--Melantik bekas eksekutif Yahoo, Nokia dan MIH sebagai Naib Presiden – Amerika Utara
MUMBAI, India, 21 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Vserv.mobi, peneraju Jaringan Pengiklanan Mudah Alih Global untuk pembangun aplikasi, penerbit, pengiklan dan pembekal khidmat telekomunikasi, hari ini mengumumkan pelantikan Lance Johnson sebagai Naib President Pembangunan Perniagaan, bagi Amerika Utara. Pelantikan ini berlaku ketika syarikat tersebut bercadang menambah lebih 100 lagi pekerja di seluruh dunia pada tahun ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )
Mengulas lebih lanjut tentang pengumuman itu, Dippak Khurana, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Vserv.mobi berkata, "Aplikasi dan permainan keluaran pembangun dari Amerika Syarikat semakin banyak dimuat turun oleh pengguna di pasaran baru. Dengan adanya Lance mengemudi syarikat , pembangun di Amerika Utara akan dapat memanfaatkan jaringan Vserv yang luas di pasaran-pasaran baru untuk mengaut keuntungan daripada pengguna aplikasi di pasaran tersebut dengan efektif. Kami teruja dan mengalu-alukan kehadiran veteran dalam industri mudah alih seperti Lance dalam syarikat kami pada peringkat terpenting ini dan berharap beliau akan beroleh kejayaan dan kepuasan dalam tugas barunya."
Lance mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Latin dalam Ekosistem Mudah Alih dan akan mengukuhkan kehadiran Vserv di Lembah Silikon. Beliau akan menumpukan perhatian terhadap membentuk dan mengukuhkan perkongsian strategik dengan Pembangun, Penerbit dan Pengiklan di seluruh Amerika Utara. Beliau memulakan kariernya di Yahoo di mana beliau memegang beberapa jawatan senior di Munich dan London. Beliau kemudiannya mengetuai perniagaan pengiklanan Nokia di peringkat antarabangsa dan tugasan terakhirnya adalah dalam kumpulan MIH di mana beliau telah menumpukan kepada aktiviti kumpulan pemasaran dan pengiklanan dan membina hubungan portfolio-syarikat di Amerika Syarikat. Perniagaan MIH menerajui pasarannya, termasuk Tencent di China.
Bercakap mengenai pelantikannya, Lance Johnson, Naib Presiden – Pembangunan Perniagaan Amerika Utara untuk Vserv.mobi berkata, "Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Vserv.mobi, pada peringkat di mana syarikat ini sedang berkembang pesat dan meluaskan kehadiran di peringkat global. Saya berharap agar dapat bekerja bersama penggerak-penggerak penting ekosistem mudah alih di Amerika Utara untuk meluaskan capaian mereka selain membantu mereka mempergunakan sebaiknya peluang yang terdapat di pasaran-pasaran baru."
Ditubuhkan pada 2010, Vserv.mobi merupakan satu Jaringan Pengiklanan Mudah Alih yang telah terulung, setelah memenangi anugerah "Syarikat Media Terbaik Tahunan" di MMA Smarties 2012 dan tersenarai dalam senarai 100 Anugerah Terunggul Red Herring. Syarikat ini menyediakan peluang menarik bagi pengiklan jenama, penerbit premium, pembangun aplikasi dan pembekal khidmat telekomunikasi dengan dua platform revolusionarinya, AppWrapper dan AudiencePro
Hubungi:
Binay Tiwari
+91-22-29275128
press@vserv.mobi