omniture

Altran mengembangkan perniagaannya di Asia Tenggara dan membuka sebuah pejabat wilayah di Kuala Lumpur

Altran
2013-02-19 17:33 380

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Februari 2013 /PRNewswire/-- Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan bagi membangunkan peluang perniagaan baru di Asia, Phillipe Salle, Pengerusi dan Ketua Eksekutif kumpulan Altran hari ini telah merasmikan pejabat wilayah yang baru di Kuala Lumpur. Merujuk kepada pelan strategik 2012-2015 nya, satu daripada dua belas projek utamanya untuk menghasilkan pertumbuhan menguntungkan adalah pengembangan kumpulan tersebut di Asia. Bermula dengan dua pejabat besar di China dan India, Altran kini melebarkan sayap perniagaannya di Asia Tenggara (SEA).

Dengan 30 tahun pengalaman dalam rundingcara inovasi dan kejuruteraan berteknologi tinggi, Altran telah memutuskan untuk menubuhkan pejabatnya di Malaysia yang mempunyai  penduduk muda yang berpendapatan semakin tinggi dan sedang berkembang di rantau Asia Tenggara, negara ini  telah pun menarik minat banyak syarikat-syarikat multinasional. Asia Tenggara adalah salah satu dari sepuluh negara teratas di  rantau Asia Pasifik bagi pelaburan langsung asing (FDI). Rantau ini juga mempunyai pasaran aeroangkasa yang dinamik dan pelanggan yang terkukuh bagi Airbus dan Boeing untuk dua tahun terakhir ini.

Kebanyakan penggerak utama dalam aeroangkasa kini telah  mewujudkan  operasi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Malaysia adalah pusat bagi seluruh penyelesaian teknologi penting Altran –Penerbangan, Penjagaan Kesihatan,Telekom dan Pengangkutan di samping menyediakan penyelesaian bagi menyokong infrastruktur tempatan. Ruang telah terbentang luas bagi mengubah Malaysia ke arah ekonomi global utama dengan para jurutera dan inovasi yang bernilai tinggi.

" Kami telah membuat keputusan untuk membuka sebuah pejabat wilayah di Kuala Lumpur di mana  bandaraya ini merupakan batu loncatan ke Asia Tenggara. Dengan ekosistem yang menarik bagi pelaburan dalaman, infrastruktur bertaraf dunia,rangkabina ekonomi yang kukuh dan akses ke rantau ASEAN[1] lain, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran selesa  bagi Altran meneruskan penglibatan di pasaran dalam bidang perniagaan utama kami , – penerbangan, penjagaan kesihatan, telekom dan masyarakat pintar", jelas Pengerusi dan Ketua Eksekutif  Altran, Phillippe Salle.

Operasi  rantau Altran di Asia Tenggara yang baru dilancarkan diketuai oleh Fabrice Godeau.Hari ini pejabat wilayah Altran telah mengambil bakat-bakat muda  pertama dan akan menemuduga lebih ramai calon untuk  dilantik sebagai "Innovation Makers" masa depan dengan objektif mempunyai seramai 200 orang menjelang 2020.

Altran juga akan membangunkan sebuah pusat Inovasi di Kuala Lumpur (Malaysia) yang disokong oleh subsidiarinya Cambridge Consultants sebagai penasihat strategik. Cambridge Consultants akan menyediakan perkhidmatan pembangunan produk inovatif bagi mempercepatkan pertumbuhan syarikat-syarikat bersaham mewah dan baru yang bermatlamat tinggi di Malaysia. Usaha ini disokong kukuh oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Ini akan mempamerkan DNA Kumpulan dan akan menarik bakat-bakat yang terbaik.

Pelaburan Altran di Kuala Lumpur Raya telah dibantu oleh MIDA & InvestKL, agensi pelaburan pakar bagi ibunegara Malaysia.

 [1] Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

 "Pembukaan pejabat wilayah Altran hari ini, dan Pusat Inovasinya tidak lama lagi adalah bukti bahawa Kuala Lumpur Raya adalah hab serantau bagi perniagaan, bakat dan inovasi yang pantas berkembang.

Ekonomi Malaysia yang berkembang dan kerajaan yang properniagaan ditambah oleh lokasi strategik di ASEAN yang  menyediakan akses  kepada syarikat-syarikat ke pasaran yang mengandungi 600 juta penduduk dengan KDNK lebih dari AS$2 trilion, menjadikan Kuala Lumpur Raya pilihan yang ideal bagi MNC yang bercadang mengembangkan perniagaan dari Kuala Lumpur , Malaysia.

 "Kami gembira mengalu-alukan kedatangan Altran ke Kuala Lumpur Raya. Kami yakin perniagaan Altran yang pelbagai akan sangat berharga dalam menawarkan peluang-peluang kerja bernilai tinggi dan latihan khusus, yang mana sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi Malaysia," ujar Encik Zainal Amanshah, Ketua  Pegawai Eksekutif, InvestKL.

Mengenai Altran

Sebagai pemimpin dalam rundingcara inovasi dan kejuruteraan berteknologi tinggi, Altran menemani para pelanggannya dalam penciptaan dan pembangunan produk dan perkhidmatan baru." Innovation Makers"* Altran telah memberikan perkhidmatan selama 30 tahun kepada syarikat-syarikat utama dalam sektor-sektor Aeroangkasa, Automatif, Tenaga, Keretapi , Kewangan, Penjagaan Kesihatan dan Telekom. Meliputi setiap tahap pembangunan projek daripada perancangan strategik hingga ke pengilangan, Altran menawarkan hakmodal bagi pengetahuan teknologi di empat bidang utama: Pengurusan Kitarhayat Produk, kejuruteraan Mekanikal, Sistem Kritikal dan Terbenam, dan Sistem IT.

Pada tahun 2012, Kumpulan Altran telah menjana perolehan €1456 juta. Altran mempunyai kakitangan seramai 20,000* di lebih 20 negara.

http://www.altran.com

Mengenai Cambridge Consultants
http://www.cambridgeconsultants.com


Mengenai InvestKL
http://www.investkl.gov.my

Pegawai Perhubungan Akhbar Altran:
Fabrice Godeau – ketua Pejabat Perwakilan Serantau
fabrice.godeau@altran.com
+60192601233

Pegawai Perhubungan Akhbar InvestKL:
Tim Saw, Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi
tim.saw@investkl.gov.my
+6012-214-8950

Source: Altran
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Corporate Expansion New products/services