omniture

Pasaran Besar Bagi Perniagaan Fotovolta Asia, "EXPO Solar 2016," Bakal Diadakan di Korea

- Peserta 'EXPO Solar 2016' berpeluang untuk mengambil bahagian dalam 'Festival Kehidupan Berkuasa Suria Seoul 2016' yang dibuka untuk 10 juta warga Seoul.
EXPO Solar 2016 Exhibition Bureau
2016-06-02 13:18 399

SEOUL, Korea Selatan, 2 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pada separuh kedua tahun 2016, EXPO Solar 2016 (www.exposolar.org), yang merupakan ekspo PV dan platform perniagaan terbesar di Asia, bakal diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX), Korea selama 3 hari bermula pada 7 hingga 9 September 2016.

'EXPO Solar 2016,' yang meraikan ulang tahun ke-8 pada tahun ini, merupakan ekspo PV terbesar di Asia yang diadakan pada separuh kedua tahun ini. Lebih 20,000 pembeli dan pengunjung dari China, Jepun, AS, Eropah dan Timur Tengah menghadiri ekspo tersebut setiap tahun. Ekspo ini berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pameran perniagaan PV terbaik di Asia.

EXPO Solar 2016, yang merangkumkan lebih 300,000 bakal pembeli dari dalam dan luar negara, kini menarik perhatian orang ramai dengan membuat persediaan program jemputan dan penginapan untuk pembeli luar negara tahun ini bagi menyediakan keselesaan terbaik dan mewujudkan peluang untuk membina hubungan yang kukuh demi perniagaan PV global.

Selain itu, pihak penganjur ekspo itu juga turut menyediakan 'Big Event' (Acara Besar) untuk peserta EXPO Solar 2016. Peserta EXPO berpeluang untuk mengambil bahagian dalam 'Festival Kehidupan Berkuasa Suria Seoul 2016' yang akan diadakan di luar kawasan pameran iaitu di Seoul Plaza bermula pada 1 hingga 3 September agar 10 juta warga Seoul dapat mengunjungi festival tersebut. Harapan orang ramai kini semakin tinggi.

Sementara itu, semua syarikat fotovolta dari seluruh dunia turut serta dalam EXPO Solar/PV Korea pada setiap tahun, yang dianggap sebagai gerbang masuk pertama ke pasaran Asia. Memandangkan pelbagai peserta korporat akan memperkenalkan teknologi dan penyelesaian mereka yang bertaraf dunia, para pengunjung berpeluang mengalami pelbagai acara berbeza di pameran itu, khusus dalam bidang fotovolta.

Di samping itu, 'Forum Dunia PV', satu persidangan fotovolta akan diadakan serentak dengan ekspo tersebut, yang bakal menyediakan ceramah yang hebat tentang pengurusan loji kuasa suria, termasuk reka bentuk dan pelaksanaan loji kuasa suria yang berkesan, selain sesi teknikal yang akan memberikan maklumat untuk perniagaan yang strategik dalam industri fotovolta, membolehkan peserta ekspo menyemak trend pasaran PV global pada tahun 2017 lebih awal berbanding pihak lain.

Untuk maklumat lanjut tentang EXPO Solar 2016, sila layari www.exposolar.org

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160531/373998LOGO

Source: EXPO Solar 2016 Exhibition Bureau
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Trade show news