omniture

Kajian Baharu: Rawatan GERD Stretta Dapat Memberi Penjimatan Kos Yang Tinggi Untuk Pembayar

Mederi Therapeutics Inc.
2016-05-24 05:03 1054

NORWALK, Connecticut, 24 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Mederi Therapeutics, Inc., pengeluar Terapi Stretta untuk penyakit refluks gastroesofgus (GERD), hari ini mengumumkan, satu kajian baharu yang diterbitkan dalam Managed Care, mencadangkan potensi penjimatan kos yang tinggi oleh pembayar berkaitan rawatan tenaga frekuensi radio (RFE) untuk pesakit GERD, berbanding rawatan menerusi pengurusan perubatan atau fundoplikasi.

Kajian tersebut, bertajuk: "Budget Impact Analysis to Estimate the Cost Dynamics of Treating Refractory Gastroesophageal Reflux Disease With Radiofrequency Energy: a Payer Perspective (Analisis Impak Perbelanjaan terhadap Anggaran Dinamik Kos Rawatan Penyakit Refluks Gastroesofagus Refraktori Melalui Tenaga Frekuensi Radio: Menurut Perspektif Pembayar)", dijalankan oleh para penyelidik dari Baker Tilly LLP, Fairleigh Dickinson University, dan Stanford University. Menerusi data yang diperoleh daripada Medicare dan pelan kesihatan kebangsaan yang terdiri daripada kira-kira 24 juta nyawa yang dilindungi, kajian tersebut menyimpulkan "peningkatan 2% jumlah keseluruhan prosedur RFE berbanding jumlah kes mencatatkan penjimatan mengikut setiap anggota, setiap bulan (PMPM) sebanyak $0.28 bagi kalangan populasi Medicare manakala $0.37 bagi populasi yang diinsuranskan secara komersial," dengan "peningkatan selanjutnya mendorong penjimatan PMPM yang lebih tinggi." Ini bersamaan dengan gabungan anggaran penjimatan sebanyak lebih $15 juta setahun bagi lima juta ahli pelan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Gastroenterologi Amerika (AGA), GERD ialah penyakit gastrousus dengan kos paling tinggi di A.S. dan melibatkan kira-kira 142 bilion kos langsung dan kos tidak langsung. David Gregory daripada Baker Tilly, menjelaskan, "Dengan mengambil kira beban GERD yang berkos tinggi, penjimatan yang dicatatkan menerusi rawatan Stretta (RFE) terhadap bilangan konservatif pesakit adalah penting." Kaedah ini termasuk analisis tuntutan retrospektif "yang dibuat untuk menilai kos dan kesan terhadap perbelanjaan pembayar yang berkaitan dengan pengurusan dan rawatan GERD melalui pembedahan, secara endoskopi (RFE/Stretta) atau melalui pengurusan perubatan," tambah Gregory.

"Dalam persekitaran penjagaan kesihatan masa kini, rawatan yang benar-benar berkesan seharusnya menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi, disamping memberi kesan positif terhadap ekonomi kesihatan," kata George Triadafilopoulos, MD daripada Stanford University dan penulis bersama bagi kajian tersebut. "Buat beberapa lama, kami sedia maklum rawatan GERD adalah selamat dan berkesan. Kini, kami yakin ia dapat mengurangkan kos rawatan pesakit dengan ketara, menjadikan rawatan ini sebagai pilihan yang amat sesuai buat pembayar yang ingin memilih rawatan GERD yang menjimatkan."

Kira-kira 30% daripada golongan dewasa di Amerika Syarikat menghidap GERD kronik. Kebanyakan pesakit tidak memberi tindak balas yang sepenuhnya terhadap perencat pam proton (PPI), iaitu kaedah perubatan GERD yang paling biasa, dan ramai pesakit bimbang terhadap risiko yang dikaitkan dengan penggunaan PPI dalam tempoh yang lama, atau intervensi melalui pembedahan. Stretta menyediakan pilihan rawatan pertengahan bukan pembedahan buat pesakit ini.

Kajian tersebut menyimpulkan: "Kepentingan klinikal RFE bagi merapatkan jurang antara pengurusan perubatan dan pembedahan, diperkukuhkan lagi dengan analisis ekonomi ini yang menunjukkan pembayar yang memilih rawatan RFE dapat membuat penjimatan yang tinggi terhadap pelan kesihatan mereka berbanding pembedahan atau melalui pengurusan perubatan."

Latar Belakang Mederi Therapeutics Inc. dan Terapi Stretta®
Mederi mengeluarkan peranti inovatif yang menggunakan tenaga frekuensi radio (RF) bagi merawat penyakit penghadaman. Produk Mederi, iaitu Terapi Stretta ialah prosedur bukan pembedahan yang disahkan secara klinikal yang dapat mengawal simptom GERD dengan ketara, membolehkan kebanyakan pesakit tidak lagi mengambil ubat atau mampu mengurangkan pengambilannya, serta mengelakkan pembedahan. Stretta memberikan tenaga RF kepada otot yang berada di antara bahagian perut dan esofagus. Kajian menunjukkan rawatan ini membantu mengaktifkan semula otot, seraya mampu meningkatkan fungsi sekatan, mengurangkan masalah refluks, melegakan simptom yang ketara dan menambah baik kehidupan secara dramatik. Lebih 40 kajian menunjukkan Stretta adalah selamat dan berkesan, dengan kesan rawatan yang mampu kekal sehingga 10 tahun. Stretta boleh didapati di seluruh dunia.

Latar Belakang Baker Tilly
Baker Tilly ialah sebuah firma perakaunan dan perunding yang menyediakan perkhidmatan lengkap serta diiktiraf di dalam negara. Amalan penjagaan kesihatan Baker Tilly terdiri daripada kakitangan profesional perundingan, cukai dan audit yang menjalin kerjasama dengan beratus-ratus hospital, sistem kesihatan dan pelan kesihatan yang membangunkan strategi pertumbuhan.

Maklumat Perhubungan Media: Mike Elofer
mike@pascalecommunications.com
(484) 620-6167

Source: Mederi Therapeutics Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research