omniture

IMD lancar program Orchestrating Winning Performance di Singapura pada 2013

IMD
2013-02-20 08:00 278

LAUSANNE, Switzerland, 20 Februari 2013 /PRNewswire/ -- IMD, perintis dunia dalam pendidikan eksekutif mengumumkan edisi Asia yang baru bagi program Orchestrating Winning Performance (OWP) yang akan diadakan di Singapura pada 17-22 November 2013. www.imd.org/owp

Sepanjang 19 tahun di kampus IMD di Lausanne, Switzerland, OWP dijadikan sebagai sebuah forum bagi eksekutif global yang mencari ruang untuk berundur seketika dan membuat refleksi tentang trend perniagaan dan ekonomi yang lebih meluas.  Kini, bagi menangani keperluan yang semakin meningkat di kalangan pelanggannya di seluruh dunia, IMD mengembangkan program OWP dengan menubuhkan modul kedua di Asia.

Presiden IMD dan Pengarah Bersama Program OWP Dominique Turpin berkata: "Setiap tahun, Fakulti IMD akan berkolaborasi bagi membentuk pengalaman pembelajaran yang bertransformasi dan unik, berasaskan kepada kajian semasa kami dan berfokus kepada trend dan cabaran semasa yang dihadapi oleh dunia perniagaan."

"OWP di Singapura akan menangani keperluan khusus bagi syarikat-syarikat Asia yang mahu melebarkan sayap ke luar dari rantau ini dan juga bagi syarikat bukan Asia yang mahu memahami kehendak khusus pasaran Asia."

Rekabentuk dan Kandungan Program

Program OWP direka untuk memberikan kefleksibelan maksima.  Para peserta boleh menghadiri kedua-dua modul di Lausanne (Jun 2013) dan modul di Singapura (November 2013), atau memilih untuk menyertai salah satu modul berdasarkan keperluan khusus dan kelapangan masa mereka.

OWP Lausanne dan OWP Singapura akan menampilkan bahan kajian yang praktikal dan bertepatan, kajian kes sebenar, perbincangan kelas yang aktif dan kerja kumpulan yang menyeluruh, dibantu oleh Fakulti IMD.  OWP Singapura akan memberi penekanan kepada bahan-bahan yang dibina berasaskan syarikat-syarikat Asia dan bukan Asia yang menjalankan perniagaan di Asia.

"Cabaran perniagaan bagi ekonomi global memerlukan penyelesaian global," ujar Profesor IMD dan Pengarah Bersama Program OWP Bettina Büchel. "Dengan pengenalan OWP di Singapura, IMD menyediakan lebih peluang pembelajaran dan hubungan yang membolehkan para peserta untuk keluar daripada kitaran tindakan harian dan mula memikirkan penyelesaian yang dapat menangani kerumitan yang mereka hadapi dalam kerjaya mereka."

"Kita boleh belajar daripada keberanian dan kecekalan pesaing-pesaing global yang datang dari rantau yang kian meningkat naik ini.  Syarikat-syarikat Asia Tenggara ini memberikan pulangan saham yang lebih tinggi berbanding syarikat global yang seangkatan dengan mereka," sambungnya lagi.

Mengenai IMD

IMD adalah sebuah sekolah perniagaan yang terbilang dengan kepakaran membentuk pemimpin dunia melalui pendidikan eksekutif berimpak tinggi.

Mengapa IMD?  Kami memberikan fokus 100% kepada pembangunan eksekutif sebenar; menawarkan kecemerlangan Swiss dengan perspektif global; serta menggunakan pendekatan fleksibel yang disesuaikan dan berkesan.

Kami bekerjasama dengan pelanggan kami – orang perseorangan, pasukan dan organisasi – untuk menyelesaikan isu yang mereka hadapi, membentuk kebolehan dan menyediakan mereka untuk masa depan.  Dilaksanakan dari kampus kami yang terletak di pesisiran Tasik Geneva di Switzerland dan lokasi-lokasi utama di seluruh dunia, program dan perkhidmatan kami menggabungkan pengalaman praktikal, kepimpinan pemikiran dan set minda global.  Sertai kami dalam persekitaran pembelajaran terbuka dan mencetus ilham yang mencabar perspektif, meluaskan saujana pandangan dan menyerlahkan potensi sebenar anda. (www.imd.org)

Pertanyaan Media

Sarah Decorvet                                                                                                                
IMD, Pakar Komunikasi                                                                                   
Tel: +41(0)21-618-03-53                                                                                                  
Sarah.Decorvet@imd.org

Source: IMD
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education