omniture

Cloud b Menangi Anugerah T.O.T.Y. untuk Tranquil Turtle

Cloud b
2013-02-20 23:34 236

NEW YORK, 20 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Cloud b, peneraju inovasi dalam perekaan produk dan program yang membantu kanak-kanak tidur, mencipta nama apabila inovasi terbaru mereka untuk rutin sebelum tidur, Tranquil Turtle, telah diiktiraf dengan anugerah Permainan Terbaik Tahunan (Toy of the Year: T.O.T.Y.) dalam kategori bayi dan kanak-kanak. Anugerah telah disampaikan pada hari Sabtu, 9 Februari di Hotel Plaza, New York dalam Majlis Anugerah T.O.T.Y. Tahunan Persatuan Industri Permainan.

"Kami sungguh teruja dengan pengiktirafan yang diterima oleh Tranquil Turtle dengan anugerah ini," kata Linda Suh, Ketua Pegawai Eksekutif Cloud b. "Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak wajar mendapat tidur berkualiti, jadi kami sangat berbangga Tranquil Turtle diiktiraf bagi kebolehannya membantu mereka tidur nyenyak."

Tranquil Turtle merupakan produk Cloud b yang pertama yang menggabungkan ciri-ciri pandang dan dengar dalam satu watak yang lembut dan menenangkan. Turtle yang berinovasi ini dapat menukarkan sebarang bilik menjadi sebuah oasis tepi pantai yang damai. Bersinar dengan warna biru laut dan akuamarin yang menenangkan, cengkerangnya mengeluarkan kesan khas cahaya persis alam dalam laut yang magis, dengan pergerakan ombak yang lembut dan mengalunkan irama mendamaikan dari ombak laut dan melodi dasar lautan. Kesan keseluruhannya memberikan suasana yang aman dan menenangkan, seterusnya membolehkan kanak-kanak tidur nyenyak.

Produk-produk yang dicalonkan merangkumi kesemua aspek industri. Undian TOTY diselia oleh jawatankuasa pencalonan TOTY, yang terdiri daripada peruncit utama, ahli lembaga Persatuan Industri Permainan (TIA), wartawan perniagaan barang permainan dan ahli-ahli akademik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cloud b, sila layari www.cloudb.com.

Mengenai Cloud b:
Ditubuhkan pada 2002, syarikat ini merupakan perintis dalam mencipta produk dan program yang direka bagi membantu kanak-kanak tidur. Produk-produk Cloud b menenangkan dan mendamaikan kanak-kanak, yang seterusnya memberi ketenangan kepada ibu bapa – dan meneguhkan ikatan antara mereka. Syarikat ini telah menjadi satu nama yang dipercayai bagi ibu bapa di seluruh dunia dengan produk-produk yang memenangi anugerah dan dibangunkan dengan konsultasi Lembaga Penasihat pakar kanak-kanak dan pediatrik. Cloud b sangat terkenal dengan produk popular mereka Twilight Turtle™ dan Sleep Sheep™. Untuk maklumat lanjut, sila email info@cloudb.com atau telefon 888-4CLOUDB. Ikuti Cloud b di Facebook www.facebook.com/cloudb dan di Twitter: @cloud_b.

Nota kepada Editor: Imej Tranquil Turtle boleh didapati atas permintaan.

Hubungi:

Pujah Shah / Ellie Bagli


Freeman Public Relations


pshah@freemanpr.com / ebagli@freemanpr.com


+1-973-470-0400

Source: Cloud b
Related Links:
Keywords: Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Awards Children-related news Trade show news