omniture

KEYMILE Pamerkan Penyelesaian untuk Komunikasi Selamat bagi Rangkaian Misi Kritikal sempena CommunicAsia 2016

KEYMILE
2016-05-26 23:07 411

HANOVER, Jerman, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ -- KEYMILE akan mempamerkan barisan produk XMC20nya, termasuk enkripsi menyeluruh, sempena CommunicAsia 2016 bermula pada 31 Mei hingga 2 Jun di Singapura. Berdasarkan teknologi yang diperbuat di Jerman, pengendali rangkaian telekomunikasi misi kritikal dapat menyediakan asas yang cukup andal dan selamat buat infrastruktur mereka dalam beberapa dekad akan datang.

Sempena CommunicAsia 2016 yang bakal diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura di reruai 1L3-05, KEYMILE akan mempamerkan penyelesaian yang inovatif bagi menjamin komunikasi yang amat cekap dan selamat untuk rangkaian misi kritikal. Pameran ini akan fokus terhadap akses pelbagai perkhidmatan XMC20 hibrid dan platform penghantaran. Ia diadakan khusus untuk memenuhi keperluan rangkaian komunikasi misi kritikal yang digunakan oleh pembekal tenaga, utiliti minyak dan gas, syarikat kereta api, kawalan trafik udara, pihak berkuasa dan jaringan kecemasan. XMC20 berbeza dari segi sokongan terhadap aplikasi kawalan pada masa sebenar yang teragih, ketahanan yang mengagumkan dan kebolehskalaan yang hebat untuk digunakan dalam misi yang amat penting pada sebarang keadaan.

Ciri utamanya ialah seni bina sistem hibrid, menerusi satu elemen rangkaian yang menyediakan fungsi Eternet dan juga TDM yang natif. XMC20 boleh dikendalikan sebagai nod MPLS-TP, pemultipleks SDH/PDH atau gabungan kedua-duanya, tanpa mengehadkan fungsi jenis pemindahan lain. Beberapa gerbang laluan pula membolehkan beberapa teknologi untuk berinteraksi, contohnya TDM-melalui-IP berserta Emulasi-Litar-melalui-Paket, VoIP dengan SIP mahupun Eternet-melalui-SDH.

Memandangkan kad penyulitan bakal disediakan pada musim panas ini untuk XMC20, KEYMILE dapat menawarkan penyelesaian yang pertama dalam industri, mudah untuk digunakan dan berkesan kos bagi menjamin penyulitan hujung-ke-hujung yang amat selamat untuk rangkaian komunikasi misi kritikal. Kad tersebut dapat menyulitkan semua trafik rangkaian pada lapisan 2 dan menggunakan penjana nombor rawak kuantum (QRNG) berasaskan perkakasan bagi tujuan penyulitan. Pengendali rangkaian boleh menyepadukan penyelesaian ini ke dalam rangkaian sedia ada tanpa mengubah infrastruktur mereka.

Di CommunicAsia 2016 juga, KEYMILE akan turut mempamerkan portfolio penyelesaiannya yang luas bagi mengembangkan perkhidmatan jalur lebar yang boleh digunakan pada masa depan. Dengan port 160 GPON pada satu subrak 8 HU, Siri Gentian MileGate membantu sambungan yang menjimatkan kos untuk beberapa ratus kediaman menerusi satu rangkaian pasif (GPON). Pelbagai pengendali rangkaian menggunakan platform akses berbilang perkhidmatan MileGate bagi menetapkan infrastruktur FTTC/FTTB/FTTH yang amat fleksibel, andal dan boleh digunakan pada masa depan. MileGate menyokong semua teknologi jalur lebar, bermula dengan SHDSL kepada VDSL2 dengan pemvektoran sambungan gentian optik yang aktif dan pasif. Nod pemvektoran G.fast/VDSL2 MileGate 2012 telah dipertingkat untuk jalur lebar ultra dalam aplikasi FTTB serta menyediakan lapan antara muka G.fast. Melalui wayar tembaga yang digandingkan dengan kabel sedia ada pada binaan tersebut, G.fast menyediakan kadar data yang biasanya hanya boleh dilakukan menerusi penghantaran optik.

Latar Belakang KEYMILE 

KEYMILE ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian telekomunikasi yang memiliki beberapa kemudahan di Jerman dan Switzerland. Sistem yang dibangunkan dan dihasilkan oleh sistem KEYMILE digunakan bagi tujuan pemindahan data secara andal dan berketentuan dalam sektor rangkaian telekomunikasi misi kritikal oleh syarikat-syarikat kereta api, pembekal tenaga, utiliti minyak dan gas serta organisasi negeri. Bagi melindungi proses pemindahan data, KEYMILE menggunakan konsep keselamatan dan penyulitan berteknologi tinggi. IP/Eternet dan teknologi TDM yang turut disediakan menjamin perkembangan sempurna bagi pemindahan data berasaskan paket. Pengendali rangkaian awam memanfaatkan produk tersebut bagi menyediakan jalur lebar terbaik kepada pelanggan. Pihak pengendali juga menggunakan produk tersebut bagi melaksanakan seni bina jalur lebar yang dapat mencipta nilai dan bersumber terbuka. KEYMILE juga menyokong pelanggannya menerusi pelbagai perkhidmatan pacuan penyelesaian yang disediakan. Syarikat ini memiliki beberapa anak syarikat dan rakan kerjasama di seluruh dunia dan telah memasang sistem ini di lebih 100 buah negara.
Sebarang maklumat lanjut, layari http://www.keymile.com
KEYMILE auf XING: http://www.xing.com/companies/keymilegmbh
KEYMILE melalui LinkedIN: http://www.linkedin.com/company/keymile.

Maklumat perhubungan media:
KEYMILE GmbH
Marion Baumann
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Wohlenbergstrasse 3
D-30179 Hannover
Tel. +49-(0)511-6747-205
Faks: +49-(0)511-6747-88 205
marion.baumann@keymile.com

PR-COM GmbH
 Hanna Greve
Pengarah Akaun
 Nussbaumstrasse 12
D-80336 Munich
Tel. +49-(0)89-59997-708
Faks: +49-(0)89-59997-999
hanna.greve@pr-com.de

SUMBER  KEYMILE

Source: KEYMILE
Related Links:
Keywords: Computer Networks High Tech Security Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news