omniture

Tanpa Negara: Seni Kontemporari untuk Asia Selatan dan Tenggara Dibuka di Muzium Guggenheim pada 22 Februari

Solomon R. Guggenheim Museum
2013-02-21 22:30 582

-- Pameran Inisiatif Seni Global UBS MAP Guggenheim Yang Julung Kalinya Diadakan Di New York Mempamerkan Hasil Karya Artis-Artis Dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Filipina , Singapore, Thailand Dan Vietnam

NEW YORK, 21 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Mulai 22 Februari hingga 22 Mei 2013, Muzium Guggenheim Di New York mempersembahkan Tanpa Negara: Seni Kontemporari untuk Asia Selatan dan Tenggara (No Country: Contemporary Art for South and Southeast Asia), sebuah pameran yang julung kali diadakan sebagai sebahagian daripada Inisiatif Seni Global UBS MAP Guggenheim, yang menampilkan hasil karya 22 artis dan kolektif yang mewakili suara seni yang paling berpengaruh dan inovatif di Asia Selatan dan Tenggara pada hari ini. Menumpukan kepada spektrum amalan kreatif di rantau ini yang mengalami anjakan, pameran di New York itu  mempamerkan catan, arca, fotografi, video, arca pemasangan, dan hasil seni atas kertas, yang kebanyakannya akan dipamerkan buat kali pertama di Amerika Syarikat. Semua hasil karya tersebut telah diperolehi melalui peruntukan Dana Pembelian UBS MAP Guggenheim. Menyusuli pameran di New York, Tanpa Negara akan merantau ke Pusat Persatuan Asia Hong Kong pada Oktober 2013 hingga Februari 2014. Pameran ini juga dijangka akan dibawa ke Singapura.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130221/DC60944 )

Tanpa Negara: Seni Kontemporari untuk Asia Selatan dan Tenggara dikendalikan oleh June Yap, Kurator UBS MAP Guggenheim bagi Asia Selatan dan Tenggara, yang telah dijemput oleh Muzium Guggenheim untuk menjalani latihan selama dua tahun di New York bagi mengatur pameran itu. Beliau mendapat bantuan daripada Helen Hsu, Penolong Kurator Muzium Guggenheim, dan panduan daripada Kurator Kanan Samsung Muzium Guggenheim bagi Seni Asia, Alexandra Munroe. Nancy Spector, Timbalan Pengarah, serta Jennifer dan David Stockman sebagai Ketua Kurator Yayasan Guggenheim, New York, dan Joan Young, Pengarah Hal-Ehwal Kurator Muzium Guggenheim, memberikan penyeliaan kurator bagi inisiatif berbilang tahun tersebut.

Tinjauan Pameran
Pameran ini memperkembangkan dialog global Guggenheim dan melonjakkan pemerolehan hasil seni daripada komuniti-komuniti dinamik tersebut. Tajuk pameran itu, No Country (Tanpa Negara), diambil sempena baris pembukaan sajak W.B. Yeats "Sailing to Byzantium" (1928) yang kemudiannya digunakan oleh Cormac McCarthy untuk novel beliau No Country for Old Men (2005), dan membangkitan idea budaya tanpa sempadan. Pameran ini menyelami kepelbagaian amalan seni kontemporari di Asia Selatan dan Tenggara melalui hasil karya yang merentasi beberapa generasi artis, dalam konteks sempadan rantau ini yang telah acapkali mengalami perubahan.

Kurator Yap menyatakan: "Tanpa Negara membawa gambaran baru terhadap rangkaian perhubungan –" antara tempat, manusia, tradisi, idea dan bahasa – yang mendefinisikan kumpulan negara-negara yang berhubungkait dan pelbagai ini. Ia mengusulkan sebuah pemahaman amalan kebudayaan yang merentasi sempadan fizikal dan politik, mendedahkan corak pengaruh yang kompleks. Diiringi oleh program-program untuk mendapatkan penglibatan audiens tempatan dan antarabangsa yang berbeza, Tanpa Negara bukan sekadar sebuah pameran; ia juga merupakan platform pertukaran idea dan perbincangan, serta menghapuskan halangan kepada persefahaman bersama."

