omniture

EVNHCMC dan Trilliant Laksanakan Platform Komunikasi Bandar Pintar Vietnam yang Pertama

Trilliant
2016-05-30 09:00 213

Dengan rangkain perintis di Taman Hi-Tech Saigon, EVNHCMC memulakan langkah asas menuju tenaga pintar masa hadapan

BANGKOK, 30 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Ho Chi Minh Power Corporation in Vietnam (EVNHCMC) dan Trilliant, peneraju global dalam komunikasi tenaga pintar di seluruh perusahaan, telah melaksanakan platform jaringan RF komunikasi hujung ke hujung untuk Bandar Ho Chi Minh.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150127/171757LOGO

Rangkaian yang inovatif ini dilaksanakan di Taman Hi-Tech Saigon (SHTP), taman perniagaan bernilai $1.5 bilion yang merupakan tunjang utama pembidaan Vietnam untuk menjadikan Bandar Ho Chi Minh Lembah Silikon di Pasifik.  Platform Komunikasi Pintar  Trilliant menyediakan rangkaian selamat yang menghubungkan prasarana permeteran EVNHCMC dengan firma teknologi terkemuka dunia di SHTP.

Projek ini direka untuk memberikan demonstrasi pendekatan optimal kepada komunikasi tenaga pintar untuk menyokong kecekapan dan keandalan tenaga bagi EVNHCMC,  Timbalan Ketua Pengarah Tran Khiem Tuan berkata, "Hasil yang positif dalam projek Taman Hi-Tech Saigon telah membantu kami untuk menentukan hala tuju teknologi baharu untuk masa depan."

Platform Komunikasi Pintar Trilliant, satu-satunya penyelesaian jaringan RF yang terbukti dan boleh didapati di peringkat global untuk AMI dan rangkaian automasi pengedaran, diperluaskan daripada pelanggan meter di Taman Hi-Tech ke pusat operasi EVNHCMC.

Penyelesaian bersepadu ini menggunakan gabungan teknologi saling operasi spektrum tanpa wayar (termasuk kedua-dua 2.4 dan 5.8 gigahertz) untuk membangunkan rangkaian maya persendirian berprestasi tinggi yang merentasi seluruh perusahaan.  Dengan menyediakan berbilang teknologi dalam platform tunggal, Trilliant membantu EVNHCMC memenuhi keperluannya dalam komunikasi seluruh perusahaan pada kos yang berkesan, tanpa membayar kos yang tidak diperlukan dalam menyepadukan penyelesaian berbilang vendor.

Lebar jalur yang lebih baik oleh Platform Komunikasi Pintar Trilliant menyediakan EVNHCMC dengan keupayaan yang mencukupi untuk menambah sumber tenaga teragih, kecekapan tenaga atau peralatan pengurusan sampingan permintaan lanjutan dan menyokong kegunaan masa depan teknologi pintar dan aplikasi internet semua benda (IoT).

Trilliant terkenal dengan kecemerlangannya dalam memenuhi keperluan komunikasi di rantau Asia Pasifik, termasuk dinobatkan sebagai "Perniagaan Inovatif Tahunan" oleh Asia Power & Electricity World pada Mei 2015.  Syarikat ini juga menerima penghormatan tertinggi Frost & Sullivan, dengan dinobatkan sebagai "Syarikat Global Tahun 2015" untuk perkhidmatannya kepada industri automasi teragih global.

Latar Belakang EVNHCMC
Power Corporation Ho Chi Minh City (EVNHCMC) ialah salah satu daripada lima utiliti pengagihan elektrik Vietnam Electricity (EVN). Tugas utama EVNHCMC ialah mengagihkan tenaga elektrik di dalam Bandar Ho Chi Minh.  Untuk maklumat lanjut: http://www.hcmpc.com.vn  atau http://www.cskh.hcmpc.vn

Latar Belakang Trilliant
Trilliant menawarkan satu-satunya Platform Komunikasi Pintar seluruh perusahaan bagi industri tenaga untuk menghubungkan internet semua benda (IoT) menerusi penyelesaian spektrum terbuka yang selamat, berasaskan piawaian, dan berbilang teknologi.  Dengan tiga dekad pengalaman dan penyelesaian yang paling terbukti dalam lapangan dengan pematuhan global, Trilliant memaksimakan pelaburan grid pintar dan bandar pintar serta menjadikan pelaksanaannya  berorientasikan masa hadapan. www.trilliantinc.com

Source: Trilliant
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Utilities Licensing/marketing agreements