omniture

KBZ Gateway Perkenal Stesen Bumi Komunikasi Satelit Baharu di Myanmar Dikuasakan oleh Sistem JUPITER™ Hughes

Hughes Network Systems, LLC
2016-06-01 18:36 354

Hab dan terminal Sistem JUPITER merupakan asas perkhidmatan VSAT terpantas negara

GERMANTOWN, Maryland, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pengendali perkhidmatan VSAT Myanmar, KBZ Gateway Co. Ltd. hari ini memperkenalkan stesen bumi baharu yang dikuasakan oleh Sistem JUPITER™ daripada Hughes Network Systems, LLC (Hughes), yang menyokong perkhidmatan data berprestasi tinggi untuk perniagaan dan pengguna di seluruh negara.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110112/NE29456LOGO

Pranav Roach, presiden Hughes India, berserta Duta A.S. Scot Marciel, Ketua Pegawai Eksekutif KBZ Gateway En. Stephane Lamoureux, dan sekumpulan tetamu VIP menghadiri majlis perasmian stesen bumi tersebut yang terletak di Bago dan beroperasi mulai 24 Mei 2016. Stesen bumi tersebut merangkumi dua rangkaian satelit yang akan menghubungkan semua lokasi syarikat KBZ Group di seluruh negara. KBZ Gateway juga turut menawarkan jalur lebar satelit kepada pelanggan perusahaan, pengguna dan pembekal selular untuk kapasiti angkut balik. Syarikat menjangkakan ia bakal menghubungkan lebih 6,000 lokasi dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Pelaksanaan JUPITER kami ialah langkah kemajuan penting dalam membangunkan infrastruktur rangkaian bagi menyokong pertumbuhan ekonomi secara berterusan," kata Stephane Lamoureux, Ketua Pegawai Eksekutif KBZ Gateway. "Hughes merupakan rakan kerjasama utama sepanjang proses tersebut, bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan nasihat serta teknologi yang hebat."

Pada Ogos 2015, KBZ Group mengumumkan ia memilih sistem JUPITER bagi menyediakan perkhidmatan Internet satelit jalur-Ku dan -C. KBZ Gateway akan membangunkan dan mengendalikan dua rangkaian: satu untuk perkhidmatan jalur-C dan satu lagi untuk perkhidmatan jalur-Ku.

"Hughes berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha KBZ Gateway untuk melanjutkan fungsi ketersambungan rangkaian yang berprestasi tinggi buat para pelanggan perniagaan dan pengguna," kata Ramesh Ramaswamy, naib presiden kanan Antarabangsa, Hughes. "Dengan memilih Sistem JUPITER, KBZ Gateway dapat memenuhi keperluan jangka pendek dan menyediakan asas penting untuk tujuan perluasan pada masa depan. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada usaha pertumbuhan Myanmar dalam jalur lebar satelit dan pembangunan ekonomi yang akan turut diusahakan."

Sistem JUPITER Hughes ialah salah satu daripada platform Internet satelit yang paling hebat dan digunakan secara meluas di dunia. Ia merangkumi seni bina gerbang laluan yang fleksibel dan mantap berserta operasi menerusi kawalan jauh, antara muka udara IPoS yang dipertingkat bagi menjamin kecekapan dan prestasi jalur lebar serta terminal dengan daya pemprosesan yang tinggi. JUPITER membolehkan operator mencapai kapasiti dan kecekapan tertinggi untuk mana-mana operasi pelaksanaan jalur lebar satelit. Teknologi asasnya ialah Sistem melalui Cip (SoC) JUPITER yang hebat, pemproses VLSI (Integrasi Berskala Amat Tinggi) yang direka khas, yang menggunakan seni bina berbilang teras serta menyediakan daya pemprosesan 100 Mbps pada setiap terminal dalam sistem JUPITER.

Latar Belakang KBZ Gateway Company Ltd.
Sebahagian daripada kumpulan KBZ Group of Companies yang lebih besar, KBZ Gateway Company Limited dibangunkan untuk terus memperluas keupayaan Syarikat menerusi teknologi dan memaksimumkan kebolehannya untuk menyumbang kepada industri dan negara. Ekosistem rakan kerjasamanya menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh termasuk fungsi ketersambungan antarabangsa dan nasional, disokong oleh keupayaan VSAT generasi seterusnya, antena atap mudah alih, dan pembawa POP neutral, selain pelbagai perkhidmatan profesional seperti rakan Oracle Gold. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kbzgateway.com.   

Latar Belakang KBZ Group of Companies
Kanbawza (KBZ) Group of Companies ditubuhkan oleh Aung Ko Win pada tahun 1994 dan kini menggajikan lebih 80,000 kakitangan. Prinsip asas syarikat ini ialah memajukan negara Myanmar dan rakyatnya. Syarikat ini mempunyai beberapa buah anak syarikat dalam bidang pertanian, perbankan, penerbangan, hotel dan pelancongan, insurans, pembuatan serta perlombongan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kbzgroup.com.mm/.

Latar Belakang Hughes Network Systems
Hughes Network Systems, LLC (Hughes) ialah peneraju global jalur lebar satelit untuk kediaman dan pejabat, menyediakan penyelesaian yang inovatif dan himpunan perkhidmatan terurus HughesONyang komprehensif untuk syarikat dan kerajaan di seluruh dunia. HughesNet® ialah perkhidmatan Internet satelit berkelajuan tinggi #1 dalam pasaran, dengan tawaran yang sesuai bagi setiap peruntukan. Sehingga kini, Hughes telah menghantar lebih 5 juta sistem kepada pelanggan di lebih 100 buah negara, yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada bahagian pasaran. Produk-produk yang ditawarkan menyediakan piawaian global yang diluluskan oleh organisasi TIA, ETSI dan ITU, termasuk IPoS/DVB-S2, RSM-A, serta GMR-1.

Beribu pejabat di luar Washington, D.C., di Germantown, Maryland, AS, Hughes mengendalikan pejabat jualan dan sokongan di seluruh dunia dan merupakan sebuah anak syarikat milik penuh EchoStar Corporation (NASDAQ: SATS), penyedia penyelesaian operasi satelit dan TV digital global yang utama. Bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang Hughes, sila layari www.hughes.com.

Latar Belakang EchoStar
EchoStar Corporation (NASDAQ: SATS) ialah penyedia penyelesaian penghantaran satelit dan video global yang utama. Beribu pejabat di Englewood, Colo., dan menjalankan perniagaan di seluruh dunia, EchoStar ialah perintis bagi teknologi komunikasi yang selamat menerusi segmen perniagaan EchoStar Satellite Services, EchoStar Technologies Corporation dan Hughes Network Systems. Untuk maklumat lanjut, sila layari echostar.com. Ikuti @EchoStar melalui Twitter.

©2016 Hughes Network Systems, LLC, sebuah syarikat EchoStar. Hughes dan HughesNet ialah tanda dagang berdaftar manakala HughesON ialah tanda dagang Hughes Network Systems, LLC.

Source: Hughes Network Systems, LLC
Related Stocks:
NASDAQ:SATS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts Corporate Expansion