OTTAWA, Ontario, 2 Jun 2016 /PRNewswire/ -- TechInsights dan Chipworks mengumumkan gabungan perniagaan antara kedua-dua syarikat menjadikan mereka peneraju global dalam perkhidmatan kepintaran teknologi canggih dan khidmat nasihat paten berasaskan teknologi.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160530/373336
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160530/374476LOGO
Kepentingan pemilikan telah dikumpulkan dan syarikat baharu itu, yang beroperasi menerusi nama syarikat TechInsights, menawarkan:
- pangkalan data kepintaran teknologi elektronik yang paling luas dan khususnya, bagi litar bersepadu dengan maklumat yang amat terperinci;
- makmal kejuruteraan balikan dan analisis yang utama, diterajui oleh saintis serta dilengkapi dengan teknik berpaten serta instrumen canggih yang mampu menganalisis semikonduktor terkini, mikroelektronik, dan teknologi perisian;
- Pasukan pakar yang hebat dalam bidang teknologi utama dan pelesenan paten serta amalan terbaik dalam litigasi paten. Pakar-pakar yang memantau perkembangan terkini dalam bidang kepakaran mereka, menganalisis teknologi dan mengenal pasti trend yang menyokong usaha penciptaan, perlindungan dan pelesenan hasil inovasi.
Terry Ludlow, pengasas dan Ketua Eksekutif, serta Julia Elvidge, Presiden Chipworks akan menyandang jawatan kanan dalam gabungan syarikat antara TechInsights dan Chipworks, yang kedua-duanya melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif TechInsights, John Day.
Gabungan syarikat ini akan menyediakan pelan dan sumber dengan tujuan untuk memperluas dan mempelbagaikan tawarannya kepada industri teknologi global selain untuk menyokong pemilik paten teknologi di seluruh dunia. Kedua-dua syarikat tersenarai pada kedudukan 37 daripada 50 pemilik terbesar paten AS dalam kalangan pelanggan mereka dan kombinasi ini akan memastikan pelanggan kami mendapat akses kepada kepintaran teknologi tercanggih dan juga khidmat nasihat paten berasaskan teknologi.
John Day, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata: "Matlamat TechInsights adalah untuk menjadi sumber pilihan bagi kepintaran teknologi dan khidmat nasihat buat sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat tersebut, sama ada bagi menyokong strategi paten atau untuk menyokong pembangunan produk serta pelan tindakan, kepintaran yang berdaya saing, pemasaran, penyelidikan dan pendidikan, atau sebarang keperluan lain: pelan perancangan adalah amat penting untuk mencapai matlamat ini dan hasil gabungan ini membolehkan kami menggandakan nilai kepentingan kami dalam pasaran."
Terry Ludlow berkata: "TechInsights dan Chipworks telah sekian lama menjadi peneraju dalam bidang ini dan saya bertuah kerana dapat dapat memainkan peranan penting dalam pembentukan kedua-dua syarikat ini kira-kira dua puluh lima tahun lalu. Saya berbesar hati kerana kedua-dua syarikat tersebut dapat digabungkan menjadi sebuah perniagaan baharu, yang menyatukan kekuatan kedua-dua syarikat dapat dibentuk: ini bermakna kami akan menyediakan perkhidmatan buat pelanggan kami pada tahap yang lebih tinggi dalam tempoh dua puluh lima tahun akan datang."