ATLANTA, 23 Mei 2016 /PRNewswire/ -- PaySett Corporation berjaya melaksanakan rangkaian pembayaran masa sebenar untuk negara Nicaragua yang dapat menghubungkan bank-bank terbesar di negara tersebut, termasuk Bank Pusat. Rangkaian masa sebenar ini membolehkan bank-bank di Nicaragua menawarkan perkhidmatan pemindahan pembayaran pada masa sebenar untuk pelanggan dan pelanggan korporat, selain agensi kerajaan. Menerusi produk PaySett PayExpedite™, transaksi pembayaran boleh dibuat dan diselesaikan dalam hanya beberapa saat. Ini menggalakkan proses perniagaan yang lebih baik selain memastikan transaksi pembayaran yang selamat dan muktamad.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160520/370532LOGO
Setelah setahun mengguna pakai produk pembayaran masa sebenar PayExpedite™ PaySett baharu dengan jayanya, Banking CIO Magazine memilih PaySett sebagai salah satu daripada sepuluh penyedia perkhidmatan pembayaran paling berpotensi bagi tahun 2015. Banking CIO menjalankan kajian dan penilaian terhadap syarikat-syarikat teknologi pembayaran dengan menggunakan khidmat kalangan panel pakar terkemuka, melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Maklumat, Naib Presiden, Penganalisis dan juga lembaga editorial Banking CIO. Proses pemilihan menilai aspek keupayaan vendor dalam memenuhi keperluan terhadap penyelesaian pembayaran yang inovatif, berkesan kos dan fleksibel, yang dapat menambah nilai kepada segmen pembayaran.
Maklumat lanjut tentang pemprosesan pembayaran masa sebenar PaySett sila layari www.paysett.com
Maklumat lanjut tentang PaySett dan syarikat-syarikat lain yang terpilih disediakan di: http://www.bankingciooutlook.com/magazines/December/2015/
PaySett Corporation terus mengembangkan portfolio produk pembayarannya untuk Rangkaian Pembayaran Negara, hab pembayaran bank Global dan Serantau serta pemprosesan pembayaran masa sebenar.