omniture

Kedutaan Wiski Mewah Scotch Mendarat di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam

Diageo
2016-05-30 10:26 296

AMSTERDAM, 30 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Bayangkan anda mencuba rasa Wiski Scotch yang terbaik di dunia dan berpeluang untuk membeli adunan rasa yang jarang sekali ditemui ini, yang tidak dapat diperolehi di tempat lain.  Bayangkan anda mendapat khidmat duta wiski yang sangat mahir dan berpengetahuan, dan mereka membawa anda mengembara dalam pengembaraan pelbagai rasa, semuanya terhimpun dalam bar peribadi dan galeri yang direka mewah dan membangkitkan selera.  Kini, bayangkan pula peluang menikmati semua ini ketika menantikan penerbangan anda.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160527/372931 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160527/372932
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160527/372933 )

Penumpang yang menggunakan Ruang Menunggu 2 Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam kini akan diraikan untuk berkunjung ke Johnnie WalkerHouse™ - kedutaan Wiski Scotch mewah yang dilancarkan oleh Diageo Global Travel bersama-sama Schiphol Airport Retail.

Direka untuk memberi inspirasi kepada pengembara dengan membawakan sejarah, asal usul dan semangat perintis jenama Johnnie Walker®, Johnnie WalkerHouse Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam mengikut jejak langkah kejayaan pelancaran di lapangan terbang di Singapura, Mumbai dan Taiwan.  Terbuka kepada semua pengembara yang melalui ruang menunggu tersebut, House membolehkan pengunjungnya meneroka keperajinan dan kualiti  Johnnie Walker dan minumannya  yang tiada tolok banding menerusi kembara deria yang unik untuk menyentuh, merasa dan menghidu elemen istimewa yang terkandung dalam minuman istimewa ini.

Doug Bagley, Pengarah Urusan, Diageo Global Travel and Middle East, berkata: "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami menikmati kejayaan luar biasa dan maklum balas pelanggan yang hebat hasil dari pembukaan Johnnie Walker House di lapangan terbang di Asia.  Kini kami membawakan pengalaman unik ini ke Eropah buat pertama kalinya dan kami yakin ia bakal memberikan kejutan dan mengujakan pelanggan dalam pasaran ini.  Matlamat kami ialah memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza daripada norma runcit kembara, dengan memberikan pelanggan pendedahan yang eksklusif tentang cerita Johnnie Walker dan mengakses beberapa Wiski Scotch yang terbaik di dunia."

Peter-Jan Rozenberg, Pengarah Urusan, Schiphol Airport Retail, menambah: "Johnnie WalkerHouse Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam ialah satu penambahan yang menakjubkan ke Ruang Menunggu 2 dan satu peluang yang hebat kepada peminat wiski dan mereka yang baru mencuba untuk mengenali Scotch terlaris di dunia dengan lebih dekat dalam persekitaran gaya hidup mewah yang unik dan khidmat pelanggan yang terhebat.  Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam merupakan hab utama pengembara di Eropah, dan kami gembira kerana dapat membawakan pengalaman  Johnnie Walker House sebagai sebahagian daripada cita-cita berterusan kami untuk mencipta persekitaran runcit kembara yang meninggalkan kenangan dan menakjubkan."

Dibina setinggi dua tingkat, Johnnie WalkerHouse Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam menampilkan tembaga, air, barli, gambut dan oak dalam rekaannya, memberikan peluang kepada pengembara untuk menyelami pengalaman separa galeri dan separa muzium yang merangkumi sejarah pengalaman pembuatan wiski yang beraneka itu.  Ciri utamanya termasuk 'dinding konstelasi wiski' yang dikhaskan untuk seni bancuhan Johnnie Walker, dan menyediakan indeks yang komprehensif bagi Wiski Scotch Malta Tunggal dan 'dinding rencah rasa' yang menampilkan pertembungan sains dan seni dalam proses penyediaannya.

Para tetamu juga akan berpeluang untuk membeli sesi merasa dalam bar dan ruang menunggu khas yang mewah di tingkat 1, yang dibuka sepanjang tahun kepada semua ahli Johnnie WalkerHouse, dan membeli produk eksklusif Johnnie WalkerHouse yang tidak terdapat di tempat lain.

Untuk meraikan pembukaan the House, edisi terhad Johnnie Walker House™ Blue Label™ Casks Edition - Schiphol Limited Edition, kini disediakan secara eksklusif kepada pengunjung.  Dilukis oleh artis tempatan Merjin Hos, botol tersebut menampilkan Striding Man ikonik mengembara dari Scotland ke Schiphol dengan memakai kasut kayu di persekitaran tulip, kincir angin dan basikal yang ikonik.

Buat pertama kali di Eropah, Koleksi Eksklusif Johnnie Walker House juga boleh diperolehi secara runcit, menerusi Johnnie WalkerHouse Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.  Koleksi ini termasuk: John Walker & Sons™ Master Blenders Collection, Johnnie Walker® Epic Dates Collection, dan Johnnie Walker House™ Zodiac Collection.  

Minumlah dengan berhemah, layari http://www.DRINKiQ.com

Perkataan Johnnie Walker, Master Blenders Collection, Epic Dates Collection, Zodiac Collection, Blue Label™ Casks Edition dan Keep Walking, peranti Striding Figure dan logo yang berkaitan adalah tanda dagangan © John Walker & Sons 2016.

Sumber: Diageo

Source: Diageo
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services