omniture

MetaQuotes Software Corp. Bakal Pamer MetaTrader 5 Dengan Opsyen Lindung Nilai di iFX EXPO International 2016

MetaQuotes Software Corp.
2016-05-23 10:45 417

LIMASSOL, Cyprus, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- MetaQuotes Software Corp. bakal mempamerkan platform berbilang aset MetaTrader 5 di pameran iFX EXPO 2016. Pameran tersebut akan diadakan pada 24-26 Mei di Palais de Sports di Limassol, Cyprus.

Pelancaran rasmi platform MetaTrader 5 dengan opsyen lindung nilai ini heboh diperkatakan dalam kalangan broker. Banyak syarikat ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang baharu yang disediakan oleh platform yang dipertingkat itu. Penyertaannya dalam acara antarabangsa terbesar, yang menghimpunkan lebih 2,500 wakil daripada industri kewangan, merupakan satu kesempatan yang sangat baik untuk MetaQuotes memperkenalkan ciri-ciri baharu MetaTrader 5 kepada semua broker yang hadir.

Menerusi pembentangan yang bertajuk 'Pengenalan kepada Produk MetaTrader 5', pakar-pakar daripada syarikat akan memperlihatkan ciri-ciri baharu pada platform perdagangan MetaTrader 5 dan perkembangan terkini untuk perkhidmatan terbina dalam ini. Di samping itu, pembentangan ini akan memperkenalkan kelebihan platform generasi kelima ini berbanding MetaTrader 4, ciri-ciri keupayaan perdagangan yang dipertingkat untuk perniagaan, pasaran institusi dan pasaran pertukaran, selain Platform Mudah Alih MetaTrader 5 untuk peranti iOS serta Android. Semasa acara tersebut juga, syarikat akan membuat pembentangan umum pertama Platform Web MetaTrader 5 secara eksklusif. Versi web ini juga menyokong opsyen lindung nilai yang membolehkan peniaga memegang berbilang posisi dalam instrumen kewangan yang sama, terus daripada pelayar web.

 "Kami telah mengemas kini dan menaik taraf seluruh rangkaian produk MetaTrader 5 dan kami akan mempamerkannya sempena iFX EXPO 2016," kata Renat Fatkhullin, CEO MetaQuotes Software Corp. "Platform MetaTrader 5 untuk komputer, peranti mudah alih, serta versi webnya kini menyokong pelbagai opsyen lindung nilai yang mendapat permintaan luas. Semasa pameran tersebut, kami akan memperkenalkan kelebihan utama platform MetaTrader 5 dan akan memperlihatkan bagaimana platform berbilang aset ini dapat membantu anda menawarkan perkhidmatan broker yang berteknologi tercanggih dalam pasaran kewangan. Setiap peniaga dalam Pasaran Pertukaran Asing dan Bursa boleh mengakses semua instrumen yang diperlukan bagi menjamin perdagangan yang selesa menerusi sebuah platform MetaTrader 5."

Latar Belakang MetaQuotes Software Corp.
Ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan menerusi tanda dagang MetaTrader. Organisasi ini dikenali di peringkat antarabangsa selaku peneraju dalam pasaran perisian kewangan. Platform perdagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh beratus-ratus syarikat broker dan bank di serata dunia. Platform pelbagai aset MetaTrader 5 baharu menyediakan ciri-ciri dagangan untuk pasaran pertukaran asing dan juga bursa.
http://www.metaquotes.net 

Latar Belakang MetaTrader 5 
Platform MetaTrader 5 memberikan prestasi yang tinggi dan kebolehskalaan dalam mengendalikan urus niaga kewangan menerusi pelbagai pasaran (Forex, saham dan niaga hadapan dan opsyen untuk broker institusi serta perniagaan). Platform ini disediakan melalui aplikasi perdagangan untuk peranti Windows, iOS dan Android. Ia turut menawarkan penyelesaian integrasi dan API agar dapat terhubung dengan bursa global serta pembekal kecairan. http://www.metatrader5.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160520/370207

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Not for profit Trade show news