omniture

KuangChi Science Mengumumkan Pembukaan Ibu Pejabat Inovasi di Singapura

Pembukaan Ibu Pejabat Inovasi di Singapura bagi Mengekalkan Kemajuan Menuju Bandar Masa Depan
KuangChi Science
2016-06-01 14:36 391

SINGAPURA, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- KuangChi Science Ltd., sebuah anak syarikat Kuang-Chi GCI, mengumumkan ia telah menubuhkan Ibu Pejabat Inovasi ASEAN di Singapura sempena Pameran & Persidangan Teknologi Komunikasi dan Maklumat pada 31 Mei, sebagai tapak untuk melaksanakan usaha perluasan ke seluruh Asia, khususnya di negara-negara ASEAN.

Ibu pejabat yang baru ditubuhkan di Singapura itu ialah sebuah hab kreatif bagi tujuan untuk terus memajukan proses pembangunan strategi Bandar Masa Depan syarikat itu. KuangChi Science turut memeterai perjanjian untuk menjalin kerjasama dengan HyalRoute Communications Group, yang telahpun menerima pelaburan yang berjumlah lebih USD600 juta daripada Kuang-Chi GCI.

Kuang-Chi GCI merujuk kepada Komuniti Inovasi Global yang dicetuskan oleh Kuang-Chi Group, yang menghimpunkan para penginovasi dari seluruh dunia dan merealisasikan fiksyen sains dan impian bagi membawakan masa depan kepada dunia.

Diasaskan pada tahun 2010 oleh lima orang saintis Cina yang terkemuka selepas menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di universiti-universiti terbaik, Kuang-Chi GCI ialah sebuah syarikat inovasi global yang berpangkalan di Shenzhen, China yang berjaya mencipta kemajuan dalam bidang meta bahan, fotonik, teknologi satelit, penerbangan dan robotik sejak lima tahun lalu.

Bertindak melalui syarikat-syarikat awam, syarikat-syarikat pegangan swasta dan institusi-institusi penyelidikan, nilai syarikat ini adalah melebihi USD10 bilion. Syarikat ini juga telah melabur dalam syarikat-syarikat termasuk Solar Ship Inc., Martin Aircraft Company, perintis biometrik Zwipe, dan juga kumpulan komunikasi HyalRoute.

Singapura ialah sebuah hab kewangan dan perdagangan antarabangsa yang penting dan diiktiraf sebagai negara yang paling dilengkapi teknologi di dunia oleh Forum Ekonomi Dunia. Menurut Dr. Zhang Yangyang, CEO Bersama KuangChi Science, "Singapura menyediakan lokasi inovasi yang ideal dan dengan menubuhkan ibu pejabat inovasi di Singapura, KuangChi Science merancang untuk terus berkolaborasi dengan syarikat-syarikat serta institusi-institusi Singapura bagi menjalankan penyelidikan dan juga pembangunan."

Selain mengumumkan Ibu Pejabat Inovasi itu, KuangChi Science turut mengumumkan tentang objektif bandar pintarnya, iaitu Strategi Bandar Masa Depan. Matlamat membangunkan bandar pintar adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk bandar menerusi teknologi dengan menambah baik kualiti kecekapan perkhidmatan dan juga bagi memenuhi keperluan para penduduk.

Strategi ini dipengaruhi oleh inisiatif 'Negara Pintar' Singapura yang dilancarkan pada tahun 2014 bagi tujuan mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk semua, menerusi penyelesaian berteknologi, memanfaatkan ICT, rangkaian komunikasi dan juga data besar.

Teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan kerajaan tempatan berinteraksi secara langsung dengan masyarakat dan infrastruktur bandar bagi memantau segala yang berlaku di dalam bandar dan sejauh mana ia berkembang, seraya mewujudkan kualiti kehidupan yang lebih baik buat seluruh rakyat.

KuangChi Science telah membuat pelaburan dalam sekuriti, pemindahan data dan teknologi liputan tanpa wayar bagi membantu mewujudkan bandar yang lebih pintar dan lebih baik, mengoptimumkan perkhidmatan utama dengan berkesan bagi meningkatkan kualiti kehidupan bandar di seluruh dunia. HyalRoute merupakan salah satu pelaburan penting yang dibuat oleh syarikat bagi mencapai objektif ini.

HyalRoute, kini menjadi sebahagian daripada portfolio syarikat-syarikat inovasi teknologi Kuang-Chi GCI, merupakan salah satu pembangun infrastruktur rangkaian dan pengendali telekomunikasi rentas negara paling maju dalam pasaran Asia Pasifik. Syarikat ini membangunkan dan mengaplikasi rangkaian gentian optik antarabangsa yang mencakupi lebih 1 juta kilometer panjang dan menghubungkan 50 buah negara.

 "Teknologi HyalRoute ialah sebahagian daripada Strategi Masa Depan KuangChi Science yang memanfaatkan teknologi KuangChi Science dalam Awan, Pensolaran, Pengembara dan banyak lagi," kata Guo Jie, Ketua Pegawai Eksekutif Ibu Pejabat Inovasi Singapura. Produk-produk KuangChi Science telah menyediakan asas untuk Bandar Masa Depan itu dan rangkaian komunikasi HyalRoute akan membantu usaha mewujudkan bandar pintar ini menjadi lebih sempurna.

Awal bulan ini, Kuang-Chi GCI melancarkan dana inovasi antarabangsa yang berpusat di Israel bagi melabur dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia. Dana yang baru ditubuhkan itu membuat pelaburan awal bernilai $50 juta, dengan rancangan untuk ditingkatkan kepada $300 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Hubungi:
Kirk Lan
+86-181-2625-4673
xiaokelan@kuang-chi.com 

Source: KuangChi Science
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion