omniture

Data Baharu bagi Terapi Stretta untuk GERD Menunjukkan Tahap Keberkesanan Selama 10 Tahun Bagi Populasi Pesakit yang Mencabar

Mederi Therapeutics Inc.
2016-06-01 19:11 544

Data baharu dan terapi Stretta generasi baharu diperkenalkan sempena DDW2016

NORWALK, Connecticut, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Mederi Therapeutics Inc., pengeluar Terapi Stretta untuk penyakit refluks gastroesofagus (GERD), mengumumkan pembentangan data baharu yang dibuat sempena Digestive Disease Week® (DDW) 2016 pada minggu lalu di San Diego. Data baharu yang dikumpul selama 10 tahun menunjukkan tahap kecekapan terapi Stretta bagi tiga kategori khusus pesakit GERD bukan klasik: pesakit yang tinggi BMI, pesakit yang mengalami simptom GERD dan pesakit yang mengalami GERD berulang setelah menjalani pembedahan antirefluks. Aktiviti-aktiviti DDW turut melibatkan pelancaran sistem RFT3 Stretta baharu dan empat pembentangan oleh pakar perubatan Stretta antarabangsa.

Data 10 Tahun
Data tersebut, yang dibentangkan oleh Dr. Mark Noar (Pusat Kajian Pedih Ulu Hati dan Refluks, Towson, MD) mengkaji subset pesakit GERD yang mencabar yang terlibat dalam penerbitan kajian selama 10 tahun ini, dan menunjukkan setiap populasi pesakit ini mencapai objektif utama iaitu kelegaan simptom dalam tempoh jangka panjang, pengurangan penggunaan ubat-ubatan dan kepuasan pesakit.

  • Stretta berkesan bagi rawatan GERD refraktori secara perubatan, tanpa BMI. Seramai 73 pesakit yang terdiri daripada tiga subpopulasi BMI (Normal, Berat Badan Berlebihan dan Obes) telah dikaji. Apabila kajian susulan dibuat sepanjang 10 tahun, tanpa mengambil kira BMI, kesemua parameter menunjukkan perubahan yang signifikan secara statistik.
  • Stretta berkesan untuk refluks laringofarinks (LPR). Seramai 99 pesakit LPR refraktori dan bukan LPR dikaji. Apabila kajian susulan dibuat sepanjang 10 tahun, kesemua parameter menunjukkan perubahan yang signifikan secara statistik bagi seluruh kohort responden.
  • Bagi pesakit GERD refraktori selepas menjalani fundoplikasi Nissen laparoskopi (LNF), Stretta menunjukkan perubahan yang berkekalan dengan hasil yang hampir serupa dan lebih baik berbanding kohort bukan LNF. Seramai 18 pesakit LNF refraktori (RLNF+S) dan 81 GERD refraktori standard dikaji. Apabila kajian susulan dibuat sepanjang 10 tahun, kedua-dua subset pesakit menunjukkan perubahan yang signifikan secara statistik dari segi hasil utama.

Kira-kira 30% daripada golongan dewasa menderitai GERD kronik. Kebanyakan pesakit ini tidak berpuas hati dengan penggunaan perencat pam proton (PPI) atau bimbang terhadap risiko yang dikaitkan dengan penggunaan PPI yang berpanjangan. Kebanyakan pesakit ingin mengelakkan prosedur pembedahan yang invasif. Stretta menyediakan pilihan pertengahan bukan pembedahan untuk golongan pesakit ini.

Memperkenalkan – Stretta RFT3 – Pembangunan-SEMULA
Sempena DDW, Mederi memperkenalkan peningkatan baharu dari segi nilai estetik, fungsi dan bahan untuk terus melancarkan kemudahan penggunaan serta pengoptimuman penyediaan terapi Stretta yang terbukti secara klinikal. Peningkatan ini termasuk skim warna produk GI yang biasa, tanda ukuran tambahan pada kateter Stretta, panduan prosedur yang lebih jelas dan perubahan pada perisian bagi meningkatkan fungsi pengautomasian rawatan.

Pembentangan Pakar Perubatan
Pakar-pakar antarabangsa Stretta membentangkan maklumat terkini tentang data terapi Stretta, selain turut berkongsi pengalaman mereka. Para penceramah terdiri daripada Dr. Alvaro Reymunde dari Ponce, Puerto Rico; Dr. Hwoon-Yong Jung dari Seoul, Korea Selatan; Dr. Luca Dughera dari Torino Itali dan Dr. José de Jesús Herrera dari Bandar Raya Mexico, Mexico. Dr. Dughera turut mengkaji semula data selama 8 tahun dan membentangkan kajian susulan 10 tahun yang belum selesai. "Sebahagian besar pesakit saya tidak lagi mengalami simptom tersebut setelah 10 tahun, skor HRQL GERD berjaya dikekalkan, dan 71% pesakit masih tidak mengambil sebarang ubat-ubatan," kata Dughera. Beliau turut membincangkan pengalaman beliau sepanjang menggunakan sistem Stretta Mederi. "Saya merupakan salah seorang pengguna terawal dan telah melihat perubahan Stretta yang menjadi sistem yang amat mesra pengguna. Kini, kami menganalisis data daripada 200 pesakit yang menerima rawatan Stretta Mederi sejak tahun 2011. Keputusan yang diperoleh adalah jauh lebih baik berbanding data jangka panjang saya yang telah diterbitkan," tambah beliau.

 "Mederi komited dalam menghasilkan teknologi yang dapat meningkatkan kualiti penjagaan penyakit GERD," ulas Bob Knarr, Ketua Pegawai Eksekutif Mederi. "Ketika kami berusaha untuk menambah baik terapi Stretta, data baharu terus mengesahkan prosedur yang terbukti ini dan menunjukkan kelebihan ekonomi. Kelebihan dari aspek sains dan ekonomi bagi terapi Stretta menunjukkan faedah yang berterusan serta berkekalan, dan kami berharap dapat menyediakan terapi Stretta kepada lebih ramai pesakit yang mengalami GERD di seluruh dunia."

Latar Belakang Mederi Therapeutics Inc. dan Terapi Stretta
Mederi mengeluarkan peralatan inovatif yang menggunakan tenaga frekuensi radio tidak ablatif (NARF) bagi merawat gangguan pencernaan. Terapi Stretta daripada Mederi terbukti selamat dan berkesan dalam merawat penyakit GERD menerusi lebih 40 kajian yang dijalankan. Lebih 20,000 prosedur Stretta dijalankan di seluruh dunia dan ia boleh didapati di lebih 40 buah negara.

Maklumat Perhubungan Media
Mike Elofer
mike@pascalecommunications.com
(484) 620-6167

Source: Mederi Therapeutics Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news