omniture

Telepizza Pilih Pengendali QSR Berpengalaman sebagai Pemegang Francais Induk Pertama Tembusi Pasaran UK

Telepizza
2016-05-23 08:34 297

MADRID, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ --

  • Telepizza pilih "Karali Ventures LTD", sebagai rakan strategik pemegang francais induk utama yang pertama bagi membuka 80 buah kedai di UK
  • Strategi Telepizza ialah untuk membuka sekurang-kurangnya 300 buah kedai di UK dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan 20-30 pemegang francais induk serantau  

Telepizza, syarikat penghantaran piza bukan berpusat di A.S. yang terbesar di dunia berdasarkan bilangan kedainya, dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama bersama pemegang francais induk pertamanya, Karali Ventures Limited di UK, yang bakal membuka 80 buah kedai piza dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Kedai piza pertama akan dibuka pada akhir tahun 2016.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160519/369766 )

Pablo Juantegui, Pengerusi Eksekutif Telepizza menyambut mesra En. Salim Janmohamed, Pengerusi & Pengarah Urusan Karali Group, sebuah kumpulan syarikat yang mengkhusus dalam industri QSR, dan merupakan salah satu pengendali Burger King terbesar di UK, selain telah membangunkan jenama-jenama lain, termasuk Chamama, Traditional Favourites, Caffé Italiano, dan juga Cafe Select. Syarikat tersebut mencatatkan rekod kejayaan yang mengagumkan selama lebih 30 tahun dalam segmen perniagaan makanan dan minuman.

"Kami amat berbesar hati mengumumkan rakan pemegang francais induk UK pertama kami, yang menjadikannya sebagai satu langkah penting dalam usaha penembusan kami ke dalam pasaran UK. Usaha perluasan antarabangsa kami semakin mendapat momentumnya setelah dilancarkan dengan jayanya, hasil sokongan rakan kongsi antarabangsa yang berminat untuk mengembangkan jenama kami ke seluruh dunia," jelas Pablo Juantegui, Pengerusi Eksekutif Telepizza

Giorgio Minardi, Presiden Bahagian Antarabangsa, Telepizza berkata: "Kami amat beruntung dan berbesar hati atas penyertaan En. Salim Janmohamed ke dalam organisasi kami. Kehebatan kepimpinan dan pengetahuan beliau tentang pasaran UK amat kami perlukan untuk menembusi pasaran tersebut buat Jenama kami dan pemegang francais induk kami yang lain."

Merancang untuk membuka 300 buah kedai dalam tempoh 10 tahun akan datang  

Telepizza merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 300 buah kedai dan 20-30 francais, yang akan membangunkan 30 pasaran serantau di UK dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. 

Telepizza menyokong setiap perniagaan francais menerusi kepakarannya, latihan yang berterusan dan kekukuhan jenamanya, yang diperoleh selama hampir tiga dekad menerusi kecemerlangan operasi. Telepizza juga turut melindungi piawaian kualiti, mengurus seluruh proses, bermula dari kilang kepada pengguna.

Kira-kira 35% daripada rangkaian kedai Telepizza di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh Telepizza, manakala kira-kira 65% daripadanya dimiliki oleh rakan niaga (francais dan francais induk).

En. Salim Janmohamed, Pengerusi & Pengarah Urusan Karali Group berkata: "Saya amat berharap dapat memperkenalkan Telepizza ke dalam pasaran UK dan saya yakin jenama tersebut akan menerima sambutan yang menggalakkan menerusi bahan-bahan segar dalam piza, yang dibuat sendiri mengikut permintaan pengguna UK, satu elemen yang sukar didapati dalam segmen perniagaan penghantaran piza."

Strategi Antarabangsa 

Strategi antarabangsa Telepizza akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan dalam pasaran di lokasi ia beroperasi, meninjau peluang perniagaan baharu dan menembusi pasaran baharu melalui francais induk.

Kini, syarikat tersebut berada di 15 buah negara dan jualan rangkaian antarabangsanya melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan.

Nota untuk Editor  

Telepizza ialah syarikat penghantaran piza bukan berpusat di A.S. yang terbesar di dunia berdasarkan bilangan kedainya. Beribu pejabat di Madrid, Syarikat tersebut menawarkan pelbagai pilihan piza dan produk sampingan yang menggabungkan rasa yang konsisten merentasi pelbagai negara, dengan fokus terhadap citarasa tempatan dan usaha inovasi dalam pasaran di tempat ia beroperasi.

Telepizza beroperasi di 15 buah negara menerusi jenamanya sendiri di sekitar Eropah (Sepanyol, Portugal dan Poland), Amerika Latin serta kawasan-kawasan lain, kebanyakannya menerusi perjanjian francais induk. Setakat Disember 2015, syarikat tersebut mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 1,311 buah kedai piza (461 buah kedai milik sendiri dan 850 kedai francais dan kedai francais induk). Telepizza menggunakan model perniagaan bersepadu secara vertikal di kesemua tujuh buah kemudahan pembuatan dohnya. 

Pada tahun 2015, Syarikat ini mencatatkan nilai jualan rangkaian berjumlah €491.8 juta dan EBITDA sebanyak €57.7 juta.

Maklumat perhubungan media 

Kreab - T. +34-917027170
Susana Sanjuán / ssanjuan@kreab.com / M. +34-677-946-805
Francisco Calderón / fcalderon@kreab.com / M. +34-654-642-160
Luis Meseguerlmeseguer@kreab.com

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Corporate Expansion