omniture

Syarikat Perdagangan dan Pembayaran Mudah Alih Mozido Melantik Scott Moore sebagai Pengurus Besar Asia Pasifik

Mozido
2016-05-20 23:43 252

AUSTIN, Texas, 20 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Mozido, penyedia global bagi penyelesaian perdagangan dan pembayaran digital yang dipercayai, hari ini mengumumkan Scott Moore menyertai syarikat ini sebagai Pengurus Besar Asia Pasifik, berkuat kuasa serta merta. Moore bakal mengurus kesemua operasi di Asia Pasifik, tidak termasuk China, dari ibu pejabat Mozido Asia di Singapura.

"Mozido teruja dengan penyertaan Scott ke dalam syarikat kami," kata Todd Bradley, Ketua Pegawai Eksekutif Mozido. "Pengalaman beliau dalam membangunkan organisasi jualan dengan jayanya, khususnya dalam segmen perkhidmatan kewangan mudah alih dan juga dalam pasaran seperti Asia, membolehkan beliau menyumbang serta merta terhadap kejayaan Mozido dalam menyediakan penyelesaian perdagangan dan pembayaran digital ke seluruh dunia menerusi telefon bimbit."

"Saya amat gembira dapat menyertai Mozido dan dapat menyumbang kepada pengaruhnya yang pesat berkembang dalam pasaran pembayaran dan penyelesaian global di Asia," kata Moore. "Saya turut berkongsi minat yang sama dengan Mozido dalam meningkatkan kehidupan orang ramai menerusi telefon bimbit bagi membawakan perkhidmatan serba baharu untuk pembayaran, kiriman wang dan kawalan kewangan yang lebih mantap kepada berjuta-juta individu di seluruh Asia."

Moore memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dalam perkhidmatan kewangan, perbankan dan juga perundingan. Sebelum menyertai Mozido, Scott pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik untuk penyedia perdagangan mudah alih, MPayMe Limited, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan cemerlang syarikat yang menyebabkan syarikat diperoleh POWA pada tahun 2014. Di POWA, Scott menyandang jawatan sebagai Ketua Bahagian Jualan. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan kanan dalam Oracle, Eontec, dan juga PricewaterhouseCoopers. Moore berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan dan Sains daripada Universiti Sydney.

Latar Belakang Mozido 
Mozido memberikan penyelesaian pembayaran dan perdagangan digital yang dipercayai untuk seluruh dunia yang disediakan sebagai penyelesaian berasaskan awan yang berkesan kos khusus untuk pelanggan. Dengan ciri saling boleh kendali yang amat tinggi, penyelesaian Mozido dapat berfungsi dengan hampir mana-mana syarikat komunikasi tanpa wayar dan peranti mudah alih dan boleh disepadukan dengan mudah ke dalam iklan, tawaran dan produk lain daripada pihak ketiga. Pengaruh Mozido di seluruh dunia serta tawaran globalnya termasuk operasi di AS, China, India, Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin, membolehkan orang ramai mengurus wang, pembayaran serta perkhidmatan lain daripada telefon bimbit mereka. Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi kami di mozido.com. Ikuti kami melalui Twitter: @Mozido.

Maklumat Perhubungan Media:
Van Leigh
Naib Presiden Kanan Bahagian Pemasaran
Mozido
512-518-2200

Source: Mozido
Related Links:
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Personnel announcements