Artis-artis
Artis-artis yang menyertai pameran ini adalah: Amar Kanwar (dilahirkan 1964, New Delhi, India), Araya Rasdjarmrearnsook (dilahirkan 1957, Trad, Thailand), Arin Dwihartanto Sunaryo (dilahirkan 1978, Bandung, Indonesia), Aung Myint (dilahirkan 1946, Yangon, Myanmar), Bani Abidi (dilahirkan 1971, Karachi, Pakistan), Ho Tzu Nyen (dilahirkan 1976, Singapore), Khadim Ali (dilahirkan 1978, Quetta, Pakistan), Navin Rawanchaikul (dilahirkan 1971, Chiang Mai, Thailand), Norberto Roldan (dilahirkan 1953, Roxas City, Philippines), Poklong Anading (dilahirkan 1975, Manila, Philippines), Reza Afisina (dilahirkan 1977, Bandung, Indonesia), Shilpa Gupta (dilahirkan 1976, Mumbai, India), Tang Da Wu (dilahirkan 1943, Singapore), Tayeba Begum Lipi (dilahirkan 1969, Gaibandha, Bangladesh), The Otolith Group (est. 2002, London, United Kingdom), The Propeller Group (est. 2006, Ho Chi Minh City, Vietnam, and Los Angeles, California), Tran Luong (dilahirkan 1960, Hanoi, Vietnam), Truong Tan (dilahirkan 1963, Hanoi, Vietnam), Tuan Andrew Nguyen (dilahirkan 1976, Saigon, Vietnam), Vincent Leong (dilahirkan 1979, Kuala Lumpur, Malaysia), Tun Win Aung (dilahirkan 1975, Yalutt, Myanmar), Wah Nu (dilahirkan 1977, Yangon, Myanmar), dan Wong Hoy Cheong (dilahirkan 1960, George Town, Malaysia).

Tambahan Koleksi Tetap Dana Pembelian UBS MAP Guggenheim
Sebagai tambahan kepada hasil seni yang dipamerkan di New York dan jelajah pameran tersebut, Muzium Guggenheim masih lagi dalam proses memperolehi karya-karya Kamin Lertchaiprasert (dilahirkan 1964, Lop Buri, Thailand), Simryn Gill (dilahirkan 1959, Singapore), Sopheap Pich (dilahirkan 1971, Battambang, Cambodia), dan Vandy Rattana (dilahirkan 1980, Phnom Penh, Cambodia), yang akan menjadi sebahagian koleksi Muzium Guggenheim melalui Dana Pembelian UBS MAP Guggenheim.

Memperkembangkan Dialog, Di Alam Nyata dan Maya
Sebagai sebahagian misinya untuk menggalakkan dialog antara budaya tentang amalan seni dan budaya kontemporari, Muzium Guggenheim mempersembahkan siri perbincangan dan komentar yang meluas, boleh dicapai di lokasi-lokasi yang mengambil bahagian di Asia Selatan dan Tenggara dan juga kotaraya New York, dan dalam talian di laman web Inisiatif itu. Platform atas talian itu mengandungi teks bertulis, audio dan video oleh kurator, sejarawan seni, para artis, dan pakar-pakar serantau. Anda boleh melayari tayangan filem, bicara artis, bengkel keluarga dan pelbagai lagi dalam brosur pendidikan MAP. Layari guggenheim.org/MAP.

Tentang Inisiatif Seni Global UBS MAP Guggenheim
Tanpa Negara: Seni Kontemporari untuk Asia Selatan dan Tenggara menandakan permulaan komponen pameran Inisiatif Seni Global UBS MAP Guggenheim: sebuah kolaborasi berbilang tahun yang meneroka seni kontemporari dan aktiviti seni di Asia Selatan dan Tenggara, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara. UBS MAP Guggenheim mencakupi latihan kurator, pameran jelajah antarabangsa, program pendidikan berpandukan audiens dan perolehan untuk koleksi tetap Muzium Guggenheim. Inisiatif ini berhasrat untuk merangsang dialog dan interaksi kreatif di peringkat serantau dan global, di muzium dan di kalangan artis, cendekiawan, pelawat muzium, dan komuniti dalam talian.

Laman web: guggenheim.org/MAP

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Inisiatif Seni Global UBS MAP Guggenheim, sila ikuti #GuggUBSMAP di Twitter. Untuk mendapatkan kenyataan akhbar, lawati guggenheim.org/pressreleases.

Source: Solomon R. Guggenheim Museum
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art New products/services