SINGAPURA, 14 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Pegawai-pegawai kanan tentera laut daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Thailand merupakan tetamu kehormat terkini yang akan menyampaikan taklimat operasi dan perolehan di Persidangan Kapal Peronda Pesisir Luar Asia Pasifik 2013 yang akan diadakan di Singapura pada 16-17 April 2013.
Kapten Mohamed Azuwan bin Harun, Penolong Ketua Staf Operasi Laut, dan Kapten Shamsudin bin Hj Ludin, Pengarah Perolehan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, bersama Kapten Narate Wongtrakoon, Pengarah Operasi Tentera daripada Tentera Laut Diraja Thailand, akan tersenarai dalam kalangan pegawai kanan berbendera dari rantau Asia Pasifik yang akan membincangkan perspektif operasi tentera laut dan perolehan di persidangan itu.
Dipengerusikan oleh Laksamana Muda Thomas Carney, Komander Kumpulan Logistik, Angkatan Tentera Laut Pasifik Barat Amerika Syarikat, persidangan ini akan menampilkan wakil Tentera Laut dan Pengawal Pantai terulung dari Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina, Malaysia, Thailand dan banyak lagi. Ia bertumpu kepada isu-isu kritikal berkaitan perkembangan kemampuan angkatan tentera laut, keselamatan maritim dan rancangan-rancangan perolehan. Sehingga kini, lebih 20 agensi akan hadir, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, MMEA, Tentera Laut Indonesia, Bakorkamla, Pengawal Pantai Filipina, Tentera Laut Filipina, Polis Marin Vietnam,Tentera Laut Diraja Thailand, dan banyak lagi. Tambahan pula, persidangan ini akan mengadakan hari keperluan pra-persidangan khas untuk membincangkan perkembangan kemampuan dan rancangan perolehan agensi-agensi maritim di rantau ini.
Persidangan ini akan menjadi landasan terbaik untuk Tentera Laut, Pengawal Pantai dan industri maritim untuk membina jaringan dan memperkembangkan lagi kemampuan tentera laut. Pemain-pemain industri seperti Austal, Raytheon dan International Bunkering telah awal-awal lagi menyatakan komitmen terhadap acara ini dan akan mempamerkan kepimpinan fikiran mereka April ini.
Persidangan Kapal Peronda Luar Pesisir Asia Pasifik 2013 merupakan acara tahunan ketiga dalam siri ini, dan akan melibatkan lebih 80 orang pegawai kanan tentera laut, menjadikannya perjumpaan terbesar pegawai kanan maritim kerajaan di Asia.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau ingin melibatkan diri dengan acara ini, sila layari http://www.offshorepatrolasia.com, email enquiry@iqpc.com.sg atau telefon talian +65 6722 9388. Andainya anda merupakan petugas akhbar dan ingin membuat liputan acara ini, sila berhubung dengan dengan Susy.Angryany@iqpc.com.sg untuk maklumat lanjut.