omniture

Anugerah Penyerlahan Bakat Bermatlamat untuk Mencari Penginovasi Hong Kong, Singapura dan Malaysia

Anugerah Penyerlahan Bakat mengiktiraf penginovasi dan pembaharu dengan Steve Wozniak, Sir Richard Branson dan Yat Siu membarisi panel hakim
Talent International Pty Limited
2016-05-23 07:11 403

HONG KONG, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah syarikat perekrutan IT global yang utama Talent melancarkan Anugerah Penyerlahan Bakat 2016 dan mengumumkan bahawa ikon Lembah Silikon Steve Wozniak (pengasa bersama Apple) bakal mengadili anugerah tersebut, berganding dengan Yat Siu dari Hong Kong (pengasas Outblaze) serta Sir Richard Branson (pengasas Virgin Group).

Anugerah Penyerlahan Bakat 2016 meraikan para usahawan yang membawa perubahan dan menggunakan teknologi canggih dari seluruh dunia menerusi lima kategori. Pertandingan akhir Asia Pasifik dan UK akan berlangsung di Melbourne dan London pada bulan Julai, seterusnya pada bulan Ogos, peserta akhir kategori rantau akan diterbangkan ke Sydney untuk diadili secara muktamad oleh panel hakim dalam Pusingan Akhir Global. Steve Wozniak akan menyampaikan anugerah tersebut kepada setiap pemenang.

Mengulas tentang kepentingan Anugerah Penyerlahan Bakat ini buat kumpulan syarikat baharu Hong Kong, Yat Siu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi sebuah syarikat teknologi tempatan, Outblaze berkata: "Dengan pertambahan jumlah syarikat baharu di Hong Kong berbanding sebelum ini, usahawan teknologi tempatan perlu menyerlah dan diiktiraf bagi mendapatkan tumpuan pasaran yang amat diperlukan oleh mereka. Anugerah Penyerlahan Bakat merupakan satu peluang hebat bagi menonjolkan kualiti idea dalam perniagaan, memperhebat profil syarikat dan meningkatkan peluang mendapatkan bakal pelabur dan rakan kongsi baharu."

Panel hakim ini mewakili barisan pemimpin keusahawanan dari Asia dan luar negara. Selain daripada Steve Wozniak, Yat Siu dan Sir Richard Branson, para hakim turut terdiri daripada Cliff Rosenberg (pengarah urusan LinkedIn Asia Tenggara dan Australia), Patrick Grove (CEO syarikat dan pengerusi, Catcha Group), Jade Zhang (pengarah urusan Okmno Asia), Dan Radcliffe (pengasas dan pengarah eksekutif International Volunteer HQ) serta Jane Tewson (pengarah eksekutif Igniting Change).

"Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk mengaplikasikan idea ke dalam dunia sebenar dan menubuhkan syarikat-syarikat hebat yang dapat membawa perubahan yang lebih baik. Kini, kita perlu menonjolkan individu yang bertungkus lumus dalam industri yang luar biasa ini dan atas sebab ini, saya turut terlibat dalam Anugerah Penyerlahan Bakat ini," ulas Steve Wozniak.

Kategori yang disediakan bagi Anugerah Penyerlahan Bakat 2016 termasuklah:

  • Syarikat Baharu Terbaik -- Impak Sosial
  • Syarikat Baharu Terbaik -- Inovasi Berteknologi
  • SME Digital Terbaik -- Inovasi Berteknologi  
  • CIO / CTO Paling Inovatif
  • IPO Teknologi / Pengumpulan Modal Usaha Niaga Terbaik

Sir Richard Branson, selaku hakim Anugerah Penyerlahan Bakat turut mengulas: "Sektor teknologi dilihat akan terus mentransformasi dan mengubah ekonomi global beberapa tahun akan datang dan paling utama, ia dapat mewujudkan dunia yang lebih baik. Kita perlu menggalakkan lebih ramai individu berbakat dan juga organisasi untuk menjadi lebih berani dan aktif serta terlibat dalam usaha memacu inovasi dan ciptaan selain meningkatkan kecekapan dan juga membawa perubahan dalam lebih banyak sektor."

Pertandingan akhir peringkat global ini akan menyaksikan para peserta akhir kategori dari setiap rantau membuat pembentangan akhir secara langsung di hadapan panel hakim. Kesemua lima pemenang akan berpeluang untuk meluangkan masa secara peribadi bersama Steve Wozniak dan Yat Siu serta para hakim lain, berserta lawatan berbayar yang eksklusif ke Lembah Silikon bagi menghadiri persidangan teknologi canggih serta kunjungan yang dibuat temu janji terlebih dahulu ke beberapa buah syarikat teknologi terkemuka di rantau ini.

"Kami di Talent amat bersungguh-sungguh meraikan usaha inovasi dan pemimpin teknologi generasi akan datang," kata Richard Earl, pengasas dan pengerusi eksekutif Talent. "Anugerah Penyerlahan Bakat ialah satu peluang bagi mengiktiraf dan menginspirasikan pembaharuan serta inovasi dalam sektor teknologi di seluruh dunia, selain merupakan wadah yang hebat untuk membantu usahawan generasi akan datang menyerlahkan idea dan juga wawasan mereka."

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.talentunleashedawards.com/. Laman web mikro berbahasa Cina turut disediakan melalui http://www.talentunleashedawards.com/talent-unleashed-awards-2016-asia-pacific-region/. Penyertaan kini sudah dibuka dan berakhir pada 27 Mei 2016. Senarai pendek finalis akan diumumkan pada 20 Jun 2016.

Sebarang pertanyaan berkaitan media, sila hubungi:

Mark Leeper, Matrix Communications: +852 9142-1510; mark@matrixcom.org

Latar Belakang Talent:

Talent ialah sebuah syarikat perekrutan teknologi global dan perkhidmatan IT yang unik dan inovatif, yang merangkumi pelbagai aspek. Amat berminat dalam bidang teknologi dan menyokong dengan aktif mereka yang bertungkus lumus dalam sektor IT&T dan digital, Talent mencari dan menempatkan individu berbakat yang hebat dan menyediakan inisiatif yang dapat membantu industri berkembang dan mencapai kejayaan. Sebuah syarikat bebas yang dimiliki dan diurus secara persendirian, pengasas dan pengerusi eksekutifnya, Richard Earl melancarkan Talent International di tempat asalnya, Perth pada tahun 1995, dan sejak itu terus mengembangkan perniagaannya menerusi rangkaian global dengan 15 cawangan di Singapura, Malaysia, Hong Kong, Australia, New Zealand dan juga UK. Talent juga merupakan pemilik Avec, sebuah perniagaan perundingan IT khusus dalam pengurusan projek, risikan perniagaan dan perkhidmatan, serta pengupayaan digital. Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi talentinternational.com.

Source: Talent International Pty Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Awards