaian ini disediakan untuk memberi manfaat kepada mana-mana kempen, untuk sebarang peranti dan dikendalikan melalui platform Videology.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh White Ops dan Persatuan Pengiklan Kebangsaan (ANA), para pengiklan akan mengalami kerugian sebanyak USD $7.2 bilion di seluruh dunia akibat bot pada tahun 2016.

Bagi menggalakkan industri agar lebih celik terhadap isu ini, Videology dan White Ops menyiarkan kertas putih bertajuk, "Eradicating Bot Fraud: The Path to Zero-Tolerance" pada November 2015, yang menyatakan bahawa kempen penyekatan bot yang dijalankan oleh White Ops dapat meningkatkan kadar penglibatan jenama sebanyak 22% lebih tinggi berbanding kempen dengan masih mempunyai kehadiran bot, dengan peningkatan kos hanya sebanyak 2%.

Latar Belakang Videology

Videology (videologygroup.com) ialah pembekal perisian utama untuk TV tertumpu dan iklan melalui video. Dengan meringkaskan data bersaiz besar, kami memperkasa pemasar dan syarikat media bagi membuat keputusan pengiklanan yang lebih bijak demi memanfaatkan sepenuhnya nilai penonton mereka pada layar kaca. Teknologi kami yang berasaskan matematik dan sains membolehkan pelanggan mengurus, menilai dan mengoptimumkan pengiklanan melalui video digital dan TV bagi memperoleh hasil terbaik dalam landskap media yang disatukan. 

Videology, Inc., ialah sebuah syarikat milik persendirian yang bersandarkan modal usaha niaga oleh pelabur-pelabur termasuk Catalyst Investors, Comcast Ventures, NEA, Pinnacle Ventures, dan Valhalla Partners. Videology beribu pejabat di New York, NY dengan beberapa cawangan utama di Baltimore, Austin, Toronto, London, Paris, Madrid, Singapura, Sydney, Tokyo berserta pasukan jualan di seluruh Amerika Utara.

Latar Belakang White Ops
White Ops ialah perintis bagi pengesanan dan pertahanan yang sistematik terhadap penipuan melalui bot dan perisian hasad, menyediakan instrumen yang diperlukan oleh pengiklan dan perniagaan perusahaan bagi mengatasi masalah penipuan, meningkatkan keuntungan mereka selain memastikan kejayaan kempen yang mereka jalankan dan juga keselamatan sistem serta data mereka. Teknologi canggih White Ops dapat menangani aktiviti jenayah dengan cara yang jauh berbeza dan lebih komprehensif berbanding mana-mana kaedah yang kini berada di pasaran. White Ops mampu membezakan antara bot dan interaksi manusia dalam aktiviti pengiklanan dan penerbitan dalam talian, rangkaian perniagaan perusahaan, urus niaga secara e-dagang, sistem kewangan dan banyak lagi, yang membolehkan pelanggan menyingkirkan dan mengelakkan daripada trafik serta aktiviti yang berunsur penipuan. Melalui jalinan kerjasama bersama pelanggan untuk menyekat sumber trafik yang tidak baik, White Ops menjadikan penipuan melalui bot dan perisian hasad mengalami kerugian serta tidak mampu kekal lama buat penjenayah siber yang ingin mendapat keuntungan daripada aktiviti ini. Ini merupakan satu strategi ekonomi yang akhirnya akan menghapuskan kaedah penipuan seperti ini.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Rikki Webster melalui rwebster@videologygroup.com.

1 Berdasarkan CPM USD $19.77, 28 bilion permintaan iklan adalah bersamaan jumlah perbelanjaan sebanyak USD $553,560,000.
2 Menurut Pathmatics, sebuah syarikat teknologi yang fokus dalam memberikan ketelusan kepada industri pengiklanan, purata gabungan CPM bagi iklan video 'pre-roll' menerusi jualan langsung dan belian berprogram, ialah USD $19.77 USD.
3 Berdasarkan CPM USD $19.77, 100 juta permintaan iklan adalah bersamaan jumlah perbelanjaan sebanyak USD $1,977,000.

Source: Videology
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics