Terumo BCT sumbang geran sebanyak $10,000 untuk Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Sanjay Gandhi, Lucknow, India
LAKEWOOD, Colorado, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Terumo BCT, sebuah syarikat pembuatan peralatan perubatan global, dengan sukacitanya mengumumkan, Rajendra Chaudhary, MD, Ketua Jabatan Perubatan Transfusi daripada Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Sanjay Gandhi (SGPGIMS), Lucknow, India, sebagai pemenang Anugerah Kemajuan Aferesis bagi tahun 2015. Anugerah tersebut turut menyertakan geran bernilai $10,000 USD untuk para doktor, pakar perubatan dan pengendali, selaku peneraju bagi teknik aferesis terapeutik dan pengumpulan sel.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160524/371619LOGO
Permohonan bagi Anugerah Kemajuan Aferesis 2016: Mengatasi Cabaran Akses Vena kini mula diterima daripada penginovasi teknik aferesis di seluruh dunia. Permohonon berakhir pada 30 September 2016. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga untuk menghantar permohonan anda.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terumo BCT dan juga jawatankuasa geran atas Anugerah Kemajuan Aferesis 2015 ini," kata Dr. Chaudhary. "Geran tersebut menjadi sumber penting bagi menggalakkan perubatan aferesis dan derma darah serta menunjukkan sejauh mana sumbangan terhadap komuniti penjagaan kesihatan dapat mempercepat usaha inisiatif yang penting ini."
Projek oleh Dr. Chaudhary dipilih oleh jawatankuasa bebas yang terdiri daripada pakar perubatan aferesis dari seluruh dunia dan bakal memberi tumpuan terhadap pewujudan daftar penderma platelet serta galakan teknik aferesis menerusi teleperubatan. SGPGIMS ialah sebuah pusat perubatan yang terkenal dan merupakan pusat perubatan pertama di India yang menjalankan pertukaran plasma terapeutik.
| Jawatankuasa Geran 2015 terdiri daripada pakar=pakar perubatan berikut: |
|
| • |
KIemens Budde, MD |
| Ketua Transplan Klinikal, Jabatan Nefrologi, Charité University, Jerman |
|
| • |
Zbigniew Szczepiorkowski, MD, PhD |
| Pengarah, Pusat Perkhidmatan Perubatan Transfusi & Terapi Sel, Pusat Perubatan Dartmouth-Hitchcock; Mantan Presiden, Persatuan Aferesis Amerika (ASFA); Penyumbang Utama Garis Panduan ASFA 2010 (A.S.) |
|
| • |
ZiYi Lim, MBChB, MRCP, FRCPath |
| Perunding Kanan, Hematologi, Pusat Barah Parkway, Singapura |
|
| • |
Giorgio Baldanzi, MD |
| Pengarah Perubatan, HEMOBANCO, Brazil |
|
Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.terumobct.com/advancingapheresis/ atau emelkan kepada advancingapheresis@terumobct.com.
Latar Belakang Terumo BCT
Terumo BCT, peneraju global bagi teknologi berkaitan komponen darah, aferesis terapeutik dan sel, ialah satu-satunya syarikat yang memiliki kombinasi unik yang terdiri daripada pelbagai teknik aferesis, pemprosesan seluruh komponen darah secara manual atau automatik dan juga teknologi pengurangan patogen. Kami percaya dengan kemampuan darah yang pastinya dapat lebih membantu pesakit berbanding yang diketahui pada masa kini. Keyakinan ini menggalakkan kami berinovasi dan mengukuhkan kolaborasi kami bersama pelanggan.
Maklumat Perhubungan Media
Sherri Hughes-Smith
Phone: +1.303.542.5113
press@terumobct.com