omniture

Handheld Menambah Ciri-ciri eTiket untuk Tablet Tahan Lasak Android ALGIZ RT7 yang Versatil

Handheld Group
2016-06-01 14:30 404

LIDKOPING, Sweden, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Handheld Group,  pengeluar utama bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini memperkenalkan eTiket Algiz RT7, versi baharu untuk tablet Android Algiz RT7nya yang terkenal, dengan penambahan ciri-ciri pembaca RFID khas agar membolehkan pekerja transit menggunakannya bagi mengendalikan tugasan tiket mudah alih.

eTiket Algiz RT7 menawarkan kombinasi optimum yang terdiri daripada fungsi tercanggih, kelajuan transaksi sepantas kilat, ringan, andal dan tahan lasak untuk keadaan transit yang mudah alih. Pautan elektronik tanpa sentuh antara kad dan pembaca menyediakan antara muka yang pantas bagi mengendalikan banyak transaksi.

Pembaca kad pintar Arcontia yang disepadukan menjadikan eTiket Algiz RT7 ini instrumen yang pantas dan andal bagi kutipan bayaran tanpa sentuh. Pembaca yang hebat ini, serasi dengan seluruh rangkaian MIFARE menyokong tag/kad ISO/IEC dan ISO14443 jenis A/B RFID, selain mempunyai dua Modul Akses Selamat (SAM) yang disepadukan bagi menjamin transaksi yang selamat.

Produk terkini ini meneruskan komitmen Handheld Group dalam memperbaharui kutipan bayaran secara mudah alih. Bermula dengan siri eTiket M3 dan eTiket Nautiz, syarikat tersebut membangunkan peranti dengan ciri-ciri yang semakin beraneka dan hebat yang mengekalkan keandalan fungsi tahan lasak Handheld.

"Kebanyakan agensi transit di seluruh dunia mengguna pakai peranti kami," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld. "Mereka memperoleh pulangan pelaburan yang pantas, kerana penggunaan peranti mudah alih yang pintar ini dapat melancarkan proses yang biasanya perlahan dan melibatkan tenaga buruh yang ramai. Pelanggan melaporkan mereka dapat menyiapkan lebih banyak tugasan, tidak ramai penunggang yang mengelakkan diri daripada sistem tiket ini dan turut menyaksikan peningkatan pendapatan berasaskan yuran sebanyak hampir 20 peratus."

Selain fungsi pembaca RFID yang canggih, eTiket Algiz RT7 turut menawarkan pelbagai fungsi lain. Pensijilan GMS Google memberi akses kepada Google Play Store dan juga Google Maps. Skrin sentuhnya yang kapasitif didatangkan dengan ciri-ciri berbilang sentuhan, keupayaan membaca di bawah cahaya matahari dan kaca yang diperkukuh secara kimia. eTiket Algiz RT7 turut menyediakan kamera 8 megapiksel dan pelbagai pilihan ketersambungan. eTiket ini juga turut menyediakan dua slot kad SIM, penerima GPS yang disepadukan dan pengimej kod bar 2-D yang istimewa.

eTiket Algiz RT7 menggabungkan ciri-ciri kehebatan, ergonomik dan tahan lasak, berserta pemproses kuad-teras Qualcomm serta rekaan yang mudah dipegang hanya seberat 660 gram. Penarafan IP65 menandakan eTiket ini kalis air dan dilindungi sepenuhnya daripada pasir dan debu. eTiket ini juga memenuhi piawaian MIL-STD-810G yang ketat terhadap suhu melampau, jatuhan dan gegaran.

Handheld bakal mengadakan Webinar untuk bakal pengguna bagi membolehkan mereka mengetahui lebih lanjut tentang eTiket Algiz RT7. Layari http://www.handheldgroup.com/Webinar-eTicketing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

eTiket Algiz RT7 kini boleh ditempah.

Pautan bermanfaat 

Spesifikasi eTiket ALGIZ RT7

Gambar media

Handheld Group

Rangkaian produk Handheld

Apa itu tahan lasak?

'Tweet' berita ini:   

Handheld menyediakan fungsi eTiket untuk tablet Tahan Lasak Android Algiz RT7nya yang versatil http://www.handheldgroup.com/rt7-eticket

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti yang lengkap untuk industri-industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group di Sweden memiliki pejabat tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Sila layari http://www.handheldgroup.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160523/371000

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services