omniture

Kerajaan Berada Pada Landasan yang Betul untuk Menghapuskan Hepatitis Virus Menjelang 2030

World Hepatitis Alliance
2016-05-31 09:00 319

LONDON, 31 Mei 2016 /PRNewswire/ --

194 Negara Ahli memberi komitmen untuk menghapuskan hepatitis virus di Perhimpunan Kesihatan Dunia 

Pada 28 Mei, 194 Negara Ahli membuat komitmen bersejarah untuk menghapuskan hepatitis virus menjelang 2030.  Semasa Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-69, negara-negara ini mengundi sebulat suara untuk menggunakan Strategi Hepatitis Virus Global yang pertama seumpamanya, yang menandakan komitmen terhebat di seluruh dunia dalam menangani hepatitis virus.

Strategi ini menetapkan matlamat menghapuskan hepatitis B dan C menjelang 2030 dan termasuk sasaran pencegahan dan rawatan yang, sekiranya tercapai, bakal mengurangkan kadar kematian sebanyak 65% dan meningkatkan rawatan sebanyak 80%, menyelamatkan 7.1 juta nyawa di seluruh dunia menjelang 2030.

Hepatitis virus membunuh 1.4 juta orang setiap tahun di seluruh dunia – lebih daripada HIV atau malaria, dan merupakan antara penyebab utama sirosis hati dan kanser.  Dengan vaksin dan rawatan yang berkesan bagi Hepatitis B dan penyembuhan bagi Hepatitis C yang kini sudah tersedia, sasaran yang digariskan ini boleh dilaksanakan dan penghapusan hepatitis menjelang 2030 boleh dicapai.

Penggunaan Strategi Hepatitis Virus WHO menandakan langkah pertama dalam menghapuskan hepatitis, satu penyakit yang menjejas 400 juta orang di seluruh dunia.  Kami mengucapkan tahniah kepada negara-negara ini kerana bercita-cita besar."  Raquel Peck, Ketua Pegawai Eksekutif World Hepatitis Alliance berkata.  "Jika kerajaan-kerajaan ini kekal komited, kita bakal menyaksikan salah satu ancaman kesihatan global dihapuskan dalam hayat kita ini."

Walaupun penggunaan strategi ini mencerminkan keazaman politik yang tinggi, lebih banyak usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan penghapusan hepatitis virus ini menjadi satu kenyataan.  Setakat Februari 2016, 36 buah negara sudah mempunyai pelan kebangsaan bagi hepatitis virus dan 33 lagi masih merangka pelan tersebut.  Ini bermaksud 125 Negara Ahli WHO tidak mempunyai strategi kebangsaan untuk menangani pembunuh global ini. Peningkatan sumber dan perubahan keutamaan yang besar merupakan elemen penting dalam usaha ini.

World Hepatitis Alliance (WHA) dan 230 negara ahlinya akan terus berusaha memastikan negara-negara tersebut memenuhi komitmen mereka dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencapai sasaran.  Pada Hari Hepatitis Sedunia (28 Julai 2016), WHA bakal melancarkan NOhep,  satu gerakan global yang bertujuan untuk merangsang sokongan terhadap penghapusan hepatitis virus menjelang 2030.

Nota Editor 

Latar Belakang World Hepatitis Alliance 

World Hepatitis Alliance ialah satu NGO yang dipimpin dan dipacu oleh pesakit,  Dengan lebih 230 ahli, WHA menyediakan kepimpinan global dalam usaha menghapuskan hepatitis.  Mereka bekerja bersama kerajaan-kerajaan dan rakan kongsi utama untuk mengenengahkan suara pesakit, meningkatkan kesedaran dan membantu membangunkan strategi hepatitis.

Hubungan Media
Tara Farrell
Pengurus Komunikasi
Tara.farrell@worldhepatitisalliance.org
+44(0)776162525

Source: World Hepatitis Alliance
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news