omniture

1 Jun 2016 - Switzerland Rasmikan Terowong Kereta Api Terpanjang di Dunia

Swiss Travel System AG
2016-05-23 08:30 404

ZÜRICH, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Tujuh belas tahun lalu, teknik letupan pertama telah dibuat di tengah-tengah bandar Switzerland yang bersejarah bagi membina terowong kereta api terpanjang di dunia. Pada hari Rabu, 1 Jun 2016, satu majlis perasmian Terowong Dasar Gotthard yang meriah akan berlangsung dan menjadikannya sebagai tarikan tambahan baharu bagi jaringan pengangkutan awam paling padat di dunia. Terowong tersebut akan dapat mendekatkan jarak perjalanan antara negara-negara jiran Switzerland, kawasan-kawasan dan bandar-bandar yang terletak di bahagian utara serta selatan Banjaran Alp. Perjalanan menggunakan kereta api akan menjadi lebih pantas, lebih mudah dan juga lebih selesa.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7828351-swiss-alps-longest-deepest-train-tunnel/

Pada hari Rabu, 1 Jun 2016, satu majlis perasmian yang meriah bagi terowong kereta api paling panjang dan paling dalam di dunia akan diadakan di Switzerland. Panjang terowong tersebut ditambah sejauh 57 kilometer dengan ukuran kedalaman mencecah 2300 meter di bawah bongkahan batu kapur Gotthard. Projek utama ini yang bertujuan untuk memastikan pengangkutan yang cekap dan mampan pada paksi utara-selatan dapat menyediakan perjalanan berkelajuan tinggi menerusi Banjaran Alp hanya dalam tempoh 17 minit. Laluan baharu yang rata ini bukan sekadar dapat memendekkan tempoh perjalanan melalui Terowong Gotthard, malah turut memudahkan perjalanan transit untuk kereta api bersaiz lebih panjang dan lebih berat. Setelah 17 tahun melalui kerja-kerja pembangunan yang mencabar, jurubina AlpTransit Gotthard Ltd akan menyerahkan terowong yang telah siap itu kepada Swiss Federal Railways tepat pada masanya dan mengikut belanjawan. Sistem pengangkutan awam Switzerland yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, yang kini merupakan jaringan pengangkutan awam paling padat di dunia, telah menyempurnakan satu lagi projek perintis.

Kaedah terbaik untuk meneroka Switzerland

Terowong Dasar Gotthard bakal memulakan operasi seperti biasa pada 11 Disember 2016. Tempoh perjalanan yang lebih singkat akan dapat mendekatkan jarak perjalanan antara negara-negara jiran, kawasan-kawasan dan juga bandar-bandar. Terowong dua landasan ini membolehkan para penumpang dari dekat dan jauh meluangkan lebih banyak masa untuk meneroka pelbagai tarikan di Switzerland, bermula dari bahagian utara hingga selatan Terowong Dasar Gotthard.

Video majlis perasmian tersebut akan disediakan melalui SwissTravelSystem.com/media bermula pada 1 Jun 2016 jam 17.00 (CET). Gambar dan filem yang dirakam secara langsung boleh diakses mulai 1 Jun 2016 melalui Kesatuan Penyiaran Eropah oleh ahli-ahli EBU atau melalui SRG Sat.Chanel SRG-AB8 untuk semua pihak.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160520/370269

SUMBER  Swiss Travel System AG

Source: Swiss Travel System AG
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services